Semalam saya mendengar satu tazkirah semasa solat tarawikh yang disampaikan oleh ustz Maliki di Surau Inderasempurna untuk kita renung bersama :
Dua perkara yang sentiasa perlu kita ingat :
1- ialah nikmat Allah kepada kita walaupun ianya kecil . Dengan itu kita akan menjadi hamba yang bersyukur dan dengan itu kita akan mendapat redha Allah.
2- Perbuatan baik orang kepada kita . Dengan itu ukhuwwah kita akan terus terjalin dan dapat menanamkan sifat rendah diri atas kekurangan yang kita ada
Dua perkara yang perlu kita lupa :
1- Amal baik yang kita lakukan sebagai hamba Allah. Ini untuk mengelakkan rasa ujub dalam diri dan disamping itu dapat merasakan bahawa masih banyak amal kita yang belum sempurna
2- Perbuatan buruk orang kepada kita . Ini dapat mengelakkan sifat dendam dalam diri yang sebenarnya akan merosakkan kita.
Isi tazkirah ini amat baik ke arah untuk kita menjadi insan yang bernilai di sisi Allah
0 comments:
Post a Comment