SELAMAT DATANG KE AL-BILALI BLOGSPOT

MOGA IANYA BERMANAFAAT UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT

Pages

RSS

Friday, June 19, 2009

Gerakan Islam Kehilangan Seorang Murabbi


Dunia Islam dan gerakan Islam telah kehilangan satu lagi murabbi agung yang telah banyak memberi sumbangan kepada perkembangan dakwah Islam. Dr Fathi Yakan kembali ke rahmatullah pada 14 Jun lepas. Seorang ulama hebat dan banyak mengarang kitab-kitab terutamanya bagi pedoman dan panduan bagi gerakan Islam.

Kitabnya Apa Ertinya Aku Menganut Islam adalah kitab yang biasanya diguna untuk dikupas isi kandungan dalam usrah pelajar. Satu kitab yang bagi saya amat detail penjelasan dan kupasannya oleh ulama hebat ini berkaitan hakikat untuk kita bina jatidiri Islam yang sebenar.

Beliau seorang pemikir Islam yang sentiasa merangsang anak-anak muda untuk bersama kebangkitan Islam. Fathi Yakan menjiwai peranan pemuda untuk mengemudi gerakan Islam. Beliau pernah merakamkan dalam tulisannya:

“Islam, apabila ia menekankan supaya para pemuda melaksanakan matlamatnya yang menginginkan perubahan, bererti bukanlah diserahkan tugas itu kepada mana-mana generasi sahaja yang tidak mempuyai ciri-ciri tertentu, tetapi terlebih dahulu dimestikan atau dituntut supaya generasi itu mepunyai sifat-sifat Islam dan berpegang teguh dengan prinsip-prinsip Islam iaitu berkehendakkan generasi Islam yang tulen.

Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam tetapi orang lain mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia.
Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar, pemuda yang tiada peribadi bersikap seperti kera, pemuda yang tiada mempunyai akhlak, yang lebih dekat dengan binatang, pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim, disusun oleh parti-parti kufur dan syaitan, pemuda pondan yang tiada kebaikan pada mereka, tetapi keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya.”

Wahai pemuda-pemudi Islam ,bangkitlah dengan semangat mudamu untuk menegakkan Islam dalam diri, masyarakat dan negara.... moga Islam terus diperkuatkan dengan jiwa2 seperti yang diharapkan oleh Dr Fathi Yakan....Al-Fatihah

Wednesday, June 17, 2009

Allah mengasihi Orang Yang Bertaubat

Membaca artikel Malek Noor telah insaf diatas segala dosa yang pernah dilakukan semasa muda dahulu amat menyedarkan saya akan kasih sayang Allah terhadap hambaNYa.
Untuk makluman Malek Noor ni merupakan ahli bina badan yang pernah mengharumkan nama negara dipersada dunia. Amat banyak jasanya kepada negara. Selepas tu dia terlibat dalam bidang lakonan pula. Bagi peminat-peminat filem tahun 90 an, Malek Noor antara bintang-bintangnya... Juara, Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan Sahabat (antara filem yang dibintangi Malik Noor).
“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal. “Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati,” luahan keinsafan Malek Noor.
Pengakuaannya sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun, sebenarnya Malek tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan solat lima waktu sehari.
“Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi…kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat.
Alhamdulillah Malik Noor dipanjangkan umur oleh Allah dan sempat bertaubat dan menyesali dosa yang pernah dilakukan dan sesungguhnya Allah amat mengasihi hambaNya yang bertaubat.Tetapi berapa ramai manusia yang tak sempat bertaubat , Allah dah ambil nyawanya.... fikirkanlah wahai hati-hati yang lalai , nasib kita mungkin tidak sebaik Malik Noor .... umur panjang dan sempat bertaubat... oleh itu selagi ruang ada insaflah kita hanya hamba Allah dan akan kembali kepada Allah pada bila-bila masa dikehendakiNYa... Ya Allah matikanlah aku dalam keadaan aku ingat padaMu dan jangan Engkau matikan aku dalam keadaan aku lalai terhadapMU

Friday, June 12, 2009

Hebatkah ciptaan Manusia?

Lama rasanye tidak menghantar artikel untuk tatapan di alam maya disebabkan masalah broadband yang teruk... harap-harap lepas ini oklah hendaknya. Kadang-kadang kita merasakan teknologi yang dicipta manusia dah hebat, dah perfect dan excellent. Dengan tanpa wayar kita dapat berhubung dengan seluruh dunia, lalu kita merasa takjub dengan teknologi ciptaan manusia hingga kita lupa pencipta kepada pencipta teknologi itu.

Rupanya walau sehebat manapun teknologi dihasilkan ianya pasti ada kelemahan so, janganlah kita tanamkan sikap takjub yang melampau terhadap ciptaan manusia ini. Ciptalah sebanyak mana ciptaan yang terfikir oleh kita , gunalah ia tapi jangan lupa ianya pasti ada kekurangan dan kelemahan, Hanya satu yang Maha Sempuna .... Allah.

Thursday, May 14, 2009

Senyuman Seorang Anak


Hampir dua minggu anak bongsu saya (Ahmad Zikrullah)tidak menghadirkan senyuman dan gelaktawanya disebabkan keperitan demam radang paru-paru. Tubuh yang sihat telah terlampau susut sehingga kami bersedih melihat anak kecil yang tak tahu apa-apa mengalami sakit yang amat perit baginya. Hanya tangisan yang menceritakan segalanya.

Tambah memberi kesan, aiman dan ibunya juga terkena demam yang sama. Ibunya lebih teruk sehingga terpaksa dimasukkan dua botol air. Saya sendiri turut juga demam, mungkin penat sebab menjaga isteri dan anak2 yang demam(baru tahu betapa besarnya pengorbanan seorang isteri). Cuma Along dan Ammar sahaja yang mempunyai ketahanan yang tinggi. Dua hari sahaja demam.

Memikir hebatnya juga dugaan Allah kali ini , seharusnya kami mensyukuri nikmat kesihatan yang diberi Allah sepanjang masa. Ingatlah Allah semasa sihat , Insyaallah kita diberi ketenangan ketika sakit.


Kini Zikrullah senyum kembali..... cuma ibunya masih tak mampu untuk melaksanakan kerja rutin memasak, mengemas dsb. Terpaksalah beli lauk setiap hari... Tapi apa yang penting Zikrullah yang lemah dulu dah berselera makan nampaknya , senyumannya juga makin menghiburkan kami sekeluarga terutama ibunya yang masih belum sihat... Ya Allah Engkau berilah SyifaMu kepada kami sekeluarga... Amin

Saturday, April 18, 2009

Iktibar dari Pengalaman

Minggu lepas , saya dan rakan-rakan surau Fatimah Az-Zahra' Taman Inderasempurna (Hj Nordin, Riduan dan Ust Zuridan) telah menikmati makan malam di sebuah Restoran yang agak esklusif dari segi hiasan dalaman dan jenis makanan barat yang disediakan serta ada ruangan untuk persembahan nyayian. Tapi kami makan mee bandung muar je. Mungkin jiwa melayu masih tebal so tak boleh makan jenis chp stik , beef stik dsb.

Cuma saya nak kongsi, sedang kami enak menikmati makanan , seorang pemuda dengan gitarnya masuk dan terus kebahagian hadapan untuk persembahan nyanyian. Mengejutkan pemuda tadi mendendangkan lagu Hijjaz dan lagu-lagu ketuhanan. Kami semuanya berkopiah hatta ada yang berjubah tersenyum-senyum mendengar lagu-lagu itu dialunkan dan kami rasa lagu itu ditujukan untuk kami. Terbukti ianya untuk kami.Apabila kami nak balik pemuda itu mengucapkan terimakasih kepada Pakcik-pakcik(kamilah tu... yang ni saya kurang setuju.... saya muda lagi... he...he). Sebagai tanda terima kasih , kami mengangkat tanda tanda bagus.

Iktibarnya , jangan malu apabila kita memakai pakaian yang beridentitikan agama , kita kan lebih dihormati kerana pakaian itu.

Sunday, April 12, 2009

Peliharalah Agama , Nescaya Kita dihormati



















Melihat dua gambar di atas , rasa terharu diatas penghormatan dua penyanyi terkenal Malaysia terhadap ulama yang saya segani. Hebatnya Tuan Guru Nik Aziz, sehinggakan kedua-dua penyanyi ini menyatakan rasa gembira kerana dapat berjumpa Tuan Guru yang sebenarnya amat mereka hormati.

Saya melihat dalam perspektif yang berbeza . Penghormatan yang diterima oleh Tuan Guru bukan atas dasar beliau adalah Menteri Besar Kelantan semata-mata , bahkan kerana keteguhan prinsip yang dipegang dalam mengutamakan syariat dalam segala tindakan.

Penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza Taruddin menyatakan kunjungan hormat terhadap Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas sekian lama menyimpan hasrat bertemu tokoh ulama tersebut. Beliau melahirkan rasa syukur kerana hasrat yang telah lama diidamkan akhirnya menjadi kenyataan.

"Orang kata sepanjang hidup ni nak jugalah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadi," ujarnya. Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan seorang yang berpegang pada prinsip serta ajaran agama.

Berdepan dengan insan yang amat dihormatinya , Datuk Siti mengenakan pakaian yang sepatutnya sebagai Muslimah dan saya amat berharap ianya berkekalan. Datuk Siti memakai pakaian muslimah kerana dia menghormati prinsip agama yang dipegang oleh Tuan Guru.

Kalaulah semua kepimpinan negara dan isteri-isteri mereka mempunyai prinsip agama yang tegas dan jelas seperti ini , tidak mustahil untuk kita melihat suasana Islam dapat diwujudkan dalam negara . Sesungguhnya pemimpin adalah model untuk rakyatnya.

Amy pula menyatakan bahawa beliau meminati personaliti Tuan Guru yang sangat karismatik dan low-profile. Apabila ditanya mengenai label yang akan diberi oleh masyarakat terhadapnya, beliau menyatakan "Saya meminati tok guru dengan imej dan personaliti beliau sebagai seorang tokoh agama serta pemimpin yang hebat, kenapa harus takut dengan label-label yang berbau politik.

Ya Allah Engkau lahirkanlah ramai lagi pemimpin yang mempunyai prinsip agama yang tegas seperti ini , agar masyarakat kami lebih terdidik dengan agama. Jauhkanlah kami dari pemimpin yang rosak agamanya serta akhlaknya kerana ianya menyebabkan masyarakat kami akan hancur.

Friday, April 10, 2009

Perluaskan Konsep Dakwah

Bassan al-Muslimani merupakan satu nama yang asing bagi kita semua tetapi apabila disebut nama asalnya sebelum Islam Yvonne Ridley pasti tergambar dalam pemikiran kita Ketua pengarang " Sunday Express" yang ditahan oleh Taliban di Afghanistan dan akhirnya masuk Islam selepas dibebaskan.

Semasa dalam tahanan , beliau dilayan dengan penuh sopan oleh Taliban. Segala cerita-cerita negetif berkaitan Taliban rupanya hanyalah mainan media barat. Dibilik tahanannya tidak dibenarkan masuk melainkan pengawal wanita. Kebaikan inilah menyebabkan dia tertarik dengan Islam. Amat jauh bezanya layanan Islam terhadap tahanan dengan layanan tentera Amerika terhadap tahanan yang mana katanya sekiranya dia berada dalam tahanan Amerika sudah pasti dirinya diratah oleh tentera Amerika yang tidak berhati perut seperti apa yg berlaku di Guaotanamo bay. Layanan yang baik ini telah memberi kesan yang mendalam terhadap dirinya disamping didedahkan dengan sebuah buku karangan as-Syahid Syed Qutb " Petunjuk sepanjang Jalan".

Yang menariknya mengenai insan ini adalah beliau sering bercakap mengenai kewajipan wanita Islam untuk menutup kepala dengan hijab dan beliau pernah mengecam Menteri Kebudayaan Mesir , Farouq Hosni yang memperlekehkan Muslimat bertudung dengan gelaran yang tak sepatutnya . Di dalam Muktamar Jamiet-Islami Pakistan dia telah diberi kesempatan berucap dan menekankan bahawa Muslimat seluruh dunia jangan memandang kecil hukum memakai hijab.

Sebenarnya terlampau banyak kebaikan yang ada dalam Islam tetapi terlindung disebabkan oleh sikap umat Islam. Islam itu cantik, indah dan menarik tetapi banyak antara kita(Islam baka) yang menjadi penyebab kepada buruknya Islam pada pandangan masyarakat bukan Islam.

Sebagai contoh dalam satu pemilihan Parti yang majoriti ahlinya melayu Islam , calon yang bertanding untuk merebut jawatan tak sampai 300 calon tetapi laporan Rasuah yang disiasat oleh Jawatakuasa Disiplin mencapai 900 laporan. Amatlah malu kita umat melayu beragama Islam dengan keadaan ini. Macam mana orang bukan Islam nak tertarik dengan Islam.

Amat malang juga apabila ada orang bukan Islam memetik ayat al-Quran untuk memperkuatkan hujjahnya , adalah pula insan Islam berjiwa melayu membuat laporan polis keatas non muslim tadi atas dasar menghina agama. Dahlah kita tak mampu nak tunjukkan nilai Islam dalam diri kita , kita pula menutup ruang dakwah yang terbuka luas bagi kita menunjukkan keindahan Islam. Ruginya Islam.