Kuala Lumpur - Sempena sambutan Hari Kekasih yang akan disambut pada 14 Februari ini,buat julung kalinya Menara KL menjemput pasangan kekasih meraikannya di pelantar terbuka menara itu.
Jurucakap Menara KL berkata,pasangan kekasih diberi peluang ,menyambut Hari Kekasih di ketinggian 300 meter itu bermula pada jam 8 malam hingga 12 malam.
Menurutnya, ia bakal diraikan dengan berlatar belakangkan susana cukup romantik iaitu dengan keindahan pemandangan bandaraya Kuala Lumpur serta alunan muzik mengasyikkan.
"Harga tiket untuk pakej ini adalah RM88 seorang termasuk minuman ringan,cenderahati,angpau,limau dan baucer hotel
"Bagi pasangan yang dipilih sebagai 'Loving Couple', mereka akan menerima hadiah istimewa pada hari berkenaan,di sini.
Beliau berkata, tiket akan mula dijual di kaunter tiket mulai 14 Ferbruari ini mulai jam 8 malam atau tempahan boleh dibuat dengan menghubungi talian 0320205499 atau 0320205692
Di atas merupakan petikan akhbar berhubung dengan sambutan Hari Kekasih yang akan disambut oleh pihak Menara Kuala Lumpur. Sebuah negara yang dikatakan Islam membenarkan sambutan yang jelas bertentangan dengan Islam. Apa nak jadi negara kita ni... Anak luar nikah semakin ramai... acara yang melalaikan umat Islam dari agama semakin berleluasa dan semakin di beri sokongan bahkan diwar-warkan lagi di TV kepunyaan pemimpin yang Islam.
Penganut agama lain nak guna nama Allah, bukan main kecoh, demo sana demo sini, bawa ramai pemuda yang bersemangat untuk tunjukkan kita sayangkan Allah. Tapi sedar tak, kita tak jaga pun hak Allah bahkan melekehkan hukum-hukum Allah.
Sepatutnya kita gunakan pemuda2 yang Perkasa dan berani tu untuk cegah benda2 yang Allah larang sebagai tanda kita sayangkan Allah. Biarlah kita berani bertempat bukannya ada agenda yang tersirat.
1 comments:
setuju!
bila,kes buang bayi menjadi-jadi..buat jawatankuasa khas utk cari individu brtanggungjawab,nk buat kempen,arah badan kebajikan masyarakat sedia amik kes penyerahan bayi..
tak ke lebih indah + lebih mudah kalau di'cure'kan dari puncanya?
bila anak benih dah buruk,ditanam jugak,dibagi baja,siram hari-hari,nnti keluar buah berulat jangan la beralasan salah guna racun serangga perosak~
Post a Comment