SELAMAT DATANG KE AL-BILALI BLOGSPOT

MOGA IANYA BERMANAFAAT UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT

Pages

RSS

Saturday, October 31, 2009

Nasib seorang ibu

Selepas solat subuh pagi semalam seorang ibu tunggal dikawasan kejiranan saya berjumpa saya dan minta tolong saya untuk menyelesaikan masalah air dirumahnya yang telah dipotong oleh JBA kerana tertunggak hampir RM 300.00. Maksudnya dah lama sangatlah bil air tak di bayar tu.

Pasal tunggakan air tu tak apelah, tapi yang saya nak marahnya kat anak2 ibu ini. Yelah ibu duduk sorang-sorang , tak boleh ke, bawa duduk disalah satu rumah anak-anaknya seramai 8 orang tu(ikut ceritanya). Bincanglah wahai anak-anak untuk jaga ibu. Sementara dia adalah kita berbakti , dah meninggal baru nak berbakti tak ada gunanya.

Kalau tak boleh bawa ibu ke rumah , pastikanlah duit untuk kehidupan ibu diberi agar memudahkan kehidupan. Biarlah dia selesa hidup.

Ikut cerita siibu tadi, anak-anaknya bila minta baru dibagi duit, kalau tak maka tak bagilah. Astaghifurullah, ada juga anak yang macam ni. Ingatlah wahai anak2 , duit sebanyak manapun kita bagi kat ibubapa kita, masih belum mampu untuk membalas jasa ibu yang memelihara dan membesarkan kita.

"Ya Allah Engkau Kurniakanlah aku anak-anak yang Soleh , ketika aku hidup mereka menyantuniku dan apabila aku pergi mereka mendoakan kebahagiaanku di alam sana"

2 comments:

hafiz huzazi said...

Salam.sedih dan tersentuh dengar citer uztaz ni. Em,moga saya tak melakukan perkara sedemikian rupa pada ummi abah saya serta rakan2 dan kenaln mereka. Apa makna hidup dengn segala kenikmatan dunia.Kereta besar?Rumah besar? gaji besar?..semuanya sia2 belaka bila ibu bapa kita pinggirkan.
Tidak dapat dinafikan,faktor kejahilanlah yang buat seorang anak itu mengabaikan ibubapanya.

abdullah said...

ustaz...sy nk minta tlg ustaz citerkn psl kisah saidina husin di karbala..sbb sy ade bce 1 bnde yg mengelirukn...

1)sy dgr yg saidina husin t'bnuh dsbbkn khalifah yazid b. muawiyah..

2)de 1 lg dye ckp yg psl yazid 2 hnye la 1 konspirasi puak syiah..
dan sbnrnye puak syiah sndiri yg m'bnuh saidina husin...

mne 1 yg btul...

bley ustaz tlg jelaskn...