SELAMAT DATANG KE AL-BILALI BLOGSPOT

MOGA IANYA BERMANAFAAT UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT

Pages

RSS

Thursday, November 27, 2008

Respon " Aku, Ust Joha, lolipop"


Terbaca entry di blog seorang ex-student SMSSI , menyebabkan saya tersenyum sorang-sorang. Di bawah tajuk " Aku, Ust Joha dan lolipop" , saya rasa ianya satu luahan cerita yang amat menghiburkan apabila kita masing-masing terpisah disebabkan tanggungjawab dan penerusan hidup yang perlu bagi mencapai hajat dan cita-cita dalam hidup.

Mungkin pada masa tersebut teguran , sindiran dan kritikan amat pahit dan kadang-kadang menyebabkan kita menyampah tetapi pabila kita terima secara positif , insyaallah ianya mungkin menjadi platform untuk kita menjadi yang terbaik.

Saya pun tak berapa ingat cerita tersebut tapi rupanya , segala teguran dan kadang2 sindiran saya rupanya tersimpan kemas dalam ingatan anak-anak pelajar saya. Saya petik kata2 dlam entry tersebut :

Ust Joha yang kami warga ISIS kenali mmg ringan je mulut nak menegur,mengingatkan..Maka,bila dah tercampak jauh dari tanah mersing,tambah pula beliau dah berhijrah ke Kuantan,mula la 'rindu' nak dengar ust men'smash' orang di surau..

Kadang-kadang je ust smash , kalau ada yg terasa tu , ust mintak maaf byk2 tapi tujuan ust adalah untuk mendidik anak pelajar agar jadi yg terbaik pada pandangan Allah dan juga manusia. Sama-samalah kita berdoa agar segala yang kita lakukan ada nilainya pada pandangan Allah Rabbu Jalil.

Wednesday, November 26, 2008

Kem Ibadah Remaja 08






Pada 21-22/11/2008 AJK Surau Fatimah Az-Zahra' telah menganjurkan buat julungkalinya Kem Ibadah Remaja sebagai satu usaha untuk menyumbang ke arah pembentukan jiwa remaja yang selaras dengan tuntutan agama. Seramai 31 peserta terlibat dalam program tersebut yang melibatkan pelajar dalam lingkungan umur 10-16 tahun. Menurut pengarah program Ust Zuridan bin Daud program ini akan dijadikan program tahunan surau Fatimah Az-Zahra' dan peserta perintis ini akan dijadikan satu kumpulan yang dinamakan sahabat surau.

Ust Yazid menerangkan kaedah wudhuk yang sempurna

Praktikal wudhuk

Perkongsiaan ilmu Tanggungjawab muslim oleh ust Joha

Praktikal solat

Ust Zuridan menerangkan cara sujud yang betul

Peserta mengemaskan khemah

Friday, November 21, 2008

Ihtifal KAFA Inderasempurna 2008

Pada 16 November 2008, Kelas Fardhu Ain Taman Inderasempurna telah menganjurkan Ihtifal pertamanya. Disamping majlis penyampaian hadiah kepada pelajar, beberapa pertandingan diadakan seperti pertandingan azan, Hafazan doa, Hafazan surah lazim dan tulisan Jawi. Tahniah khusus kepada ustazah Norahila kerana berjaya menjayakan program tersebut dengan jayanya walaupun masih bersedih di atas kematian mengejut suaminya lepas hari raya aidilfitri yang lalu.Tahniah juga kepada ust Yazid , Encik Wan Shamsul dan team Kafa Inderasempurna , walaupun banyak dugaan dan cabaran dihadapi untuk menggerakkan kelas Kafa tetapi perjalanan Kafa berjalan dengan lancar. Moga Allah membalas segala yang kita lakukan demi pendidikan agama anak-anak kita

Majlis khatam al-Quran pelajar cilik Taman Inderasempurna

Along masuk pertandingan azan



Persembahan nasyid kumpulan Putera Kafa Inderasempurna


Bacaan doa selepas majlis khatam al-Quran

Along dapat hadiah tempat pertama pelajar tahun satu KAFA Inderasempurna(Moga jadi anak yang soleh ...amin ... insyaallah)

Thursday, November 20, 2008

PENGKID HARAM

PENGKID telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Ini merupakan satu tindakan yang perlu disokong dengan sepenuhnya memandangkan budaya ini semakin berkembang terutamanya dikalangan remaja kita.
Menurut Harian Metro, ciri-ciri Pengkid ialah berpakaian dan bergaya seperti lelaki, tubuh badan dan rambut sama seperti lelaki, menjalin hubungan dengan wanita sehingga ada yang bercinta dan melakukan seks, membengkung payudara, suka wanita cantik dan menganggap diri seperti lelaki yang boleh menjaga pasangan, terutama apabila diganggu.
Sekiranya kita analisis ciri yang dinyatakan, jelaslah bahawa golongan Pengkid ini adalah golongan yang tidak redha dengan ciptaan Allah. Mereka seolah-olah cuba melanggar fitrah kejadiaan wanita yang penuh dengan kelembutan dan keistimewaan. Apa yang malangnya , ada yang sanggup hidup sepertimana umat Nabi Luth.
Tindakan pengharaman Pengkid oleh Majlis Fatwa akan memudahkan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan dengan kuasa undang-undang terhadap golongan ini. Masalah sosial dalam masyarakat tidak dapat dibenteras dengan berkesan sekiranya hak penguatkuasaan dan pendakwaan tidak berjalan seiring. Fatwa telah ada dan diharap selepas ini akan ada usaha pihak berkuasa untuk mengekang gejala ini dari berleluasa.
Amat malang, baru-baru ini dua kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai "Katagender" dan "Food -not-bombs" telah mengadakan demontrasi bantahan terhadap keputusan Majlis Fatwa berdekatan KLCC. Mereka menggunakan sepanduk bersifat provokatif dan menjerit-jerit " stupid fatwa everywhere". Sebahagian besar dari mereka adalah bukan Islam dan diketuai oleh seorang perempuan yang bernama Lee Wei San.
Orang bukan Islam perlu faham , fatwa itu adalah untuk orang Islam. So, mereka tidak perlu ganggu urusan agama Islam kerana kita sendiri tidak pernah ganggu urusan agama mereka. Tindakan menceroboh urusan agama Islam ini , boleh menyebabkan berlakunya perkara yang tidak diingini. Kepada Pengkid yang beragama Islam, sedarlah kita ini adalah Hamba Allah, hiduplah sesuai dengan title kita sebagai Hamba.

Sunday, November 9, 2008

Barack Obama... Wind Of Change ?


Kemenangan Barack Obama sebagai presiden Amerika Syarikat mengalahkan John Mc Cain disambut dengan penuh gembira oleh dunia. Digambarkan melalui laporan akhbar , penduduk Kenya sanggup berjaga malam untuk merayakan kemenangan Obama. Digemburkan cerita tentang keturunan Obama yang beragama Islam. Di Malaysia sendiri , ramai yang merasa gembira dengan kemenangan tersebut sampaikan ada yang mengatakan bahawa Obama pandai berbahasa melayu semata-mata nak menunjukkan bahawa rapatnya Obama dengan Melayu dan Islam .


Tetapi bagi saya , kita seharusnya mengambil sikap berhati-hati. Walaupun keturunan Obama adalah Islam , hakikatnya Obama bukan Islam . Ayahnya telah pergi ke Amerika dan menganut fahaman athies dan sejak itu hubungan keluarga beliau dengan Islam terputus . Sejarah Kamal At-Tartuk seharusnya menjadi iktibar . Walaupun Islam tetapi kehebatannya menghancurkan Islam lebih hebat daripada tentera Salibiyah. Sampai sekarang dasar Islam Turki hancur hasil buah tangan Kamal At-Tartuk yang sebenarnya diasuh dan dididik oleh Yahudi bagi menghancurkan Kerajaan Islam Othmaniah .
Apalagi sekarang kita berhadapan dengan Obama yang jelas bukan Islam. Kita mengharapkan Amerika mengubah dasarnya terhadap Islam dengan terpilihnya Obama sebagai presiden. Kita kena ingat bahawa pelobi Yahudi dibelakang Obama menghabiskan 1 bilion US untuk memastikan kemenangan Obama. Yahudi takkan berlembut dengan Islam. Mungkin mereka mempunyai hajat untuk menggunakan Obama untuk menguasai hasil bumi Afrika terutamanya minyak yang masih banyak belum diterokai.
Mari kita lihat sebaik terpilih sebagai presiden, tindakan pertamanya ialah menawarkan jawatan Chief of Staff Rumah Putih kepada Rahm Emanuel. Anak kepada ahli kumpulan Irgun, sebuah militan Zionis yang ideologinya ialah:
“every Jew had the right to enter Palestine; only active retaliation would deter the Arabs and the British; only Jewish armed force would ensure the Jewish state”.
Dan Rahm Emanuel sendiri mengakui:
“I am proud of my heritage and treasure the values it has taught me.”
Jadi persoalannya sekarang, bolehkah Obama dan pentadbiranya diharap? Mari kita baca yang ini pula:
Protokol Yahudi Kedua puluh empat Kerajaan tidak boleh diserahkan kepada mereka yang tidak tahu selok belok pemerintahan. Hanya mereka yang boleh menunjukkan sikap keras, kejam dan boleh memerintah dengan tegas akan menerima teraju kerajaan daripada pemimpin-pemimpin kita (Yahudi).... fikirkan

Monday, October 27, 2008

Doa.. beberapa perkara yang perlu direnungkan


Ketika pelajar sibuk dalam menghadapi peperiksaan sekarang , doa dan solat hajat adalah antara amalan yang boleh membantu. Tetapi berapa ramai manusia yang berdoa tetapi Allah tidak makbulkan doanya . Ini mungkin disebabkan sikap kita yang hanya berdoa atau rapat dengan Allah apabila kita memerlukan bantuanNya sahaja. Apabila Allah memperkenankan, kita lupakan Allah. Ibrahim Adham pernah menyatakan antara sebab kenapa doa kita tidak dimakbulkan Allah ialah :

1-Anda mengenal ALLAH tetapi tidak menunaikan haknya.
2- Anda mengatakan cinta kepada Rasulullah S.A.W tetapi meninggalkan sunnahnya
3- Anda membaca Al-Quran tetapi tidak beramal dengannya.
4- Anda menikmati nikmat ALLAH, tetapi tidak bersyukur kepadaNya.
5- Anda berkata syurga itu benar, tetapi anda tidak beramal untuk memasukinya.
6- Anda berkata syaitan itu musuh tetapi anda tidak menentangnya
7- Anda mengaku ingin selamat dari api neraka, tetapi menjuruskan diri kedalamnya.
8- Anda meyakini bahawa kematian itu satu kepastian tetapi tidak pernah mempersiapkan diri menghadapinya.
9- Anda sibuk dengan keburukan orang lain tetapi anda sendiri mengabaikan keburukan diri sendiri
10- Anda menghantar jenazah ke perkuburan, tetapi anda tidak sedikit punmengambil iktibar daripadanya.

Di dalam kitab Riyadhu As-solihin , pada hadis ke 13 , Rasulullah menceritakan tentang tiga orang pemuda yang terperangkap dalam satu gua. Kemudian berkata salah seorang daripadanya " Kita tidak akan terlepas daripada gua ini , jika kita tidak berdoa ke hadrat Allah dengan amal kebajikan kita ". Maka ketiga-tiga pemuda itu pun berdoa dengan menyebut amal kebajikan yang paling ikhlas mereka lakukan . Dengan izin Allah batu yang menutup gua itu akhirnya bergerak dan mereka lepas dari gua tersebut .

Apa yang ingin saya nyatakan bahawa amalan yang kita lakukan dengan ikhlas kepada Allah boleh menjadi asbab kepada termakbulnya doa kita. Cuma kita tidak tahu yang mana satu amalan kita yang paling ikhlas kepada Allah yang boleh menjadi sebab kepada doa mudah dimakbulkan Allah. Oleh itu perbanyakkan amalan kerana Allah walaupun hanya menderma sebanyak 10 sen, walaupun hanya mengutip sampah di jalanan, walaupun membantu orang buta melintas jalan dan sebagainya.

Perbanyakkan taqarrub dengan Allah , jadikan tahajjud sebagai amalan harian atau mingguan , zikrullah sebagai teman dalam perjuangan agar kita sentiasa merasakan kehadiran Allah dalam segala tindakan kita. Insyaallah Allah akan mendengar doa kita.





Friday, October 24, 2008

Peperiksaan...Peperiksaan


Sekarang golongan yang bergelar pelajar samada di sekolah atau universiti sibuk untuk menghadapi peperiksaan . Apabila tiba saat ini , saya teringatkan suasana di SMSSI yang mana waden2 akan melenting dan marah disebabkan oleh tindakan pelajar yang tidak dapat menguruskan diri mereka dengan baik. Dorm dalam keadaan tak kemas , sampah merata-rata serta buku-buku berselerakan. Seolah-olah macam bukan tempat manusia tinggal terutamanya dorm lelaki. Ditanya kenapa ? Jawapannya sibuklah dengan peperiksaan , tak ada masa dan peperiksaan lebih utama buat masa ini.


Bagi saya , semua ini disebabkan kita mengambil pandangan yang silap terhadap peperiksaan. Ini menyebabkan rutin hidup kita bercelaru apabila peperiksaan semakin mendekat. Bagi kita peperiksaan satu beban bukannya satu peluang untuk majukan diri kita. Kalau aku nak lebih hebat , aku kena hadapinya dengan penuh perancangan agar kejayaan yang kita dapat ada kesan yang berpanjangan.


Kita kena ingat dunia ini penuh dengan ujian. Allah menguji manusia dengan tujuan untuk menilai iman manusia samada benar atau tidak, baik atau tidak amalan kita . Firman Allah yang bermaksud "Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya." (QS. al-Mulk: 2) . Jadi ujian atau peperiksaan adalah sunnatullah . Kalau kita berjaya menghadapi dengan baik maka kita diiktiraf sebagai orang yang berjaya di sisi Allah.


Ujian Allah tidak ada jadualnya. Bala bencana, ribut taufan, banjir dan ajal maut akan datang mengikut kehendak Allah. Oleh sebab itu kita mesti sentiasa mempersiapkan diri untuk menghadapinya agar kita tergolong dalam golongan yang berjaya apabila diuji oleh Allah.


Peperiksaan peringkat sekolah atau universiti telah kita maklumi jadualnya. Sepatutnya tidak timbul masalah bagi kita untuk merancang bagi menghadapinya. Persiapan awal boleh menghilangkan tekanan dan boleh mengubah persepsi kita terhadap peperiksaan . Ianya bukan beban tetapi peluang untuk mempertingkatkan nilai diri........ bersambung