SELAMAT DATANG KE AL-BILALI BLOGSPOT

MOGA IANYA BERMANAFAAT UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT

Pages

RSS

Wednesday, February 17, 2010

Betul... Guru Ibarat Lilin

Berita Harian melaporkan bahawa guru menghadiri kursus atau latihan di bawah anjuran Jabatan Pelajaran negeri yang selama ini menikmati hidangan bufet ketika rehat dan makan tengah hari, boleh melupakan amalan itu apabila kini hanya disediakan nasi bungkus dan air mineral untuk makan tengah hari dan sepotong kuih dengan air teh atau kopi untuk minum pagi dan petang.
Difahamkan, untuk seharian kursus tanpa bermalam, peruntukan untuk makanan hanya RM4sehari. Semua ini dilakukan atas dasar penjimatan.

Saya menganggap ia adalah satu amalan yang tidak kenalah…guru ni insan istimewa, Menteri Pelajaran pun boleh jadi menteri disebabkan guru juga asalnya, tanpa guru sebenarnya negara tidak akan dapat melahirkan modal insan yang berkualiti.

Sekarang ni jadi guru lagi teruk susahnya daripada dulu, sekarang ni pantang cuti sekolah je kena kursus, bila habis mengajar pagi , kena pulak hadir untuk ko-kurikulum di sebelah petang. Kami tetap laksanakan tugas kami yang kadang-kadang sampai tak ada cuti dalam seminggu. Yelah, kadang ada kem yang biasanya dibuat pada hujung-hujung minggu.

Anak murid pulak dah ramai yang samseng-samseng, bila marah, mak bapalak yang over, siap nak saman cikgu balik. Saya secara peribadi mengalaminya, surat layang dihantar kepada Pengetua dan Pihak Sektor kerana apa? Saya merotan pelajar yang lewat dan tak solat Subuh.Saya buat kerana Allah supaya anak-anak pelajar sedar akan tanggungjawab terhadap Allah. Tapi apa yang saya dapat... pujian... jangan haraplah dan saya tak mengharap pun pujian tapi janganlah buat kami para guru macam tu seolah-olah kami ni amat bersalah dalam hal mendidik anak-anak menjadi Insan.

Insan yang bernama guru dikurniakan Allah sifat keibubapaan yang semulajadi. Kebanyakan guru tak berkira dengan pelajar dan sanggup berhabis duit untuk pelajar. Ramai rakan-rakan guru yang bawa pelajar ke pertandingan di luar daerah atau negeri sanggup habis duit untuk belanja pelajar sebab kalau harapkan peruntukkan kadang-kadang tak mencukupi.... tapi kami para guru tak berkira dalam hal ini....asalkan anak didik kami berjaya dalam pertandingan tersebut... dan ada yang pemurah sanggup menyediakan hadiah galakan untuk pelajar. Itulah guru...

So saya rasa apalah salahnya kementerian jangan dok berkira sangatlah dengan guru-guru. Sebab kalau guru berkira nanti susah jadinya nanti.

Berjimat-jimatlah juga..... cuba tengok pemimpin-pemimpin kita tu ... tengok isteri-isteri mereka... tengok kereta-kereta mereka.... tengok anak-anak mereka... tengok rumah-rumah mereka tu. Rakyat didahulukan ?

Umar Abdul Aziz pernah menyatakan " Sekiranya rakyat aku lapar , biarlah aku yang pertama merasa lapar itu dan sekiranya rakyat aku kenyang biarlah aku yang terakhir merasa kenyangnya".

Hati-hati Al-Quran Online

Sumber: Buletin Online

Para pengguna Internet yang menggunakan kita al-Quran versi internet dinasihatkan supaya berhati-hati memilih laman yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

Ia adalah kerana, terdapat beberapa laman tersebut adalah dicipta oleh musuh-musuh Islam yang bertujuan memesongkan aidah umat Islam.


Antara laman yang didapati menjalankan dakyah tersebut adalah thequran.com.
Laman tersebut dikesan diterbitkan oleh seorang paderi yang menggunakan nama “Father Zakaria’.

Antara dakyah yang ditonjolkan oleh laman tersebut ialah tmengujudkan satu ‘menu’ yang meletakkan kesalahan-kesalahan kitab suci al-Quran.

Sedangkan sesungguhnya, sehingga kini al-Quran tetap terpelihara walaupun pelbagai usaha dibuat ‘memesongkannya’.

Keterangan berkenaan pemesongan laman thequran.com boleh dimuatturun dari Fakta Penipuan thequran.com

Monday, February 15, 2010

Penangan Hari Kekasih




SEORANG wanita hanya memakai coli dan seluar dalam ketika diserbu dalam operasi Hari Kekasih di ibu negara semalam.(Kosmo)

--------------------------------------------------------------------------------

Berita yang amat memalukan kita umat Islam , lebih-lebih lagi ianya melibatkan golongan inteletual muda yang akan menggalas kepemimpinan negara pada masa depan.

Ini yang kita tahu dan didedahkan oleh media massa. Yang kita tak tahu rasanya tak terkira.
Wahai penguasa yang diberi kuasa oleh Allah, gunalah kuasa untuk melaksanakan Islam dalam pemerintahan agar Islam dan Umat Islam terpelihara.

Saturday, February 13, 2010

Valentine's Day- Dimana golongan yang sayangkan Nama Allah

Kuala Lumpur - Sempena sambutan Hari Kekasih yang akan disambut pada 14 Februari ini,buat julung kalinya Menara KL menjemput pasangan kekasih meraikannya di pelantar terbuka menara itu.

Jurucakap Menara KL berkata,pasangan kekasih diberi peluang ,menyambut Hari Kekasih di ketinggian 300 meter itu bermula pada jam 8 malam hingga 12 malam.

Menurutnya, ia bakal diraikan dengan berlatar belakangkan susana cukup romantik iaitu dengan keindahan pemandangan bandaraya Kuala Lumpur serta alunan muzik mengasyikkan.

"Harga tiket untuk pakej ini adalah RM88 seorang termasuk minuman ringan,cenderahati,angpau,limau dan baucer hotel

"Bagi pasangan yang dipilih sebagai 'Loving Couple', mereka akan menerima hadiah istimewa pada hari berkenaan,di sini.

Beliau berkata, tiket akan mula dijual di kaunter tiket mulai 14 Ferbruari ini mulai jam 8 malam atau tempahan boleh dibuat dengan menghubungi talian 0320205499 atau 0320205692

Di atas merupakan petikan akhbar berhubung dengan sambutan Hari Kekasih yang akan disambut oleh pihak Menara Kuala Lumpur. Sebuah negara yang dikatakan Islam membenarkan sambutan yang jelas bertentangan dengan Islam. Apa nak jadi negara kita ni... Anak luar nikah semakin ramai... acara yang melalaikan umat Islam dari agama semakin berleluasa dan semakin di beri sokongan bahkan diwar-warkan lagi di TV kepunyaan pemimpin yang Islam.
Penganut agama lain nak guna nama Allah, bukan main kecoh, demo sana demo sini, bawa ramai pemuda yang bersemangat untuk tunjukkan kita sayangkan Allah. Tapi sedar tak, kita tak jaga pun hak Allah bahkan melekehkan hukum-hukum Allah.
Sepatutnya kita gunakan pemuda2 yang Perkasa dan berani tu untuk cegah benda2 yang Allah larang sebagai tanda kita sayangkan Allah. Biarlah kita berani bertempat bukannya ada agenda yang tersirat.

Tuesday, February 9, 2010

Luahan hati seorang pelajar

Melayari blog bekas anak-anak murid, saya tertarik dengan satu artikel yang amat sesuai untuk dikongsi untuk sama-sama kita fikirkan. Sebagai pendidik , saya amat mengharapkan lahir ramai pelajar yang mempunyai kesedaran sebegini agar Islam lebih terbela di masa hadapan.

hari ini, populasi muslim dilihat semakin bertambah tetapi kualiti mereka masih banyak yang boleh dipersoalkan. jika diteroka setiap pelusuk muka bumi ini, muslim bertebaran dan tak seperti suatu masa dahulu ketika ketibaan Muhammad saw di mana populasi muslim hanya sedikit bilangannya. akan tetapi kualiti mereka mashaallah begitu hebat. tak dapat disangkalkan mereka adalah generasi emas islam yang tiada gantinya. untuk itu, kita patut mengembalikan kegemilangan saat itu kerana jumlah kita amat besar dan jika mencapai kualiti sebegitu, memang terbaiklah!

kita sedari bahawa hari ini, islam bukanlah kuasa besar di dunia ini. negara-negara arab dipecahbelahkan walhal mereka mampu menjadi salah satu gagasan yang hebat. terbukti musuh islam jauh ke depan dengan strategi terkutuk mereka. kerana sebab inilah kita tak mampu melakukan sesuatu perubahan yang besar dan ketara dalam memacu kemajuan Islam secara kolektif. tapi tak apa. mereka menguasai dunia tetapi setiap jasad dan roh kita ini, kita yang kawal. tak dinafikan bahawa usaha meneguhkan diri untuk melawan arus mereka tidak mudah. di sekililing kita, hampir semua aspek dibentuk berdasarkan cara mereka. memang ada perkara yang baik tetapi perkara yang tak baik lebih banyak yang memusnahkan kita.

saya cintakan Malaysia. jadi saya lebih suka memandang situasi ini dalam konteks negara Malaysia. lagipun, nak bercerita tentang konteks satu dunia, tak banyak yang mampu kita usaha dan ubah. kita sedia maklum tentang keagongan alquran dan alhadith sebagai sumber utama untuk mempraktik islam. tiada dua ini, kita sesat. tak payah cerita lebatlah. sekarang kita punyai dua yang ini bukan? tetapi kebanyakan kita tak berpegang pon dengan yang dua ini. jika berbahas pon, hujah ditiangkan dengan quote2 dari si beliau dan si beliau yang datang dari barat dan lain lainnya. walhal berbahas dengan rakan muslim juga. dan ada banyak juga ayat yang tertulis dalam alquran dan hadith yang berkait tentang itu. jika tidak, takde lah Muhammad saw itu mewasiatkan yang umat islam tak akan sesat selagi berpegang dengan alquran dan assunnah. saya bukan konservatif atau ortodoks sehingga tak mengiktiraf kehebatan ahli2 ilmuwan. tetapi islam itu sendiri punyai sumber hujah yang mantap dan utamakanlah sumber dari alquran dan assunnah daripada perkataan2 manusia lain yang tak sehebat mana pon. hanya kerana mereka adalah figura yang ulung, kamu mendahulukan mereka. tak nampak manis di situ. secara tak directnya, ini seperti kaum yang sesat yang mengatakan Muhammad saw itu diturunkan hanya untuk membaca syair. itu fitnah yang amat berat. nauzubillah.

ketika umur ini sudah menjangkau 21 tahun, baru termenung tentang nasib islam yang tak begitu terbela. sekularisme diutamakan dan islam tiada tempat. faktanya malaysia adalah negara islam hanya kerana majoriti populasinya menganut islam. tak bestlah macam ni. di sini saya lebih nak mengecilkan skop kepada sistem pendidikan di malaysia. sama ada membela islam atau tidak.

ini lebih kepada flashback tentang pengalaman sendiri dan kemudian bolehlah direnungkan. ketika di tadika, saya dihantar ke kindergarten yang majoritinya pelajar cina. yurannya teramatlah mahal sehinggakan ada swimming pool di tepi kelas. untungnya saya yang pertama, pendidikan diberikan yang terbaik. adik2 hanya dihantar ke taski abim dan tabika kemas yang dilihat sebagai tak class dan sebagainya. di kindergarten belajarlah tentang perkara asas melibatkan abjad2, angka2, menulis, membaca, mengira, mewarna dan yang sewaktu dengannya. seingat saya, memang tiada yang melibatkan agama. mungkin kerana pentadbirannya diterajui oleh bukan islam. tak mengapalah. kemudian, alam sekolah rendah menjengah datang. ilmu asas yang dipelajari di tadika digunakan di sekolah rendah. pendidikan islam dipandang sebagai subjek mudah yang confirm boleh dapat a ketika peperiksaan. oleh itu, tak banyak masa yang perlu diluangkan untuk pendidikan islam. ilmu matematik dan sains lebih ditekankan oleh guru dan dipandang sebagai kayu ukur sama ada kau budak pandai atau kau budak bodoh. jika pandai tahun depan masuk kelas depan, jika bodoh masuk kelas hujung. jika pandai cikgu bersemangat ajar, jika bodoh cikgu ajar macam tak nak ajar. budak kelas hujung dilihat sebagai pelajar bermasalah. sepanjang di sekolah rendah aku diajar budaya itu. setiap peperiksaan dimindsetkan untuk dapat nombor 1-3 dalam kelas. pendidikan islam sekali lagi dianaktirikan kerana amat mudah. confirm dapat a. budak yang upsrnya 4c 1a. cubalah teka ape "a"nya. kalau bukan bahasa melayu, pendidikan islamlah. di sekolah rendah juga diwajibkan lulus pafa iaitu pendidikan asas fardhu 'ain. ia melibatkan rukun2 islam, dan perkara2 yang basic. kemudian setelah habis sekolah rendah waktu tengahari, pergi ke sekolah agama pula yang waktunya sehingga petang. sekolah agama dilihat lebih kepada waktu untuk bermain-main. masih ingat ketika di sekolah agama, waktu rehat main bola di kawasan yang ade rumput sedikit. mainlah dengan bersongkok bersampin. penjaga gol mengorbankan songkok untuk dijadikan tiang gol. masuk ke kelas semula dalam keadaan berpeluh dan seluar ade kotoran kaler coklat di bahagian lutut. sekali lagi, kebanyakan subjek di sekolah agama dilihat mudah dan boleh score. apa yang dipelajari hanya dicurah ketika peperiksaan. di sekolah menengah pula saya dihantar ke smk agama. pelajarnya diwajibkan tinggal di asrama. di sini, budaya islam itu lebih dirasai. apa yang dipelajari di sekolah adalah sama seperti sekolah2 lain melainkan diwajibkan mengambil bahasa arab. kelainan dirasai dari segi rutin harian. setiap hari wajib menunaikan solat berjemaah di surau. selepas asar membaca almathurat karangan hasan al banna dan sebelum tidur, diperlukan membaca surah almulk. aurat pula perlu ditutup setiap masa kerana takutkan senior. secara personal, saya merasakan alam ini banyak mengajar tentang islam kerana islam diamalkan. ketika di tingkatan satu disuruh oleh senior untuk menghafal pelbagai surah dan doa. dan dalam sebulan sekali, qiamullail akan diwajibkan. sedikit sebanyak dapat mempelajari melakukan solat sunat tasbih, tahajjud, hajat, dan sebagainya. syukurlah mendapat tempat di kkq iaitu kelas kemahiran quran untuk mempelajari tajwid, taranum, tafsir dengan lebih mendalam disertai dengan biasiswa daripada kerajaan johor sebanyak rm600 setahun yang dirasakan banyak sebagai seorang pelajar sekolah menengah. kemudian ketika tingkatan empat dan lima memasuki aliran sains agama. semuanya sama seperti sekolah2 lain melainkan diwajibkan mengambil bahasa arab tinggi, syariah islamiah dan pendidikan quran sunnah. banyak ilmu agama yang dipelajari ketika ini tetapi kesedaran masih kurang. ilmu ditimba lebih untuk menjawab peperiksaan.

jadi apa yang dapat dianalisis adalah islam tidak dipelajari di sekolah sebagai prioriti. ia lebih dilihat sebagai sesuatu untuk melengkapkan pakej. bagi saya, adalah lebih ideal jika alquran dan alhadith diajar terlebih dahulu sebelum ilmu2 dunia diajar. kerana kita mengakui alquran dan alhadith adalah sumber yang teragong dan yang lain2 itu keutamaannya tiba setelah yang dua ini. selain itu, ilmu2 dunia yang dipelajari kemudian itu bolehlah direlatekan dengan ilmu alquran dan alhadith yang dipelajari sebelumnya. islam itu indah. ia tak memisahkan dunia dengan akhirat. tetapi prioriti perlu pandai ditentukan. tak perlu cakap panjang. zaman2 kegemilangan perdana islam telah mencorakkan segalanya. sama ada ketika zaman Muhammad saw ataupun zaman ahli2 ilmuwan islam seperti ibnu sina dan sebagainya. apabila ilmu fardhu kifayah dapat direlatekan dengan ilmu fardhu ain, sukses dalam genggaman.

Allah berfirman dalam alquran maksudnya: Sesungguhnya dalam terciptanya syurga dan bumi, dan pertukaran malam dan siang, di situ terdapat petanda2 untuk mereka yang faham. (surah al-'imran; ayat 190)

ilmu dunia adalah bermanfaat kepada kita hanya apabila ilmu itu membawa kita ke syurga Allah. itu adalah kejayaan yang mutlak. dan oleh sebab itu ilmu alquran dan alhadith perlu dipelajari dan kemudian dilengkapkan oleh ilmu dunia yang lain kerana tanpa ilmu alquran dan alhadith, kejayaan yang mutlak amat sukar digapai.

Allah juga berfirman dalam kitabnya, alquran yang agong: Setiap manusia akan merasai kematian. dan hanya di hari kebangkitan, kamu akan dihisab dengan sempurna. dan sesiapa yang dihindarkan dari api neraka dan dimasukkan ke dalam SYURGA, dia itulah yang BERJAYA. hidup dalam dunia ini hanyalah kegembiraan yang tipu belaka. (surah al-'imran; ayat 185)

pada masa ini, kita terpaksa akur tentang sistem pendidikan yang sedia ada. perubahan tak dapat dicapai dalam sekelip mata. sebentar tadi, saya berkata tentang sistem pendidikan yang ideal. dalam aspek hidup ini, ideal adalah sukar untuk dicapai. seperti dalam pembuatan litar elektrik, litar yang ideal memang mustahil untuk dicapai. ralat pasti akan berlaku. jadi, apa yang kita mampu lakukan adalah usaha untuk diri sendiri dan untuk sesuatu yang kita mampu. jika sudah berkeluarga, dapatlah disemai kepada ahli keluarga dan sebagainya. kerana sistem pendidikan di sekolah adalah sistem pendidikan formal. sistem pendidikan tidak formal masih boleh ditentukan oleh kita sendiri. di sinilah peluang untuk kita bersama melakukan apa yang patut. sebagai contoh, saya tidak berapa setuju dengan budaya orang melayu yang berlumba-lumba untuk melihat anak siapa khatam alquran paling cepat. mungkin perkara ini tidak berlaku pada setiap orang tetapi ia berlaku di sekeliling saya. mereka lebih melihat siapa cepat khatam dan siapa yang khatam banyak kali. saya sendiri mengalami perkara ini, bahkan adik2 saya yang lain juga. adik bongsu saya diajar oleh nenek saya dan disuruh membaca dua atau empat muka sehari dan setelah khatam akan disuruh mengulang sehingga khatam lagi. saya bersetuju dengan perkara ini tetapi biarlah diajar sekali tafsir alquran itu agar pembacanya faham dan tahu tentang apa yang disampaikan. itu lebih praktikal daripada khatam banyak kali tetapi tidak tahu apa yang dibacanya. ini baru sau contoh. banyak lagi contoh yang lain. golongan2 yang berumur seperti nenek saya amat susah jika ditegur kerana mereka akan berasa kecil hati walaupun sesuatu yang berlawanan dengan norma mereka itu dihujahkan. tetapi berlaku senyap bukanlah pilihan yang kita ada. berkata benarlah walaupun pahit. syukurlah setelah digesa oleh bapa saya, nenek saya telah memutuskan untuk mengajar tafsir sekali. dalam mengajar adik saya, inshallah beliau juga dapat memantapkan kefahaman tentang alquran. pelajaran tidak formal pon boleh ditimba melalui ceramah2 di masjid dan sebagainya. itu adalah pilihan kita yang mutlak. selain itu kita juga boleh mempelajari sendiri melalui pembacaan buku2 berkaitan alquran dan alhadith. antara kitab2 yang popular adalah seperti sahih muslim, sahih bukhari, riyadhussolihin, fathulbari, almuwatto', dan sebagainya. pilihan di tangan kita.

harapanku hanya satu, kejayaan mutlak di sisi Allah yang satu.


segala yang baik datang daripada Allah
segala yang buruk datang daripada diriku sendiri
walaupun pada hakikatnya kedua-dua datang daripada Allah

In Allah we have faith