SELAMAT DATANG KE AL-BILALI BLOGSPOT

MOGA IANYA BERMANAFAAT UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT

Pages

RSS

Tuesday, November 24, 2009

Anak Pintar , Anak Soleh

Amat menarik menghayati tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Syed Anis semasa perasmian Ihtifal Pasti al-Hikmah hari sabtu lepas. Satu suntikan motivasi kepada ibubapa ke arah melahirkan anak yang bukan sahaja pintar bahkan turut soleh menurut acuan agama.
Ibubapa dibentangkan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Sekiranya Nabi Ismail adalah anak yang pintar tapi tidak soleh , sudah pasti pelbagai alasan diberi untuk mengelak daripada melaksanakan perintah Allah. Sebab ianya memudharatkan diri Nabi Ismail sendiri. Budak cerdik sudah pasti mencari pelbagai alasan untuk mengelak perintah Allah . Sebagai contoh ,mungkin Nabi Ismail mengeluarkan kata2 " Wahai bapa saya masih muda , bapa dah tua sepatutnya bapalah yang dikorbankan bukannya saya , kan bapa dah lama hidup, saya baru nak menikmati kehidupan, bagi peluang kat orang mudalah".
Tapi Nabi Ismail terdidik dengan acuan kehidupan yang amat baik dan dengan kesolehan hasil didikan ibu dan bapanya itu. Nabi Ismail berkata " Lakukan apa yang diperintah , Insyallah aku tergolong dalam kalangan orang yang sabar". Alangkah bahagianya hidup ini sekiranya wujud bapa seperti Nabi Ibrahim, Ibu seperti Siti Hajar dan anak seperti Nabi Ismail.
Saya mengajar di sekolah yang mana pelajarnya dikategorikan sebagai pintar.Disebabkan kepintaran yang diberikan Allah , kadang2 kami para guru terpaksa menghadapi pelbagai bentuk alasan, helah bahkan tipuan semata-mata untuk membenarkan tindakan yang mereka lakukan. Ye...lah , guru merupakan insan yang mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi sebab itulah kesempatan diambil oleh pelajar yang pintar tapi tak soleh ini sehingga kadang2 guru merasa amat frust. Kepercayaan yang kami berikan kepada pelajar pintar ini dikhianati. Tapi tidak semua.Ada pelajar yang pintar dan soleh.
Saya pernah menerima panggilan telefon dari ibubapa yang mungkin rasa tak puashati terhadap tindakan pihak sekolah yang benar2 ikhlas untuk mendidik anak mereka menjadi anak soleh. Kadang2 ketidakpuasan hati ibubapa bukanlah salah mereka tetapi maklumat yang salah diberikan oleh anak yang saya kategorikan sebagai pintar tapi tak soleh. Tapi malangnya yang menjadi mangsa adalah guru yang seikhlas yang mungkin cuba sedaya upaya mendidik anak murid menjadi anak yang soleh.
Sempena Hari Raya Korban ini, ambil iktibar sepenuhnya samada kita sebagai anak,bapa atau Ibu. Jangan hanya setakat sembelih lembu dan kenyang makandaging sahaja.Tapi perubahan sikap tidak ada langsung.

0 comments: