SELAMAT DATANG KE AL-BILALI BLOGSPOT

MOGA IANYA BERMANAFAAT UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT

Pages

RSS

Sunday, June 28, 2009

Nikmatnya Menjadi seorang Cikgu

Kejayaan pelajar dalam pelajaran adalah satu nikmat yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata bagi kami yang bergelar guru. Tiada balasan dan ganjaran yang kami harapkan cuma apa yang penting anak didik kami menjadi insan yang berjaya mengejar cita-cita mereka dan masih memelihara hubungan mereka dengan Allah.
Semalam saya makan tengahari dengan dua ex-Smssi yang sedang buat persediaan untuk ke Alexadaria Mesir iaitu Naqib dan Amirah jalil. Mereka sedang buat persediaan di kolej Shahputra yang berbetulan dekat dengan SBPIK.
Bersembang dengan keduanya, jelas mereka amat teruja untuk ke Mesir untuk mendalami bidang Medic. Dalam hati saya, syukur mereka dah berjaya meletakkan satu platform yang betul bagi mengejar cita-cita mereka.
Tapi satu hal yang mereka tak pernah lupa mengenai saya ialah leteran saya ketika jadi waden.(sebab tu saya tak nak jadi waden dah he..he). Saya pernah baca blog syahid harun(first batch), dia amat ingat peristiwa dirotan kerana lewat subuh dan lewat ke perhimpunan.Tapi sebenarnya apa yang saya lakukan hanyalah untuk menyedarkan pelajar akan hakikat keberadaan mereka disekolah . Moga tak adalah pelajar yang menyimpan dalam hati dan doakan sentiasa kebahagiaan saya.
Puas hati saya sebagai guru , melihat anak didik berjaya ke Mesir, Jordan , Usa, France, Japan,UK, Universiti Dalam Negara dll.
Sambil makan , saya bergurau dengan keduanya, kamu berdua apabila tamat pengajian, insyaallah dapat kerja bagus, kereta bagus dan rumah besar tapi ustaz masih dengan wira secondhand.
Akhirnya ingatan saya dimana sahaja berada ingatlah nescaya Allah permudahkan segala urusan kita.

3 comments:

zahin kasturi said...

assalamualaikum..kenangan bersama ustadz memang tak ada yang akan lupa..kan senanttiasa di ingatan..semoga segala usaha ustadz dalam mendidik pelajar akan selalu bersama rahmat Allah

Hiromi Ichiban said...

betul2...
betul cakap zahin tu...
walopun da pernah kene rotan kat kaki, ust tetap lekat dihati kami...
Resultnye, Allah permudahkan saya bangun subuh walopun tak dok org yg
kejutkan...Alhamdulillah, berkat didikan ustz...("",)

Selamat berjuang mendidik anak bangsa!!!

Moga Allah memberkati n meredhai kita sume...Amin

hafiz huzazi said...

salam..tanpa didikan dan teguran ustaz sapelah kami..dibalik ketegasan,terselit kelembutan sikapnya yang tersendiri..terima kasih