SELAMAT DATANG KE AL-BILALI BLOGSPOT

MOGA IANYA BERMANAFAAT UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT

Pages

RSS

Friday, June 19, 2009

Gerakan Islam Kehilangan Seorang Murabbi


Dunia Islam dan gerakan Islam telah kehilangan satu lagi murabbi agung yang telah banyak memberi sumbangan kepada perkembangan dakwah Islam. Dr Fathi Yakan kembali ke rahmatullah pada 14 Jun lepas. Seorang ulama hebat dan banyak mengarang kitab-kitab terutamanya bagi pedoman dan panduan bagi gerakan Islam.

Kitabnya Apa Ertinya Aku Menganut Islam adalah kitab yang biasanya diguna untuk dikupas isi kandungan dalam usrah pelajar. Satu kitab yang bagi saya amat detail penjelasan dan kupasannya oleh ulama hebat ini berkaitan hakikat untuk kita bina jatidiri Islam yang sebenar.

Beliau seorang pemikir Islam yang sentiasa merangsang anak-anak muda untuk bersama kebangkitan Islam. Fathi Yakan menjiwai peranan pemuda untuk mengemudi gerakan Islam. Beliau pernah merakamkan dalam tulisannya:

“Islam, apabila ia menekankan supaya para pemuda melaksanakan matlamatnya yang menginginkan perubahan, bererti bukanlah diserahkan tugas itu kepada mana-mana generasi sahaja yang tidak mempuyai ciri-ciri tertentu, tetapi terlebih dahulu dimestikan atau dituntut supaya generasi itu mepunyai sifat-sifat Islam dan berpegang teguh dengan prinsip-prinsip Islam iaitu berkehendakkan generasi Islam yang tulen.

Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam tetapi orang lain mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia.
Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar, pemuda yang tiada peribadi bersikap seperti kera, pemuda yang tiada mempunyai akhlak, yang lebih dekat dengan binatang, pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim, disusun oleh parti-parti kufur dan syaitan, pemuda pondan yang tiada kebaikan pada mereka, tetapi keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya.”

Wahai pemuda-pemudi Islam ,bangkitlah dengan semangat mudamu untuk menegakkan Islam dalam diri, masyarakat dan negara.... moga Islam terus diperkuatkan dengan jiwa2 seperti yang diharapkan oleh Dr Fathi Yakan....Al-Fatihah

0 comments: