SELAMAT DATANG KE AL-BILALI BLOGSPOT

MOGA IANYA BERMANAFAAT UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT

Pages

RSS

Wednesday, August 5, 2009

H1N1 , satu peringatan Allah

Hari ini jumlah kematiaan disebabkan kes H1N1 telah meningkat ke 14 korban. Mangsa terbaru kanak2 6 tahun dari Kuantan Pahang.
Apabila penyakit ini mula-mula ditemui di Mexico sehingga menyebabkan dunia keluh kesah , saya secara peribadi tidak yakin penyakit ini akan sampai ke Malaysia sebab kerajaan kita amat yakin dengan sistem kawalan penyakit yang telah dilaksanakan. Tetapi rupanya perancangan Allah mengatasi usaha kawalan dan rancangan manusia. Iktibarnya jangan sombong dengan kehebatan kita sebab ada kuasa yang lebih hebat. Jangan suka mendabik dada dengan kehebatan usaha kita sehingga seolah-olah segala usaha kita tidak ada hubungkait dengan Allah.
Amat malang , negara yang diperintah oleh seorang Islam tidak mengambil pengajaran bahawa penyakit ini merupakan ujian bala dari Allah. Melihat kepada statistik korban dan pesakit yang semakin meningkat , sepatutnya seruan umum dibuat kepada rakyat supaya mengadakan solat hajat dan qunut nazilah supaya kita terselamat dari penyakit yang merupakan bala dari Allah.Terlalu banyak dosa yang kita biarkan ianya berlaku yang mengundang kemurkaan Allah.
Sekolah saya ditutup operasi selama 7 hari disebabkan terdapat kes positif H1N1. Sebelum arahan penutupan premis dikeluarkan oleh Jabatan kesihatan negeri, pelajar dan guru masing-masing risau dan memakai mask. Kami seolah-olah berada di Zon perang. Semuanya bertopeng.Ini dilakukan bagi mengelakkan jangkitan H1N1 yang kita difahamkan tiada vaksin yang ditemui buat masa sekarang.
Dalam tazkirah saya di surau selepas solat hajat, saya jelaskan kita tak perlu takut sekiranya takdir Allah kita mati disebabkan penyakit H1N1, tetapi kita perlu risau apa yang akan berlaku selepas kita mati. Oleh itu buat persediaan secukupnya , samada kita selamat atau tidak dari penyakit merbahaya ini, yang pastinya kita pasti akan mati. Saya bimbang apabila penyakit ini telah reda, kita akan rasa mati semakin jauh dari kita dan kita akan terus alpa terhadap tanggungjawab terhadap Allah. Ingatlah Allah sayang pada kita semua sebab itu Allah datangkan ujian ini. Moga hubungan kita semakin rapat dengan Allah

0 comments: