SELAMAT DATANG KE AL-BILALI BLOGSPOT

MOGA IANYA BERMANAFAAT UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT

Pages

RSS

Saturday, March 14, 2009

Pentingnya keberkatan dalam menuntut ilmu

Kejayaan Nik Nur Madihah memperolehi 20A baru-baru ini sepatutnya membuka mata para pelajar yang lain.

Adik Nik Nur Madihah tiada tips yang begitu istimewa untuk ditiru oleh para pelajar lain.

Hampir semua yang diperkatakan oleh Nik Nur Madihah ketika ditemuramah wartawan adalah perkara 'biasa'.

Dia tidak mengatakan pusat tiusyen mana yang bagus, teknik mana yang bagus, guna pensil apakah yang bagus.

Sesuatu yang Nik Nur Madihah pernah katakan ialah bahawa dia mencari keberkatan dalam menimba ilmu.
Ianya sememangnya perkara pokok, penting dan tidak boleh dipandang remeh oleh pelajar.

Guru harus dihormati.Guru tidak minta dipuji dan dipuja tetapi cukup sekadar dihormati sebagai seorang pemberi ilmu. Marah dan teguran guru bukannya hinaan tetapi merupakan satu proses untuk menjadikan pelajar sebagai insan yang sempurna minda dan sahsiah.

Ayat sebegitu sudah 1000 kali didengari, akan tetapi perkara yang ringkas sebegitu sudah hampir hilang.

Lihatlah banyaknya berlaku guru dipukul, di saman, dipancitkan tayar keretanya.

Perkara sebegitu seharusnya tidak berlaku sekiranya perkara asas yang ringkas "guru harus dihormati" tertanam pada setiap pelajar.

Ibubapa pun satu hal juga.
Apabila profesyen ibubapa lebih tinggi daripada guru, kemungkinan anak pula diajar supaya tidak begitu menghormati guru.Ingatlah wahai ibubapa , sebagai guru kami tak ingin anak didik kami hanyut , seperti mana anda(ibubapa) tak ingin anak anda hanyut tanpa arah . Oleh itu berganding bahulah kita , janganlah kita merendahkan martabat guru semata-mata kita mempunyai profesyen hebat sekarang. Dulu anda juga adalah pelajar yang belajar dengan guru dan disebabkan pelajaran yang diterima dari gurulah anda berada pada tempat sekarang.

Friday, March 13, 2009

SMSSI semakin cemerlang

Tahniah atas kejayaan SMSSI yang gemilang dalam SPM 2008. Satu peningkatan yang amat ketara dengan GPK 2.01, lima pelajar straight A1 dan 29 pelajar straight A. Ini merupakan rekod baru SMSSI mengalahkan batch terbaik 2005.

Walaupun tidak lagi menjadi keluarga SMSSI , tetapi segala yang melibatkan SMSSI masih dalam perhatian dan moga SMSSI terus cemerlang.

Dengarnya STF dapat dikalahkan dan ada pelajar sms ngan saya kedudukan peringkat kebangsaan pun amat baik (dgrnya top ten )...belum confirm.

Apapun tahniah kepada team SMSSI Tn Haji Idris yang cool tapi penuh hikmah, cg maon yang penuh dengan kesungguhan dan tak pernah penat , cg ahmadi yang penuh prihatin dalam senyum serta hajah yang tegas tapi caring . Walaupun dengan kekurangan tenaga pengajar , you all dah buktikan you are the best . Saya tabik dan moga terus mencipta kegemilangan di masa hadapan.

Monday, March 9, 2009

Moga kitalah yang dirindui oleh Rasulullah

Bersabda Rasulullah SAW 'Aku amat rindu kepada umatku' .... sahabat baginda bertanya ... kami kah yang kamu maksud ya Rasulullah? Baginda menjawab 'Tidak' lalu berkata 'aku rindukan umatku yang tidak pernah melihatku tetapi mereka tetap beramal dengan ajaran dan sunnah ku' ... mudah-mudahan kita lah yang menjadi umat yang di ridui oleh baginda.

Saban tahun kita menyambut maulid dan berbagai acara disediakan demi menunjukkan rasa cinta dan kasihnya kita kepada junjungan Rasulullah SAW yang telah membebaskan kita dari jiwa jahiliyyah kepada jiwa kebenaran yang bertunjangkan al-Quran dan as-Sunnah.Apakah cukup dengan sambutan maulid telah menjadi bukti kepada kebenaran cinta kasih sayang kita kepada Rasulullah?

Ingatlah, Abu Lahab juga turut menyambut dengan gembira akan kelahiran Nabi Muhammad SAW sehingga beliau melakukan tawaf sebanyak tujuh keliling kaabah. Tetapi apabila Nabi membentangkan kebenaran wahyu Allah , beliaulah orang pertama yang menentang Rasulullah SAW.

Ramai manusia tergolong dalam golongan Abu Lahab dewasa ini. Mereka hebat dalam menyambut Maulid tetapi merekalah golongan yang utama menentang ajaran Rasulullah SAW. Alangkah munafiknya mereka. Ya Allah ... hindarilah aku dari golongan itu.

Saturday, March 7, 2009

Kasih seorang Sahabat terhadap Rasulullah

Di dalam sirah Ibnu Hisham diceritakan satu kisah sahabat bernama Saad bin Rabe'yang terlalu kasihkan Rasulullah SAW dan Rasulullah pun kasih kepadanya. Kisah yang menarik ini dirakamkan selepas berlakunya perang Uhud yang tentera Islam tewas disebabkan tidak mentaati perintah Rasulullah.

Sebaik saja peperangan berakhir, ramai di kalangan sahabat yang gugur syahid. Tetapi Nabi SAW yang dahinya masih luka berdarah serta patah gigi, namun baginda tetap terkenangkan seorang sahabat yang baginda kasihi dan sayangi iaitu Saad bin Rabe'.

Di kalangan pasukan perang yang masih hidup itu, Nabi SAW tidak melihat kelibat Saad bin Rabe'. Tergerak di hati Nabi untuk mengetahui keadaan Saad bin Rabe', sama ada Saad masih hidup ataupun turut terkorban bersama syuhada yang lain.

Nabi SAW minta jika ada di kalangan sahabat sedia berkhidmat bagi pihak Rasulullah SAW, untuk berusaha mencari Saad bin Rabe' bagi mengesahkan kedudukannya yang sebenar, sama ada hidup atau gugur syahid.

Lalu bangun seorang sahabat dari kalangan Anshar menawarkan diri untuk melaksanakan kehendak Nabi SAW bagi mencari Saad.

Setelah mencari di segenap penjuru medan Uhud akhirnya Saad bin Rabe' ditemui dalam keadaan luka parah. Beliau dikekelilingi oleh jenazah para sahabat yang lain. Tetapi keadaan Saad di antara hidup dan mati, malah boleh dikatakan kematian sudah begitu hampir dengannya.

Sahabat Anshar bertanya kepada Saad: "Sesungguhnya Rasulullah SAW memerintahkan aku supaya mencari engkau, untuk mengetahui tentang dirimu. Bagaimana keadaan kamu wahai Saad?" Jawab Saad dalam nada lemah: "Sesungguhnya aku berada dalam kalangan orang yang mati. Oleh itu kembalilah engkau bertemu Nabi katakan kepada baginda bahawa aku berkirim salam."

Berkata Saad seterusnya dengan nada yang tersekat-sekat: "Bahawa aku berserah diri kepada Allah SWT untuk membalas jasa Nabi SAW, kerana aku tidak dapat membalas jasa baginda yang telah mempimpin dan mengasuhku, hingga aku menjadi seorang mukmin dan menjadi pengikut Nabi SAW yang setia."

Kata Saad lagi: "Jika engkau kembali ke Madinah, aku juga berkirim salam dengan sahabat-sahabat kita di Madinah. Katakan kepada mereka, bahawa Saad bin Rabe' menyampaikan pesanan kepada anda sekalian. Bahawa jika anda masih hidup sedangkan kamu tidak mempertahankan Nabi sehingga Rasulullah SAW dibunuh oleh musuh, maka kamu tidak akan ada alasan atau jawapan ketika ditanya oleh Allah Taala di akhirat kelak."

Saad berpesan kepada sahabat-sahabat yang masih hidup supaya menjaga keselamatan Nabi s.a.w., kerana dirinya sudah sangat hampir dengan ajal dan tidak berdaya untuk menjaga Nabi lagi. Amaran Saad kepada mereka jika nadi masih berdenyut, sedangkan mereka tidak melindungi Nabi dari bahaya sehingga terkorban di tangan musuh. Nescaya ia menjadi satu kesalahan besar, mereka tidak ada sebarang alasan atau jawapan apabila ditanya oleh Allah SWT di akhirat kelak.

Sahabat Anshar terharu mendengar kata-kata terakhir Saad bin Rabe', dia terpaku seketika sehingga Saad menghembuskan nafasnya yang akhir. Setelah itu sahabat Anshar beredar dan kembali semula menemui Nabi SAW, beliau menyampaikan salam dan pesanan Saad bin Rabe' kepada Nabi sejurus sebelum ajalnya tiba.

Jika diperhalusi pesanan Saad bin Rabe' kepada sahabat-sahabatnya yang masih hidup di Madinah, ia akan menjadi kata-kata perangsang para pejuang Islam sepanjang zaman.

Saad membangkitkan isu menjaga keselamatan Nabi SAW Menurut Saad, sekiranya para sahabat gagal menjaga keselamatan Nabi, sehingga musuh berjaya membunuh baginda, maka mereka dianggap cuai dari kewajipan menjaga keselamatan Nabi. Nescaya mereka tidak ada helah untuk memberikan alasan kepada Allah SWT di akhirat kelak.

Cuai melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan Nabi, sebagaimana yang dibangkitkan oleh Saad bin Rabe' itu, boleh dijadikan iktibar kepada umat Islam sepanjang zaman.

Jika suatu umat mendakwa sayang kepada Nabi, tetapi perkara yang dilarang oleh Allah SWT dan RasulNya seperti amalan riba, judi dan arak terus dizinkan pelaksanaannya, maka apakah alasan umat itu di hadapan Allah SWT? Sedangkan mereka tidak berusaha dan berjuang untuk menghalang maksiat besar itu.

Apakah alasan yang hendak diberikan di akhirat kelak jika peraturan dan hukum Allah diabaikan oleh umat Islam, sementara hukum ciptaan manusia diutamakan oleh para penguasa negara yang mendakwa sebagai pemimpin umat Islam?

Kalau mereka memberi alasan, dan Allah SWT pun tahu bahawa mereka sememangnya sudah berjuang dengan penuh kesungguhan tetapi tidak berjaya. Maka boleh jadi Allah SWT menerima alasan itu.

Sebaliknya jika mereka mempunyai keupayaan dan kuasa berada di tangan, tetapi mereka mengenepikan hukum Allah semata-mata kerana kepentingan peribadi atau kumpulan yang diutamakan. Apakah mereka boleh berdalih dihadapan Allah SWT, sedangkan Allah SWT memang mengetahui kedudukan mereka semasa mereka berkuasa di dunia dahulu?

Inilah yang diperingatkan oleh Saad bin Rabe' kepada para sahabat ahli Madinah, bahawa jika mereka gagal menjaga keselamatan Nabi sedangkan mereka dalam keadaan mampu berusaha melaksanakan tanggungjawab itu. Maka menurut Saad bin Rabe'; bahawa mereka tidak akan mempunyai hujah apabila disoal oleh Allah SWT di akhirat kelak.

Renunglah bagaimana para sahabat yang benar-benar sayangkan Nabi SAW, telah melaksanakan tanggungjawab mereka sepenuh upaya untuk mempertahankan keselamatan Nabi, hatta jiwa jasad mereka dicincang oleh musuh dan jiwanya terkorban.

Inilah bukti kasih sayang sejati yang telah ditunjukkan oleh para sahabat, menjadi contoh kepada umat tentang pengorbanan mereka terhadap Nabi yang disayangi dengan menggadaikan jiwa dan raga.

Dengan kasih sayang yang mendalam terhadap Rasulullah SAW, menjadikan para sahabat sebagai manusia yang mampu merampas kemenangan dari musuh, meskipun mereka terpaksa meredah lorong-kematian. Dan akhirnya mereka berdaya mengatasi musuh walau bagaimana besar halangan dan rintang yang mereka hadapi, dengan bebekalkan keimanan dan rasa kasih sayang terhadap Nabi SAW

Adakah cukup kasih sayang kita kepada Rasulullah dengan hanya kita mengingati Rasulullah pada hari Maulidur Rasul sahaja ..... selepas itu kita hidup tanpa panduan .... melakukan segala apa yang dilarang oleh Rasulullah. Alangkah munafik dan fasiknya kita.

Sunday, March 1, 2009

Manafaatkan hidup kita

Terlalu lama tak update blog ini disebabkan kekangan masa yang terlalu menghimpit. Betullah Allah bagi masa yang cukup untuk kita tpi kalau kita tak manage dengan baik pasti kita kecundang.

Dengan ruang-ruang masa yg diberikan Allah, saya cuba menjelajah blog ex-integrasi untuk mendapat perkembangan dan input-input baru dari ex- anak-anak pelajar. Banyak ilmu yang saya dapat dari luahan , cetusan, pendapat dan ulasan dari mereka semua.

Salah satu blog yang saya diterokai adalah ex-integrasi yang menuntut di USA . Dulu di sekolah adalah striker yang disegani sehingga dapat mewakili pasukan negeri. Beliau menceritakan mengenai usrah yang diikuti di USA dan perubahan sikap yang akan dilakukan bagi memanafaatkan kehidupan di dunia ini. Saya doakan insyaalah tergolong dalam golongan yang berjaya di dunia dan akhirat

Manakala blog seterusnya ex-integrasi yang sedang menuntut di Jordan . Membaca entry mengingatkan saya dengan ketegasannya ketika memegang jawatan di sekolah dahulu. Tegasnya itu menyebabkan dia dihormati dan disegani . Diharap enti terus istiqamah dengan prinsip hidup yang baik ini. Ana doakan dar jauh.

Terakhir saya mendapat email dari ex-integrasi yang menuntut di UIA , yang bercadang untuk mengadakan program untuk adik-adik di Integrasi Mersing. Niat yang baik ini menyebabkan hati saya sebak kerna luahan keikhlasan untuk menyumbang sedikit sebanyak pengalaman dan ilmu kepada adik-adik di sana.Di harap rakan-rakan lain dapat berhubung dan membantu untuk menjayakan proposal ini. Insyaallah kebaikan yang kita lakukan akan menjadi asbab bagi kesenangan hidup kita di dunia dan akhirat. Walaupun ustaz dah pindah skolah tpi insyaalah ustaz akan membantu setakat yang mampu kerana Integrasi Masih di hati.