SELAMAT DATANG KE AL-BILALI BLOGSPOT

MOGA IANYA BERMANAFAAT UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT

Pages

RSS

Saturday, May 1, 2010

Solat ...Anugerah yang Amat Bernilai

Terlalu banyak rahsia-rahsia disebalik ibadat solat yang difardukan Allah ke atas Ummah Islam . Antaranya ;
1- Mengingatkan manusia akan identiti kita yang sebenar iaitu sebagai hamba. Kekadang dalam kesibukan mengurus hidup , kita lupa akan hakikat diri kita sehingga lahir sifat sombong , takbur dan bangga dengan pangkat , kedudukan dan kekayaan yang kita miliki. Dengan datangnya waktu solat kita dapat memperbaharui ingatan kita bahawa kita hanyalah hamba.

2- Jiwa manusia tetap merasakan bahawa tidak ada yang memberi bantuan dan nikmat yang sebenarnya melainkan Allah. Tetapi apabila manusia lalai akan timbul perasaan bahawa apa-apa kelebihan yang diperolehi adalah disebabkan oleh kebolehan dan kehebatanya sahaja. Maka apabila masuknya waktu solat , ianya akan mengingatkan manusia bahawa yang menjadi penyebab kepada sesuatu ialah Allah yang Maha Pemberi Nikmat , Tuhan yang Memberi kesan Mudarat dan Manafaat serta yang menghidupkan dan Mematikan.

3- Manusia dapat menggunakan solat sebagai satu medium untuk bertaubat di atas dosa yang dilakukan. Allah memberi ruang kepada hambaNya untuk bertaubat sekurang-kurangnya lima kali sehari. Alangkah ruginya sekiranya kita biarkan peluang itu berlalu begitu sahaja.

4-Solat akan menjadi makanan rohani yang berterusan kepada iman seseorang.Sesungguhnya kelalaian disebabkan oleh tarikan dunia dan syaitan menyebabkan iman kita semakin lemah. Solat merupakan makanan bagi iman dan menyebabkan dunia dan segala bentuk kelalaian dunia tidak mampu melemahkan atau mematikan iman di dalam hati manusia.
Sumber : Kitab Fiqh al-Manhaji

0 comments: