SELAMAT DATANG KE AL-BILALI BLOGSPOT

MOGA IANYA BERMANAFAAT UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT

Pages

RSS

Tuesday, February 10, 2009

Hidup biarlah berprinsip

Melibatkan diri dengan sesuatu parti dan terjun ke bidang politik bukanlah satu tindakan suka-suka. Rasa nak keluar , kita keluar , rasa nak terjun kita , rasa nak lompat kita lompat seperti dalam dunia politik seolah-olah tiada tuhan yang memandang dan tiada malaikat yang mencatat.

Lebih-lebih lagi , seorang muslim yang mempunyai aqidah, akhlak dan fikrah. Penglibatan dalam bidang siasah adalah sebuah perjuangan dan ianya memerlukan prinsip yang jelas dan tegas.

Seorang muslim sewajarnya memiliki harga diri dan maruah yang tidak mungkin boleh ditukar ganti dengan kilauan emas dan permata. Biar berapa taruhannya, perkiraan seorang politikus muslim tidak terhenti di dunia sahaja bahkan masa depannya di akhirat sepatutnya lebih diambil kira.

Seorang politikus muslim tidak boleh membebaskan dirinya dari dosa dan pahala. Sekali-kali mereka tidak membenarkan diri mereka menjadi kuda tunggangan kepada perosak sistem politik yang tidak bermoral dan beretika.