SELAMAT DATANG KE AL-BILALI BLOGSPOT

MOGA IANYA BERMANAFAAT UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT

Pages

RSS

Saturday, January 24, 2009

Malam Solidariti Palestine

Malam kelmarin saya bersama seorang rakan serta anak saya menghadiri satu program yang dianjurkan oleh Aman Palestine dan Haluan Palestine di Kuantan . Program ini lebih fokus untuk membangkitkan rasa keprihatinan masyarakat terhadap penderitaan penduduk Gaza dan kezaliman Yahudi laknatullah.

Saudara Nazrey Johani mempersembahkan beberapa lagu sebagai pembukaan dan yang menyentuh hati adalah lagu Untukmu Palestin yang dinyanyikan dengan penuh perasaaan.Video klip berkaitan penderitaan umat Palestine turut dipaparkan sehingga menitis air mata para hadirin . Bertapa laknatnya Yahudi . Ya Allah Engkau hancurkan mereka. Laungan takbir dan khaibar....khaibar bergema apabila persembahan pentomin dari pelajar sekolah agama al-Irsyad dipertontonkan . Bait-bait sajak yang dilafazkan oleh anak-anak muda itu amat menusuk kalbu Insan . Ya Allah bantulah saudara kami hancurkan yahudi.

Program semalam diselangi dengan pidato yang bersemangat disampaikan oleh wakil mahasiswa (UIA) Wakil Kaum India( Saudara Thiaga)wakil Kaum cina(Saudara Chen) serta diakhiri dengan pidato Cikgu Azmi (Teras).

Tuesday, January 6, 2009

Ya Allah Bantulah Saudara Kami

Umat Islam di Gaza digempur tentera yahudi laknatullah menyebabkan terdetik rasa geram dan marah yang meluap-luap. Berilah bantuan setakat yang kita mampu.Mungkin kita tidak mampu untuk turut sama berjihad menentang yahudi laknatullah tapi bantulah saudara kita dengan solat dan doakan.Panjatkan rintihan doa kita ke hadrat Allah agar menghantar bantuan dengan tentera malaikat. Mintalah kepada Allah agar doa dan solat hajat kita menjadi senjata yang ampuh bagi menghancurkan yahudi laknatullah . Bacakan Qunut nazilah dalam setiap solat fardhu kita . Insyallah Yahudi akan hancur seperti mana dalam peperangan khaibar.

Dalam memikirkan keadaan di Palestine , saya tertanya kenapa liga arab hanya berpeluk tubuh, OIC senyap membisu dan Mesir serta Jordan yang diharapkan membuka sempadan bagi memudah proses penyaluran bantuan tidak berbuat demikian. Sanggup mereka melihat saudara seIslam dibantai oleh yahudi laknatullah. Tidak gagahkah kita? Takutkah kita terhadap Yahudi mahupun Amerika? Kenapa tidak bergantung kepada janji Allah bahawa umat Islam tetap dalam peliharaanNya jika kita bersatu dan menentang musuh Allah? Kenapa kekuatan sumber minyak tidak digunakan supaya dapat menyekat ekonomi mereka yang sedang parah. Kenapa pemimpin-pemimpin negara besar Islam/arab tidak bersatu dalam menentang musuh Allah?

Kita lemah kerana kita lebih mementingkan dunia sehinggakan iman kita mudah diperkotak-katikkan oleh musuh Allah.Kita lemah , kita hina sebab kita tak yakin dengan janji-janji Allah. Kita amat takut ekonomi kita hancur sekiranya kita berpegang dengan agama.

Jangan sama sekali kita bergantung kepada bukan Islam untuk meminta pertolongan.Wahai saudara Islam, ayuh bangun dari mimpi panjangmu. Tegakkan agama Allah, wujudkan kesatuan yang kukuh dibawah payung Islam. Cuba bayangkan kalau seluruh negara Islam disekitar Israel bersatu , saya yakin kehebatan Islam akan terserlah dan Yahudi serta Amerika akan terbungkam lesu.

Kenapa, kenapa dan kenapa kita menjadi begitu hina sekali sehinggakan saudara Islam kita dibunuh ,kita tak mampu buat apa-apa.Benarlah kata-kata Umar al-Khattab " Kita dahulunya bangsa yang hina , tapi Allah muliakan dengan Islam , sekiranya kita mencari kemuliaan selain dari Islam , maka kita akan dihina kembali "

Ya Allah Yang Maha Berkuasa, bantulah hambaMu yang ditindas, Engkau robekkan pasukan yahudi laknatullah dan Engkau jadikan doa dan solat kami sebagai senjata yang akan menghancurkan yahudi sebagaimana Engkau hancurkantentera Abrahah .....amin

Saturday, January 3, 2009

Hari Berlalu...Mati semakin dekat

Sufian At-Thauri berkata :
" Tidaklah aku menyesal melebihi sesalan ku terhadap hari. Apabila terbenamnya matahari pada setiap hari, bermakna berkuranglah lagi murku sedangkan tidak bertambah kebaikan amalanku"

Apabila merenung kata-kata yang terlahir dari Imam Sufian at-Thauri ini, terfikirkah kita , kalau ditakdirkan Allah mengambil nyawa kita sekarang , cukup tak amalan yang kita bawa untuk bejumpa Allah SWT. Kita kadang-kadang tidak sedar setiap kali hari berganti hari , umur kita semakin pendek dan kita masih menghitung bahawa esok masih ada sedangkan semua itu dalam ilmu Allah samada kita hidup atau tidak pada esok hari.

Kita tidak pernah risau dengan amalan kita, kita solat tapi adakah solat yang kita lakukan adalah persembahan yang terbaik untuk Allah Rabbu Jalil.Sekiranya keperluan dunia kita tidak dapat dipenuhi , kita risau teramat sehingga kadang-kadang fokus kita terhadap amalan kepada Allah tidak sepenuh hati.Rupanya dunia masih melekat kuat dalam diri kita walaupun kita mengaku kita hambaNYa. Bukanlah maksudnya kita tidak boleh mencari dunia tapi janganlah ianya menjadi penghalang untuk taqarrub kita kepada Allah.

Ya Allah , hiduplah kami dalam iman, matilah kami dalam iman dan masukkan kami ke dalam syurga dengan iman.

Thursday, January 1, 2009

Expedisi Dakwah Malam Tahun Baru

Semalam saya mengikuti satu expedisi dakwah sempena malam tahun baru yang dijalankan oleh pelajar-pelajar Universiti Malaysia Pahang di bawah seliaan ust Zuridan Daud , Pengarah Pusat Islam , UMP. Matlamat kami ialah menyampaikan sebanyak mungkin risalah tazkirah kepada muda-mudi di Kuantan yang berpeleseran di sekitar Kuantan pada malam tersebut.

Kami bergerak lebih kurang pukul 12.30 malam ke Bangunan MPK di tepi sungai kuantan untuk berkumpul . Selepas taklimat ringkas kumpulan kami menyusuri sungai Kuantan hingga explanade. Berbagai bentuk gaya anak-anak muda kita yang kebanyakan melayu menyambut tahun baru. Dengan pakaian mendedahkan aurat,coupling, lepak-lepak dan menonton konsert dan berbagai perkara yang menyakitkan mata dapat dilihat.

Kemudiaan lebih kurang pukul 2.30 malam , kami mengambil keputusan untuk bergerak ke Pantai Teluk Cempedak . Kami berada di sana sampai pukul 4 lebih . Di sini keadaan coupling semakin teruk dan kritikal. Berlaku satu kemalangan di sini yang melibatkan empat buah kereta disebabkan pemandu mabuk. Ada sekumpulan mat motor hampir 50 biji motosikal berkumpul di tengah-tengah dataran Teluk Cempedak sambil mendengar muzik dengan kuat. Melihat keadaan ini , dalam hati saya berkata ,apa nak jadi pemuda-pemuda kita... apa nak jadi pada masyarakat kita pada tahun-tahun mendatang.

Respon daripada remaja yang disampaikan risalah ada yang menerima dengan baik , ada yang memandang sinis usaha kami, ada yang nakal-nakal minta no telefon pelajar muslimat yang mengedarkan risalah tazkirah . Untuk pengetahuan,Seramai lebih kurang 15 pelajar muslimat turut terlibat dalam expedisi ini. Dalam masa yang sama sekumpulan pelajar UIA turut menjalankan aktiviti yang sama untuk mengedar risalah-risalah tazkirah.

Apa yang membanggakan saya ialah melihat komitmen pelajar-pelajar UMP yang dengan yakin, berani dan ikhlas memberi salam, ucap selamat tahun baru dan mengedarkan risalah. Itulah modus operasi kami. Sekurang-kurangnya remaja-remaja ini membaca tazkirah ringkas tersebut, mungkin dengan usaha ini tidak mustahil ianya akan melahirkan kesedaran tidak sekarang mungkin pada masa hadapan mereka akan sedar akan matlamat kewujudan kita di dunia ini.

Ya Allah selamatkanlah kaumku dari kesesatan.