Semalam Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein dalam satu kenyataan memberitahu kerajaan sedang mempertimbang akan meluluskan lesen judi tersebut.
Beliau memberi alasan, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.
Menteri yang beragama Islam ini seolah-olah jahil agama , seolah tak pernah belajar agama, seolah tak pernah baca al-Quran, tak pernah baca hadis. Malulah kita mempunyai menteri sebegini. Sepatutnya kuasa yang diberikan Allah yang sementara je tu, fikir dan rancanglah program ke arah untuk membangunkan modal insan yang kemas dan padu akidahnya. Ini tak , rancang program untuk hancurkan anak bangsa. Perangilah judi dengan kuasa yang ada bukannya halalkannya atas alasan berdasarkan pertimbangan akal yang sekular.
Tolonglah ustaz-ustaz , mufti-mufti , orang yang ada kuasa halanglah perkara ini berlaku. Janganlah dok asyik nak halang orang nak bercakap hal agama kerana apa.. hanya tak ada tauliah.
Bagi golongan yang suka membidaahkan amalan-amalan agama satu golongan yang tidak sealiran dengannya dalam perkara khilafiah, marilah bangkit sama-sama menentang bidaah yang sesat dan menyesatkan ini yang tak ada khilaf ini.
0 comments:
Post a Comment