SELAMAT DATANG KE AL-BILALI BLOGSPOT

MOGA IANYA BERMANAFAAT UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT

Pages

RSS

Monday, August 23, 2010

Puasa dan Pematuhan Kepada Syariat

Mungkin kita agak hairan bila seseorang yang tidak solat,tapi berpuasa.Sama lah juga situasinya di bazar-bazar ramadhan.Kita lihat masih ramai yang tidak menjaga auratnya dengan sempurna dan mendedahkannya walhal mereka semua berpuasa.Berdosa besar jika seseorang itu melanggar akan syariat ini.Sama juga tentang berpuasa,apabila seseorang melanggar syariat berpuasa maka berdosa besar lah juga mereka.

Jadi inilah kebimbangannya,apabila syariat solat,aurat,zakat dan lain-lain tidak mampu dilaksanakan,tapi bagaimana pula mereka boleh melaksakan syariat berpuasa ini.Mungkin dari satu sudut bagus lah berbanding dari meninggalkan semuanya.Namun apabila soal solat,aurat dan lain-lain dipandang ringan tapi masih berpuasa,maka hal ini dikhuatiri bukan lah datang dari rasa beriman untuk melaksanakan syariat,tapi lebih kepada budaya keterbiasaan amalan orang melayu sahaja yang dijadikan ikut-ikutan didalam keluarga mahupun di dalam masyarakat melayu itu sendiri yang telah terbiasa dengan amalan berpuasa.

Dan ingat lah,sesungguhnya meninggalkan walaupun hanya satu sahaja syariat,maka sudah tidak sempurnalah hubungan kita dengan Allah.Contohnya kita solat tapi kita kaki botol..Ataupun kita puasa tapi kita dedah aurat dan tak solat .Semuanya sama sahaja.Tiada kesempurnaan Islam dalam dirinya.Bahkan ianya menjejaskan hubungan baik kita dengan Allah walaupun kita cakap kita HANYA meninggalkan salah satu sahaja dari syariatNya.

Malaikat jibrail pernah datang kepada Rasulullah sewaktu baginda naiki tangga mimbar dan berkata“ ‘CELAKA/BINASALAH’ SESIAPA YANG MENYEMPURNAKAN RAMADHAN TETAPI MASIH TIDAK DIAMPUNKAN BAGINYA,"lalu rasulullah menjawab "AMIN".Semoga ianya menjadi pengajaran kepada kita semua untuk memelihara puasa kita daripada maksiat dan menyempurnakan juga KEFARDHUAN yang lain seperti solat,aurat dan lain-lain. Mudah-mudahan kita tidak termasuk dari golongan tersebut.
Jadikan Ramadan ini sebagai bulan untuk transformasi diri kita semua ke arah menjadi hamba yang lebih baik

Friday, August 13, 2010

Ramadhan datang lagi

Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi dengan penuh rahmat dan keberkatan. Marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan umur sehingga kita bertemu semula Ramadhan . Rasulullah s.a.w. sering kali berdoa yang bermaksudnya: Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Syaaban, dan (panjangkan umur kami) sehingga bertemu dengan Ramadhan.
Betapa besarnya rahmat Ilahi bilamana kita dipanjangkan umur sehingga bertemu dengan Ramadhan kerana Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Antara Ramadhan ke Ramadhan adalah pengampunan Allah. Maksudnya sesiapa yang dipanjangkan umur sehingga dapat bertemu dengan Ramadhan, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yakni dosa kecil.
Panjang umur bukan kerja kita, ia benar-benar hak mutlak Allah; lantaran itu marilah kita mensyukurinya. Bersyukurlah kita kepada Allah kerana diberi kesempatan untuk berada di bulan yang mulia ini sedangkan ada antara sahabat kita yang telah menyahut panggilan Ilahi dan tidak mendapat peluang untuk merasai nikmat Ramadhan.
Buatlah perancangan yang terbaik agar Ramadhan tidak berlalu sia-sia. Hidupkan ramadhan dengan tadarrus al-quran, zikirullah, mengadakan majlis berbuka, tarawih dan tazkirah di mana-mana ruang yang ada dan ambillah kesempatan menderma terutamanya memberi makan kepada orang yang berpuasa. Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa iaitu menyediakan makanan berbuka puasa, maka dia memperolehi pahala sebagaimana orang yang berpuasa, dan tidak kurang sedikitpun pahala puasanya.
Sebagai muslim yang menghayati Ramadhan hendaklah kita memendekkan  masa di bazar-bazar Ramadhan, janganlah menjadikan ianya agenda penting sehingga kita melupakan akan hakikat sebenar kita berpuasa. Belilah tapi jangan membazir dan perbanyakkan sedekah kepada sahabat serta jiran tetangga. Insyaallah puasa menjadi lebih berkualiti.
Kutiplah mutiara keberkatan Ramadhan pada siangnya dan hidupkanlah ibadahmu pada malamnya, kerana persoalan utama bukan Ramadhan yang penuh keberkatan dan rahmat, tetapi apakah kita memperolehi keberkatan dan rahmat itu.

Thursday, August 5, 2010

Kahwin awal... penyelesaian terbaik?

Majlis Agama Negeri Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki di bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan.
Keputusan ini diambil berdasarkan kepada masalah sosial yang semakin meruncing sekarang. Kajian perlu dibuat secara terperinci untuk melihat baik buruk tindakan membenarkan perkahwinan dikalangan pelajar . Janganlah kita mengambil keputusan tanpa melihat sebab sebenar kenapa perkara ini berlaku.
Dengan suasana tidak ada tanggungjawab keluarga pun , ramai pelajar melayu Islam kita yang hancur dalam pelajaran . Inikan pula kalau dan jadi suami atau isteri dan juga jika dah punya anak , bolehke mereka menumpukan kepada pelajaran. Natijahnya tahap keciciran pelajaran pelajar melayu Islam sudah pasti semakin membimbangkan.
Itu belum lagi kita melihat tahap kesediaan pelajar itu sendiri untuk membina keluarga. Dengan persiapan untuk berkeluarga yang tak sempurna , sudah pasti kita akan mendapat kesan yang tak baik pada generasi yang lahir dari perkahwinan ini.
Wahai golongan yang berkuasa , fikirkanlah mengenai sistem pendidikan dalam negara kita yang telah gagal untuk membina sahsiah muslim yang sebenar. Fikir-fikirkanlah program-program yang mengembangkan budaya maksiat dalam negara . Inilah antara sebab yang melahirkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan menyebabkan lahirnya anak-anak yang dibuang.
Berhentilah dari memberi cadangan yang bagi saya amat tak cerdik seperti membenarkan pelajar sekolah kahwin awal , membina sekolah untuk pelajar hamil dan lain-lain kerana saya bimbang ianya tidak akan menyelesaikan masalah bahkan akan menimbulkan masalah yang lebih kronik di masa akan datang.
Kembalilah kepada al-Quran dan As-Sunnah dalam menyelesaikan masalah dalam negara kita, janganlah beri cadangan yang sensasi tapi hakikatnya tak dapat menyelesaikan masalah.

Thursday, June 17, 2010

Longgarkan sekatan terhadap Gaza... betul ke?

Beberapa media melaporkan bahawa Kabinet Keselamatan Israel baru sahaja membincangkan kemungkinan untuk melonggarkan sekatan ke atas Semenanjung Gaza sejak tahun 2006. Mungkin timbul di hati kita yang kurang memahami isu Palestine ... akhirnya Israel lembut hati juga apabila didesak oleh masyarakat antarabangsa.
Janganlah kita percaya dengan helah Yahudi Laknatullah kerana disebabkan permainan helah inilah akhirnya satu persatu tanah Palestine jatuh ke tangan Yahudi.
Saya juga melihat situasi media massa kita tidak lagi menjadikan agenda Palestine sebagai isu penting untuk dipaparkan .Apabila timbul isu Mavi Marmara, setiap hari dipaparkan permasalahan Palestine bahkan siap buat siaran langsung lagi untuk menyambut kepulangan sukarelawan kita untuk menunjukkan prihatin pemerintah atas isu Palestine.Hangat-hangat tahi ayam je. Sekarang isu palestine sejuk balik.Kita kena ingat apabila isu Palestine tidak diendahkan, maka Yahudi akan kembali bermaharajalela.
Sepatutnya isu Palestine perlu dikupaskan sebaik mungkin agar masyarakat Islam di Malaysia terutama muda-mudi memahami bahawa isu Palestine bukan isu bangsa Arab tetapi isu Survival Islam .

Yahudi tetap dengan agendanya, kita jangan sekali-kali lupa.

Sunday, June 6, 2010

Pembebasan... Gembirakah kita?



Kita semua bersyukur dengan pembebasan 12 sukarelawan kemanusian Gaza semalam. Ada yang menganggap mereka adalah hero dan wira negara bahkan ada yang dilihat mengambil kesempatan untuk menjadi juara atas pembebasan sukarelawan tersebut walaupun hakikatnya mereka sendiri adalah pendokong doktrin yahudi yang tegar.

Saya lebih tertarik kepada ulasan En. Noorazman( ketua misi kemanusian)" Isunya bukannya pembebasan kami tetapi isu yang besar iaitu Isu Palestine". Beliau menggambarkan penderitaan yang dilalui sepanjang tahanan dipenjara Israel amatlah perit dan menyeksakan tetapi beliau cuba membuka minda kita semua bahawa itulah penderitaan yang dialami oleh saudara kita di Palestine bukan setakat sehari dua bahkan sudah bertahun-tahun mereka alami tapi tidak mendapat pembelaan sewajar dari masyarakat Islam atau negara Islam sendiri.

Kita kena sedar bahawa Gaza merupakan penjara terbesar di dunia. Hubungan mereka dengan dunia luar terputus disebabkan oleh sekatan Yahudi Laknatullah . Jalan darat , udara bahkan laut dikuasai oleh Yahudi. Janganlah kita terlalu bercita-cita untuk mengharapkan ihsan yahudi untuk membuka laluan itu bagi menghantar bantuan kepada penduduk palestine.

Tekanan semaksima yang mungkin perlu diberikan kepada negara Islam yang bersempadan dengan Gaza agar membuka laluan sempadan bagi kemudahan penyaluran bantuan kepada penduduk Palestine. Mesir dan Jordan mesti membuka sempadan mereka. Kalau kita betul betul rasa bertanggungjawab , seluruh negara Islam termasuk Malaysia perlu menggerakkan usaha agar kepungan terhadap Gaza dibuka tetapi jangan sekali-kali mengharapkan Israel Laknatullah. Berikan tekanan diplomatik kepada dua kerajaan Islam iaitu Mesir dan Jordan agar membuka pintu sempadan mereka.

Kita gembira dengan pembebasan sukarelawan kita , tapi janganlah kerana kegembiraan itu menyebabkan kita lupa akan hakikat Palstine yang perlu kita perjuangkan.

Friday, May 28, 2010

Jom Bantah Judi

PORT KLANG: A boy who went into high-stakes gambling at the age of 16 accumulated losses amounting to about RM8mil by the time he was 19.

The boy, a millionaire’s son, had allegedly followed in his father’s footsteps by gambling and ended up losing millions in foreign football bets over the Internet.

His compulsion for betting was so great that he came to be known as the Little Dragon.

Yesterday, Klang Barisan Nasional chairman Datuk Teh Kim Poo who was unable to coax the teenager to come forward to relate his gambling spree, said the youth’s gambling habit stemmed from his father, a compulsive gambler.

“This teenager grew up watching his father gamble and at the age of 16, he began to gamble after gambling agents gave him a credit line of RM100,000. Each time he was buried in debt, his father would bail him out. Over these three years, there have been several bail-outs,” he said.
Teh added when the accumulated losses came to RM8mil, it was the last straw for the father. The man, in his 50s, barred him from gambling and stopped his son from attending college. He now works with his father.

Teh added that Pandamaran New Village had become a hot place for such gambling and simple wooden houses were equipped with Internet facilities for the activity.

On Sunday, Klang and Kapar MCA held an “Anti-Gambling at Internet Cafes” signature campaign at the Taman Eng Ann morning market.
It got more than 2,000 signatures from parents in two hours.


Di atas merupakan petikan dari akhbar the star yang memaparkan usaha yang dibuat oleh orang cina yakni bukan Islam untuk membenteraskan amalan perjudian dikalangan masyarakat mereka. Mereka mengakui keburukan judi walaupun mereka tidak beragama Islam.
Kita sebagai orang Islam, dalam agama kita memang jelas judi diharamkan dan kita sepatutnya mengambil peluang ini untuk mengharamkan terus aktiviti judi di negara kita. Orang bukan Islam dah akui judi adalah buruk , janganlah pula kita sebagai orang Islam menjadi pendokong atau pelopor kepada kegiatan judi.

JOM BANTAH JUDI

Friday, May 14, 2010

Petikan Khutbah Sempena Hari Guru

Antara isi petikan khutbah yang di baca di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota sempena sambutan hari guru.

Sidang jumaat yang dirahmati Allah,

Dihari yang mulia ini serta bersempena dengan sambutan hari guru, saya menyeru diri saya dan rakan guru agar memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana memilih kita untuk berada dalam profesion yang mulia ini, satu bidang yang memberi manafaat bukan setakat di dunia bahkan juga apabila sudah dipanggil oleh Allah . Sabda Nabi Saw yang bermaksud :
Apabila matinya anak adam , terputuslah amalannya melainkan tiga perkara : 1 – Sedekah jariah 2- Ilmu yang bermanafaat 3- Anak yang soleh

Oleh itu , laksanakan tugas kita seikhlas yang mungkin, didiklah anak murid seperti mana kita ingin anak kita di didik, tegurlah anak murid kita seperti mana kita menegur anak kita, marahlah anak murid kerana kesilapan yang mereka lakukan tapi bukan atas dasar kebencian tapi atas dasar untuk mereka sedar akan hakikat dan tanggunjawab mereka sebagai pelajar.

Kepada golongan bapa kepada pelajar,

Marilah kita sama-sama bantu membantu,berganding bahu, sehati sejiwa dalam memartabatkan pendidikan anak-anak kita. Janganlah kita salah menyalah dan menuding jari antara satu sama lain kerana yang ruginya nanti adalah anak-anak kita jua yang merupakan generasi pewaris kepimpinan negara di masa depan

Kepada anak-anak pelajar,

Tuntutlah ilmu dengan bersungguh-sungguh kerana ianya merupakan jihad pada jalan Allah. Datanglah ke sekolah dengan matlamat yang jelas , bukannya untuk suka-suka, bukan untuk main-main. Cuba tanya kepada diri pelajar sendiri ” Apa aku akan jadi 10 atau 15 tahun akan datang sekiranya beginilah sikap aku terhadap ilmu”.
Sekiranya amalan murid datang ke sekolah untuk belajar dan guru datang untuk mengajar dan mendidik serta golongan ibubapa memberi kerjasama yang padu, Insyallah masyarakat yang cemerlang yang kita impi-impikan untuk memacukan negera ke arah negara maju akan tercapai