SELAMAT DATANG KE AL-BILALI BLOGSPOT

MOGA IANYA BERMANAFAAT UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT

Pages

RSS

Sunday, June 28, 2009

Nikmatnya Menjadi seorang Cikgu

Kejayaan pelajar dalam pelajaran adalah satu nikmat yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata bagi kami yang bergelar guru. Tiada balasan dan ganjaran yang kami harapkan cuma apa yang penting anak didik kami menjadi insan yang berjaya mengejar cita-cita mereka dan masih memelihara hubungan mereka dengan Allah.
Semalam saya makan tengahari dengan dua ex-Smssi yang sedang buat persediaan untuk ke Alexadaria Mesir iaitu Naqib dan Amirah jalil. Mereka sedang buat persediaan di kolej Shahputra yang berbetulan dekat dengan SBPIK.
Bersembang dengan keduanya, jelas mereka amat teruja untuk ke Mesir untuk mendalami bidang Medic. Dalam hati saya, syukur mereka dah berjaya meletakkan satu platform yang betul bagi mengejar cita-cita mereka.
Tapi satu hal yang mereka tak pernah lupa mengenai saya ialah leteran saya ketika jadi waden.(sebab tu saya tak nak jadi waden dah he..he). Saya pernah baca blog syahid harun(first batch), dia amat ingat peristiwa dirotan kerana lewat subuh dan lewat ke perhimpunan.Tapi sebenarnya apa yang saya lakukan hanyalah untuk menyedarkan pelajar akan hakikat keberadaan mereka disekolah . Moga tak adalah pelajar yang menyimpan dalam hati dan doakan sentiasa kebahagiaan saya.
Puas hati saya sebagai guru , melihat anak didik berjaya ke Mesir, Jordan , Usa, France, Japan,UK, Universiti Dalam Negara dll.
Sambil makan , saya bergurau dengan keduanya, kamu berdua apabila tamat pengajian, insyaallah dapat kerja bagus, kereta bagus dan rumah besar tapi ustaz masih dengan wira secondhand.
Akhirnya ingatan saya dimana sahaja berada ingatlah nescaya Allah permudahkan segala urusan kita.

Tuesday, June 23, 2009

Peringatan dari satu Kematiaan

Sebentar tadi saya memberi sedikit tazkirah kepada anak-anak pelajar di Surau An- Nur. Saya membawakan kisah al-marhum Saudara Ammar Zulkifli yang meninggal dunia kerana kemalangan di Mesir. Saya tidak mengenalinya tetapi apabila melayari blog ex-student SMSSI , ramai mengenalinya dan bercerita mengenai sifat , sikap , pandangan hidupnya. Semuanya menggambarkan kesempurnaan peribadi yang ada pada saudara Ammar, tetapi Allah lebih menyayanginya.
Apa yang mengkagumkan saya adalah membaca nukilan ibu Ammar. Sifat tabah, redha dengan pemergiaan Ammar serta tidak menangisi pemergiaan anak yang disayang serta masih mampu memberi motivasi kepada dirinya sendiri yang kehilangan anak serta kepada mereka yang senasib dengannya . Susah untuk mencari satu peribadi seperti ibu Ammar ini yang merasa yakin yang padu terhadap janji pahala diatas kematiaan anaknya. Saya petik satu hadis yang menjadi sumber kekuatan ibu Ammar :

Dari Muhammad bin Khalid As-Sulami, dari ayahnya dari datuknya ia berkata: saya mendengar Rasullulah saw bersabda yang maksudnya:

“ Bila Allah telah menentukan suatu kedudukan yang tinggi bagi hamba-NYA, yang tidak akan mungkin dapat dicapai dengan sebab amal hambaNYA itu, maka Allah akan menurunkan cubaan kepada tubuhnya, atau kepada anaknya, atau kepada hartanya, di samping itu Allah pula memberinya ketabahan, sehingga dengan kesabaranya itu, ia dapat mencapai kedudukan yang telah ditentukan oleh Allah ‘azza Wajallla bagi dirinya.”

(Ibn Abiddunya dalam kitabnya Al-Amradi wal-Kaffarat)

Allahuakbar, hebat ibu ini.Itulah sebabnya lahir insan baik seperti Ammar kerana lahirnya Ammar dari rahim seorang yang rapat dengan Allah dan ditarbiah pula suasana taqarrub pada Allah.
Harapan saya moga saya sendiri mampu mempunyai anak soleh seperti Ammar lebih-lebih lagi salah seorang anak saya pun ada yang bernama Ammar ... Insyallah.
Saya tekankan diakhir tazkirah , mati itu datang tanpa isyarat , kanak2, muda atau tua kalau ajal dah sampai ,ianya takkan lewat walau satu saat...oleh itu selagi diberi hayat oleh Allah buatlah sesuatu yang bermanafaat untuk akhirat kita.

Monday, June 22, 2009

Majlis Pengijazahan Perubatan Islam As-Syifaa'





Alhamdulillah selepas mengikuti kelas Perubatan As-Syifa' di bawah kelolaan Darul Syifa' Bangi selama setahun , kami kumpulan pelajar As-Syifa Kuantan seramai 110 pelajar telah menerima ijazah pengamalan perubatan As-Syifa' dari Tuan Guru Dato' Harun Din.
Dua orang sahabat kami tidak sempat menerima ijazah disebabkan Allah lebih menyayanginya. Semoga usaha sahabat berdua untuk mendalami ilmu perubatan ini dianggap sebagai satu jihad pada pandangan Allah.
Semasa ucapan Pengijazahan ,Tuan Guru menekankan sifat ikhlas perlu ditanamkan sekukuhnya dalam diri mua'llij(perawat)agar rawatan yang dilaksanakan berkesan. Disamping itu sebagai mua'llij, hubungan dengan Allah perlu dipertingkatkan agar segala doa dan ayat yang dibaca untuk rawatan mendapat kesan yang dikehendakki.Jangan lupa amalan benteng diri kerana rawatan yang dilakukan adalah melibatkan pertembungan dengan jin dan syaitan,sekiranya benteng lemah kita mungkin akan mendapat kesan buruk.
Insyaallah , selepas satu mesyuarat AJK As-Syifa' Kuantan , satu Klinik Pusat As-Syifa' Kuantan akan ditubuhkan di Taman Guru Kuantan (masih dlam proses perbincangan sewa rumah). Semua ini dilakukan demi melaksanakan tanggungjawab fardhu kifayah disamping untuk menghalang masyarakat dari terlibat dengan unsur-unsur perubatan yang khurafat dan syirik.

Sunday, June 21, 2009

Rezeki...Manafaatkan untuk Akhirat

Perniagaan besar, untung banyak, gaji banyak , berjaya dalam exam, lanjut pelajaran oversea , anak ramai semuanya adalah rezeki . Betul ke?
Sebagai seorang Islam kita perlu faham bahawa rezeki adalah sesuatu yang kita perolehi dan ianya memberi manafaat kepada akhirat kita. Ianya semakin mendekatkan kita kepada Allah bukannnya semakin jauh dari Allah.
Ramai manusia berjaya dalam perniagaan tapi semakin jauh dari Allah , berjaya menyambung pelajaran dalam bidang yang diminati tapi semakin sepi untuk munajat pada Allah.
Ada yang mempunyai kereta yang besar tapi tak larat untuk dipandu ke masjid atau ke surau tapi kalau melancong sampai selatan Thailand pun mampu. Ada rumah yang selesa hingga azan dari surau berdekatan seolah-olah hanya panggilan biasa saje, bukannya panggilan Tuan Punye Bumi, kenapa? Sebab seronok sangat duduk rumah yang selesa . Keselesaan menyebabkan kita lalai dari ingat pada Khaliq kita. Adakah dengan sikap sedemikian menjamin keselesaan kita di alam Barzakh nanti seperti mana kita selesa berada di rumah kita itu.
Ingatlah... segala pemberiaan Allah kepada kita, pandulah ia , bentuklah ia kejalan yang boleh memberi manafaat untuk akhirat kita. Janganlah itu semua menjadi sebab panjangnya hisab kita di hadapan Allah nanti.

Friday, June 19, 2009

Gerakan Islam Kehilangan Seorang Murabbi


Dunia Islam dan gerakan Islam telah kehilangan satu lagi murabbi agung yang telah banyak memberi sumbangan kepada perkembangan dakwah Islam. Dr Fathi Yakan kembali ke rahmatullah pada 14 Jun lepas. Seorang ulama hebat dan banyak mengarang kitab-kitab terutamanya bagi pedoman dan panduan bagi gerakan Islam.

Kitabnya Apa Ertinya Aku Menganut Islam adalah kitab yang biasanya diguna untuk dikupas isi kandungan dalam usrah pelajar. Satu kitab yang bagi saya amat detail penjelasan dan kupasannya oleh ulama hebat ini berkaitan hakikat untuk kita bina jatidiri Islam yang sebenar.

Beliau seorang pemikir Islam yang sentiasa merangsang anak-anak muda untuk bersama kebangkitan Islam. Fathi Yakan menjiwai peranan pemuda untuk mengemudi gerakan Islam. Beliau pernah merakamkan dalam tulisannya:

“Islam, apabila ia menekankan supaya para pemuda melaksanakan matlamatnya yang menginginkan perubahan, bererti bukanlah diserahkan tugas itu kepada mana-mana generasi sahaja yang tidak mempuyai ciri-ciri tertentu, tetapi terlebih dahulu dimestikan atau dituntut supaya generasi itu mepunyai sifat-sifat Islam dan berpegang teguh dengan prinsip-prinsip Islam iaitu berkehendakkan generasi Islam yang tulen.

Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam tetapi orang lain mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia.
Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar, pemuda yang tiada peribadi bersikap seperti kera, pemuda yang tiada mempunyai akhlak, yang lebih dekat dengan binatang, pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim, disusun oleh parti-parti kufur dan syaitan, pemuda pondan yang tiada kebaikan pada mereka, tetapi keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya.”

Wahai pemuda-pemudi Islam ,bangkitlah dengan semangat mudamu untuk menegakkan Islam dalam diri, masyarakat dan negara.... moga Islam terus diperkuatkan dengan jiwa2 seperti yang diharapkan oleh Dr Fathi Yakan....Al-Fatihah

Wednesday, June 17, 2009

Allah mengasihi Orang Yang Bertaubat

Membaca artikel Malek Noor telah insaf diatas segala dosa yang pernah dilakukan semasa muda dahulu amat menyedarkan saya akan kasih sayang Allah terhadap hambaNYa.
Untuk makluman Malek Noor ni merupakan ahli bina badan yang pernah mengharumkan nama negara dipersada dunia. Amat banyak jasanya kepada negara. Selepas tu dia terlibat dalam bidang lakonan pula. Bagi peminat-peminat filem tahun 90 an, Malek Noor antara bintang-bintangnya... Juara, Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan Sahabat (antara filem yang dibintangi Malik Noor).
“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal. “Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati,” luahan keinsafan Malek Noor.
Pengakuaannya sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun, sebenarnya Malek tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan solat lima waktu sehari.
“Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi…kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat.
Alhamdulillah Malik Noor dipanjangkan umur oleh Allah dan sempat bertaubat dan menyesali dosa yang pernah dilakukan dan sesungguhnya Allah amat mengasihi hambaNya yang bertaubat.Tetapi berapa ramai manusia yang tak sempat bertaubat , Allah dah ambil nyawanya.... fikirkanlah wahai hati-hati yang lalai , nasib kita mungkin tidak sebaik Malik Noor .... umur panjang dan sempat bertaubat... oleh itu selagi ruang ada insaflah kita hanya hamba Allah dan akan kembali kepada Allah pada bila-bila masa dikehendakiNYa... Ya Allah matikanlah aku dalam keadaan aku ingat padaMu dan jangan Engkau matikan aku dalam keadaan aku lalai terhadapMU

Friday, June 12, 2009

Hebatkah ciptaan Manusia?

Lama rasanye tidak menghantar artikel untuk tatapan di alam maya disebabkan masalah broadband yang teruk... harap-harap lepas ini oklah hendaknya. Kadang-kadang kita merasakan teknologi yang dicipta manusia dah hebat, dah perfect dan excellent. Dengan tanpa wayar kita dapat berhubung dengan seluruh dunia, lalu kita merasa takjub dengan teknologi ciptaan manusia hingga kita lupa pencipta kepada pencipta teknologi itu.

Rupanya walau sehebat manapun teknologi dihasilkan ianya pasti ada kelemahan so, janganlah kita tanamkan sikap takjub yang melampau terhadap ciptaan manusia ini. Ciptalah sebanyak mana ciptaan yang terfikir oleh kita , gunalah ia tapi jangan lupa ianya pasti ada kekurangan dan kelemahan, Hanya satu yang Maha Sempuna .... Allah.