SELAMAT DATANG KE AL-BILALI BLOGSPOT

MOGA IANYA BERMANAFAAT UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT

Pages

RSS

Monday, December 1, 2008

Terima kasih sesama makhluk?

Bolehkah kita berterimakasih kepada manusia? Sedangkan sepatutnya kita hanya perlu berterimakasih kepada Allah sahaja sebab segala yang diberi oleh manusia adalah sebenarnya datang dari Allah . Inilah persoalan yang dikemukakan oleh seorang pelajar saya.

Ucapan terimakasih merupakan satu ucapan pujian kita kepada seseorang diatas kebaikan, pemberian dan mungkin jasanya kepada kita. Kita kena faham perkara puji ini terbahagi kepada 4 bahagian :
1- Puji Qadim bagi Qadim
2- Puji Baharu bagi Qadim
3- Puji Qadim bagi baharu
4- Puji baharu bagi baharu , kembali kepada Qadim

Puji Qadim bagi Qadim
Maksudnya Allah puji diriNya sendiri. Allah memang layak memuji dirinya sendiri. Manusia tak boleh puji dirinya sendiri sebab ianya melahirkan sifat ujub yang merosakkan amal. Banyak ayat al-Quran yang menunjukkan Allah memuji diriNya sendiri . Antaranya :
إن الله على كل شئ قدير
Maksudnya : Allah Taala diatas tiap sesuatu itu Amat Berkuasa
Berdasarkan ayat ini Allah memperkatakan kehebatanNya . Jadi Allah puji diriNya sendiri. So, tak timbul masalah.

Puji Baharu bagi Qadim
Makhluk Allah memuji kehebatan Allah. Semua makhluk tak kira manusia, haiwan, tumbuhan, malaikat dan sebagainya memuji kehebatan dan kebaikan Allah melalui Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar dan sebagainya. Ini pun tak ada masalah . Sebab Allah memang layak dipuji.

Puji Qadim bagi Baharu
Allah memuji makhlukNya. Ada ke Allah puji makhlukNya. Allah sebenarnya banyak memuji orang-orang beriman, orang yang berjihad dan rasul-rasulNya. Contohnya :
لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة
Maksudnya : Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada ikutan teladan yang baik.
Allah memuji Rasulullah bahawa baginda mempunyai akhlak yang baik dan boleh dijadikan contoh walaupun sebenarnya akhlak yang baik itu datang hasil pendidikan Allah jua. Adakah Rasulullah sombong dengan pujian itu. Tidak , bahkan Rasulullah menjadi hamba yang lebih lagi bersyukur dan rapat dengan Allah.
Puji Baharu bagi Baharu , kembali kepada Qadim
Puji sesama makhluk .Terimakasihlah atas bantuan awak . Itu kira kita puji sahabat kita yang mungkin memberi bantuan berupa wang atau sebagainya. . Puji kita sama kita, balik kepada Allah Ta’ala. Wang atau kekayaan itu siapa yang bagi?Allah Ta’ala yang bagi. Balik kepada Allah Ta’ala.
Semua puji balik kepada Allah, baru tak berdosa. Kalau puji menyebabkan timbul rasa hebat orang yang dipuji , itu yang menimbulkan dosa. Sebab tu nak puji orang pun kena tengok. Ada kala kita puji orang, berdosa. Sebab orang tersebut kalau kita puji dia, dia makan puji.

Ada orang yang boleh kita puji. Orang yang faham, bila kita puji, dia ingat ni anugerah Allah bagi kepada dia. Dia ingat itu nikmat Allah Ta’ala, lagi dia syukur pada Allah Ta’ala. Bukan semua orang boleh kita puji. Orang tertentu saja boleh kita puji.
Rasulullah pernah memuji kehebatan iman Abu Bakar walaupun Rasulullah tahu semua itu datang dari Allah.
"Hai Abu Bakar. Kalau nak timbang semua iman (puji depan) penduduk Madinah ini, semua iman timbang, nak banding dengan iman kamu, iman kamu berat lagi."
Adakah Abu Bakar sombong atau takbur dengan pujian Rasulullah. Tidak sekali-kali. Banyak lagi pujian yang dilakukan oleh Rasulullah terhadap sahabat seperti kesedapan suara Bilal mengalunkan azan , kehebatan saidina Ali dalam bab ilmu pengetahuan. Semua pujian itu tidak menyebabkan sahabat sombong dan takbur bahkan lebih menginsafkan diri bahawa mereka hanyalah hamba Allah.
Kesimpulan , kita boleh mengucapkan terimakasih atau memuji sesama makhluk tetapi biarlah ianya boleh mendekatkan dia kepada Allah. Dan orang yang diucapkan terimakasih itu hendaklah mengembalikan segalanya kelebihan yang dimiliki kepada Allah jua

3 comments:

kN said...

terima kasih ustaz sebab sentasa mengingatkan kami...

izzatul nadiah zolkiply said...

salamun alaykum, ust!

ilmu yang sgt mendalam dan penting untuk diamalkan~


Sejak kecil, ramai yang telah di'train'kan utk mengucapkan 'TERIMAKASIH' apabila dipuji
sya rasa skema jawapan ini agak pelik dan seharusnya ditukar kepada 'Alhamdulillah' atau lebih baik lagi dalam bahasa melayu je. 'segala puji bg Allah' bila dengar jawapan sebegini, bukan sahaja mengingatkan diri org yg di puji malah orang yang memuji juga...


pujian ini sememangnya salah satu kunci perasaan ria', ujub dan semua penyakit2 hati yang lain.
kita memng seharusnya lebih berhati2 ketika ingin memuji dan apabila dipuji. syukran atas ingatan~

Joha al-Bilali said...

Yelah... alhamdulillah adalah perkataan yang paling sesuai sebab kita terus mengembalikan pujian itu kepada Allah Rabbu Jalil