SELAMAT DATANG KE AL-BILALI BLOGSPOT

MOGA IANYA BERMANAFAAT UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT

Pages

RSS

Monday, August 23, 2010

Puasa dan Pematuhan Kepada Syariat

Mungkin kita agak hairan bila seseorang yang tidak solat,tapi berpuasa.Sama lah juga situasinya di bazar-bazar ramadhan.Kita lihat masih ramai yang tidak menjaga auratnya dengan sempurna dan mendedahkannya walhal mereka semua berpuasa.Berdosa besar jika seseorang itu melanggar akan syariat ini.Sama juga tentang berpuasa,apabila seseorang melanggar syariat berpuasa maka berdosa besar lah juga mereka.

Jadi inilah kebimbangannya,apabila syariat solat,aurat,zakat dan lain-lain tidak mampu dilaksanakan,tapi bagaimana pula mereka boleh melaksakan syariat berpuasa ini.Mungkin dari satu sudut bagus lah berbanding dari meninggalkan semuanya.Namun apabila soal solat,aurat dan lain-lain dipandang ringan tapi masih berpuasa,maka hal ini dikhuatiri bukan lah datang dari rasa beriman untuk melaksanakan syariat,tapi lebih kepada budaya keterbiasaan amalan orang melayu sahaja yang dijadikan ikut-ikutan didalam keluarga mahupun di dalam masyarakat melayu itu sendiri yang telah terbiasa dengan amalan berpuasa.

Dan ingat lah,sesungguhnya meninggalkan walaupun hanya satu sahaja syariat,maka sudah tidak sempurnalah hubungan kita dengan Allah.Contohnya kita solat tapi kita kaki botol..Ataupun kita puasa tapi kita dedah aurat dan tak solat .Semuanya sama sahaja.Tiada kesempurnaan Islam dalam dirinya.Bahkan ianya menjejaskan hubungan baik kita dengan Allah walaupun kita cakap kita HANYA meninggalkan salah satu sahaja dari syariatNya.

Malaikat jibrail pernah datang kepada Rasulullah sewaktu baginda naiki tangga mimbar dan berkata“ ‘CELAKA/BINASALAH’ SESIAPA YANG MENYEMPURNAKAN RAMADHAN TETAPI MASIH TIDAK DIAMPUNKAN BAGINYA,"lalu rasulullah menjawab "AMIN".Semoga ianya menjadi pengajaran kepada kita semua untuk memelihara puasa kita daripada maksiat dan menyempurnakan juga KEFARDHUAN yang lain seperti solat,aurat dan lain-lain. Mudah-mudahan kita tidak termasuk dari golongan tersebut.
Jadikan Ramadan ini sebagai bulan untuk transformasi diri kita semua ke arah menjadi hamba yang lebih baik

Friday, August 13, 2010

Ramadhan datang lagi

Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi dengan penuh rahmat dan keberkatan. Marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan umur sehingga kita bertemu semula Ramadhan . Rasulullah s.a.w. sering kali berdoa yang bermaksudnya: Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Syaaban, dan (panjangkan umur kami) sehingga bertemu dengan Ramadhan.
Betapa besarnya rahmat Ilahi bilamana kita dipanjangkan umur sehingga bertemu dengan Ramadhan kerana Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Antara Ramadhan ke Ramadhan adalah pengampunan Allah. Maksudnya sesiapa yang dipanjangkan umur sehingga dapat bertemu dengan Ramadhan, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yakni dosa kecil.
Panjang umur bukan kerja kita, ia benar-benar hak mutlak Allah; lantaran itu marilah kita mensyukurinya. Bersyukurlah kita kepada Allah kerana diberi kesempatan untuk berada di bulan yang mulia ini sedangkan ada antara sahabat kita yang telah menyahut panggilan Ilahi dan tidak mendapat peluang untuk merasai nikmat Ramadhan.
Buatlah perancangan yang terbaik agar Ramadhan tidak berlalu sia-sia. Hidupkan ramadhan dengan tadarrus al-quran, zikirullah, mengadakan majlis berbuka, tarawih dan tazkirah di mana-mana ruang yang ada dan ambillah kesempatan menderma terutamanya memberi makan kepada orang yang berpuasa. Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa iaitu menyediakan makanan berbuka puasa, maka dia memperolehi pahala sebagaimana orang yang berpuasa, dan tidak kurang sedikitpun pahala puasanya.
Sebagai muslim yang menghayati Ramadhan hendaklah kita memendekkan  masa di bazar-bazar Ramadhan, janganlah menjadikan ianya agenda penting sehingga kita melupakan akan hakikat sebenar kita berpuasa. Belilah tapi jangan membazir dan perbanyakkan sedekah kepada sahabat serta jiran tetangga. Insyaallah puasa menjadi lebih berkualiti.
Kutiplah mutiara keberkatan Ramadhan pada siangnya dan hidupkanlah ibadahmu pada malamnya, kerana persoalan utama bukan Ramadhan yang penuh keberkatan dan rahmat, tetapi apakah kita memperolehi keberkatan dan rahmat itu.

Thursday, August 5, 2010

Kahwin awal... penyelesaian terbaik?

Majlis Agama Negeri Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki di bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan.
Keputusan ini diambil berdasarkan kepada masalah sosial yang semakin meruncing sekarang. Kajian perlu dibuat secara terperinci untuk melihat baik buruk tindakan membenarkan perkahwinan dikalangan pelajar . Janganlah kita mengambil keputusan tanpa melihat sebab sebenar kenapa perkara ini berlaku.
Dengan suasana tidak ada tanggungjawab keluarga pun , ramai pelajar melayu Islam kita yang hancur dalam pelajaran . Inikan pula kalau dan jadi suami atau isteri dan juga jika dah punya anak , bolehke mereka menumpukan kepada pelajaran. Natijahnya tahap keciciran pelajaran pelajar melayu Islam sudah pasti semakin membimbangkan.
Itu belum lagi kita melihat tahap kesediaan pelajar itu sendiri untuk membina keluarga. Dengan persiapan untuk berkeluarga yang tak sempurna , sudah pasti kita akan mendapat kesan yang tak baik pada generasi yang lahir dari perkahwinan ini.
Wahai golongan yang berkuasa , fikirkanlah mengenai sistem pendidikan dalam negara kita yang telah gagal untuk membina sahsiah muslim yang sebenar. Fikir-fikirkanlah program-program yang mengembangkan budaya maksiat dalam negara . Inilah antara sebab yang melahirkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan menyebabkan lahirnya anak-anak yang dibuang.
Berhentilah dari memberi cadangan yang bagi saya amat tak cerdik seperti membenarkan pelajar sekolah kahwin awal , membina sekolah untuk pelajar hamil dan lain-lain kerana saya bimbang ianya tidak akan menyelesaikan masalah bahkan akan menimbulkan masalah yang lebih kronik di masa akan datang.
Kembalilah kepada al-Quran dan As-Sunnah dalam menyelesaikan masalah dalam negara kita, janganlah beri cadangan yang sensasi tapi hakikatnya tak dapat menyelesaikan masalah.