SELAMAT DATANG KE AL-BILALI BLOGSPOT

MOGA IANYA BERMANAFAAT UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT

Pages

RSS

Sunday, July 19, 2009

Program Haloqah SMSSI



Alhamdulillah melihat kesungguhan Ex-SMSSI bertungkus lumus mempersiapkan diri untuk terlibat dalam program Haloqah untuk adik2 SMSSI pada 25- 26 Julai 2009. Membaca entry Intan , walaupun sibuk ngan urusan pembelajaran di UIA tpi masih mampu menyediakan diri untuk hadir dan terlibat secara aktif dalam program Haloqah tersebut amat terkesan di hati ustaz. So, ustaz harap ramai yang akan turun untuk membantu menjayakan program tersebut . Moga usaha yang dilakukan tanpa memikirkan ganjaran duniawi ini mampu menjadi wasilah untuk Allah mempermudahkan urusan kita di dunia dan akhirat.

Ustaz doakan program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai matlamatnya . Insyaallah ustaz turut sama berada di sana tpi lewat sikit sebab ada program rasmi skolah pada hari sabtu.So, petang sabtu insyaallah kita semua jumpa di SMSSI.

Saturday, July 11, 2009

Islam For All

Pada khamis lepas, saya dihantar pihak sekolah ke SEminar Perbandingan Agama di Kolej Sultan Ahmad Shah , Kuantan. Satu seminar yang amat bermanafaat untuk umat Islam dan sesiapa yang terlibat dalam bidang dakwah.
Pembentangan kertas kerja adalah dari bekas-bekas penganut Agama Kristian Khatolik , Protestan dan Hindu serta pendedahan tentang agama yahudi oleh pensyarah KIPSAS.
Penerangan ilmiah oleh saudara LIm Jooi Soon (bekas protestan) dan TN . Haji Ayub Abdullah( bekas Khatolik) amat jelas dan lebih meyakinkan kita semua akan kebenaran Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW. Pada sebelah petang , dibentang pula kefahaman agama Hindu oleh Saudara Shah Kirit. Kesemua pembentangan adalah amat ilmiah , penuh dengan fakta yang mampu kita gunakan untuk berdakwah diluar kepompong masyarakat melayu.
Kaedah dakwah yang sempit menyebabkan manusia tak nampak indah dan benarnya Islam.Dan amat malang bila masyarakat menyamakan Islam dengan Melayu.... lagilah nampak Islam tu tak comel sebab banyak sikap yang negetif terpalit dengan masyarakat melayu.Hakikatnya , Islam is not exclusively for Malay but Islam is For ALL. Oleh itu kepada kita yang melayu Islam ni , beramallah dengan Islam yang sebenar agar masyarakat lain nampak indahnya Islam dalam diri kita.

Thursday, July 9, 2009

KEM BERSEPADU SBP PAHANG

Minggu lepas , saya terlibat sebagai fasilitator untuk Kem Bersepadu SBP Pahang. 6 Sekolah terlibat iaitu SBPIK, SBPIP, SBPIT,SEMSAS, SHAH dan SEMESTA.Kem diadakan di Pusat Ko-Ku Tanjong Gosong , Pekan.

Pada Tahun ini , program yang dilaksanakan lebih tersusun dan penglibatan AJK kerohaniaan lebih dirasakan kehadiran. Yang menariknya , AJK kerohaniaan diberi satu station untuk dilaksanakan praktikal ibadah dalam Islam. Disamping peserta terlibat dengan aktiviti2 seperti Flying Fox, Water Confident, Kayak , Ikhtiar hidup, peserta mesti melaksanakan praktikal seperti Tayammum, solat jenazah, Solat Jamak dan Qasar serta mengambil wuduk dalam keadaan air yang sedikit.

Apa yang menyebabkan kami (fasilitator kerohaniaan)tersenyum dan ketawa adalah apabila melibatkan praktikal solat Jenazah. Peserta berebut nak jadi mayat. Hairan kami dibuatnya. Bila diselidiki rupanya kebanyakan peserta tidak tahu praktikal solat jenazah yang tepat dan betul.So, jalan selamat jadi jenazah , tak payah solat jenazah. Masyaallah , ini pelajar-pelajar SBP tak tahu solat jenazah apalagi pelajar yang diluar sana.
Diakhir setiap sesi , saya menekankan sebagai pelajar SBP , kita jangan sombong dan jangan asingkan diri dengan masyarakat dan solat jenazah merupakan merupakan satu cara untuk kita bersosialisasi dengan masyarakat secara positif dan matang. Lagipun ianya terlampau mudah.

Sunday, June 28, 2009

Nikmatnya Menjadi seorang Cikgu

Kejayaan pelajar dalam pelajaran adalah satu nikmat yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata bagi kami yang bergelar guru. Tiada balasan dan ganjaran yang kami harapkan cuma apa yang penting anak didik kami menjadi insan yang berjaya mengejar cita-cita mereka dan masih memelihara hubungan mereka dengan Allah.
Semalam saya makan tengahari dengan dua ex-Smssi yang sedang buat persediaan untuk ke Alexadaria Mesir iaitu Naqib dan Amirah jalil. Mereka sedang buat persediaan di kolej Shahputra yang berbetulan dekat dengan SBPIK.
Bersembang dengan keduanya, jelas mereka amat teruja untuk ke Mesir untuk mendalami bidang Medic. Dalam hati saya, syukur mereka dah berjaya meletakkan satu platform yang betul bagi mengejar cita-cita mereka.
Tapi satu hal yang mereka tak pernah lupa mengenai saya ialah leteran saya ketika jadi waden.(sebab tu saya tak nak jadi waden dah he..he). Saya pernah baca blog syahid harun(first batch), dia amat ingat peristiwa dirotan kerana lewat subuh dan lewat ke perhimpunan.Tapi sebenarnya apa yang saya lakukan hanyalah untuk menyedarkan pelajar akan hakikat keberadaan mereka disekolah . Moga tak adalah pelajar yang menyimpan dalam hati dan doakan sentiasa kebahagiaan saya.
Puas hati saya sebagai guru , melihat anak didik berjaya ke Mesir, Jordan , Usa, France, Japan,UK, Universiti Dalam Negara dll.
Sambil makan , saya bergurau dengan keduanya, kamu berdua apabila tamat pengajian, insyaallah dapat kerja bagus, kereta bagus dan rumah besar tapi ustaz masih dengan wira secondhand.
Akhirnya ingatan saya dimana sahaja berada ingatlah nescaya Allah permudahkan segala urusan kita.

Tuesday, June 23, 2009

Peringatan dari satu Kematiaan

Sebentar tadi saya memberi sedikit tazkirah kepada anak-anak pelajar di Surau An- Nur. Saya membawakan kisah al-marhum Saudara Ammar Zulkifli yang meninggal dunia kerana kemalangan di Mesir. Saya tidak mengenalinya tetapi apabila melayari blog ex-student SMSSI , ramai mengenalinya dan bercerita mengenai sifat , sikap , pandangan hidupnya. Semuanya menggambarkan kesempurnaan peribadi yang ada pada saudara Ammar, tetapi Allah lebih menyayanginya.
Apa yang mengkagumkan saya adalah membaca nukilan ibu Ammar. Sifat tabah, redha dengan pemergiaan Ammar serta tidak menangisi pemergiaan anak yang disayang serta masih mampu memberi motivasi kepada dirinya sendiri yang kehilangan anak serta kepada mereka yang senasib dengannya . Susah untuk mencari satu peribadi seperti ibu Ammar ini yang merasa yakin yang padu terhadap janji pahala diatas kematiaan anaknya. Saya petik satu hadis yang menjadi sumber kekuatan ibu Ammar :

Dari Muhammad bin Khalid As-Sulami, dari ayahnya dari datuknya ia berkata: saya mendengar Rasullulah saw bersabda yang maksudnya:

“ Bila Allah telah menentukan suatu kedudukan yang tinggi bagi hamba-NYA, yang tidak akan mungkin dapat dicapai dengan sebab amal hambaNYA itu, maka Allah akan menurunkan cubaan kepada tubuhnya, atau kepada anaknya, atau kepada hartanya, di samping itu Allah pula memberinya ketabahan, sehingga dengan kesabaranya itu, ia dapat mencapai kedudukan yang telah ditentukan oleh Allah ‘azza Wajallla bagi dirinya.”

(Ibn Abiddunya dalam kitabnya Al-Amradi wal-Kaffarat)

Allahuakbar, hebat ibu ini.Itulah sebabnya lahir insan baik seperti Ammar kerana lahirnya Ammar dari rahim seorang yang rapat dengan Allah dan ditarbiah pula suasana taqarrub pada Allah.
Harapan saya moga saya sendiri mampu mempunyai anak soleh seperti Ammar lebih-lebih lagi salah seorang anak saya pun ada yang bernama Ammar ... Insyallah.
Saya tekankan diakhir tazkirah , mati itu datang tanpa isyarat , kanak2, muda atau tua kalau ajal dah sampai ,ianya takkan lewat walau satu saat...oleh itu selagi diberi hayat oleh Allah buatlah sesuatu yang bermanafaat untuk akhirat kita.

Monday, June 22, 2009

Majlis Pengijazahan Perubatan Islam As-Syifaa'





Alhamdulillah selepas mengikuti kelas Perubatan As-Syifa' di bawah kelolaan Darul Syifa' Bangi selama setahun , kami kumpulan pelajar As-Syifa Kuantan seramai 110 pelajar telah menerima ijazah pengamalan perubatan As-Syifa' dari Tuan Guru Dato' Harun Din.
Dua orang sahabat kami tidak sempat menerima ijazah disebabkan Allah lebih menyayanginya. Semoga usaha sahabat berdua untuk mendalami ilmu perubatan ini dianggap sebagai satu jihad pada pandangan Allah.
Semasa ucapan Pengijazahan ,Tuan Guru menekankan sifat ikhlas perlu ditanamkan sekukuhnya dalam diri mua'llij(perawat)agar rawatan yang dilaksanakan berkesan. Disamping itu sebagai mua'llij, hubungan dengan Allah perlu dipertingkatkan agar segala doa dan ayat yang dibaca untuk rawatan mendapat kesan yang dikehendakki.Jangan lupa amalan benteng diri kerana rawatan yang dilakukan adalah melibatkan pertembungan dengan jin dan syaitan,sekiranya benteng lemah kita mungkin akan mendapat kesan buruk.
Insyaallah , selepas satu mesyuarat AJK As-Syifa' Kuantan , satu Klinik Pusat As-Syifa' Kuantan akan ditubuhkan di Taman Guru Kuantan (masih dlam proses perbincangan sewa rumah). Semua ini dilakukan demi melaksanakan tanggungjawab fardhu kifayah disamping untuk menghalang masyarakat dari terlibat dengan unsur-unsur perubatan yang khurafat dan syirik.

Sunday, June 21, 2009

Rezeki...Manafaatkan untuk Akhirat

Perniagaan besar, untung banyak, gaji banyak , berjaya dalam exam, lanjut pelajaran oversea , anak ramai semuanya adalah rezeki . Betul ke?
Sebagai seorang Islam kita perlu faham bahawa rezeki adalah sesuatu yang kita perolehi dan ianya memberi manafaat kepada akhirat kita. Ianya semakin mendekatkan kita kepada Allah bukannnya semakin jauh dari Allah.
Ramai manusia berjaya dalam perniagaan tapi semakin jauh dari Allah , berjaya menyambung pelajaran dalam bidang yang diminati tapi semakin sepi untuk munajat pada Allah.
Ada yang mempunyai kereta yang besar tapi tak larat untuk dipandu ke masjid atau ke surau tapi kalau melancong sampai selatan Thailand pun mampu. Ada rumah yang selesa hingga azan dari surau berdekatan seolah-olah hanya panggilan biasa saje, bukannya panggilan Tuan Punye Bumi, kenapa? Sebab seronok sangat duduk rumah yang selesa . Keselesaan menyebabkan kita lalai dari ingat pada Khaliq kita. Adakah dengan sikap sedemikian menjamin keselesaan kita di alam Barzakh nanti seperti mana kita selesa berada di rumah kita itu.
Ingatlah... segala pemberiaan Allah kepada kita, pandulah ia , bentuklah ia kejalan yang boleh memberi manafaat untuk akhirat kita. Janganlah itu semua menjadi sebab panjangnya hisab kita di hadapan Allah nanti.