SELAMAT DATANG KE AL-BILALI BLOGSPOT

MOGA IANYA BERMANAFAAT UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT

Pages

RSS

Wednesday, February 17, 2010

Betul... Guru Ibarat Lilin

Berita Harian melaporkan bahawa guru menghadiri kursus atau latihan di bawah anjuran Jabatan Pelajaran negeri yang selama ini menikmati hidangan bufet ketika rehat dan makan tengah hari, boleh melupakan amalan itu apabila kini hanya disediakan nasi bungkus dan air mineral untuk makan tengah hari dan sepotong kuih dengan air teh atau kopi untuk minum pagi dan petang.
Difahamkan, untuk seharian kursus tanpa bermalam, peruntukan untuk makanan hanya RM4sehari. Semua ini dilakukan atas dasar penjimatan.

Saya menganggap ia adalah satu amalan yang tidak kenalah…guru ni insan istimewa, Menteri Pelajaran pun boleh jadi menteri disebabkan guru juga asalnya, tanpa guru sebenarnya negara tidak akan dapat melahirkan modal insan yang berkualiti.

Sekarang ni jadi guru lagi teruk susahnya daripada dulu, sekarang ni pantang cuti sekolah je kena kursus, bila habis mengajar pagi , kena pulak hadir untuk ko-kurikulum di sebelah petang. Kami tetap laksanakan tugas kami yang kadang-kadang sampai tak ada cuti dalam seminggu. Yelah, kadang ada kem yang biasanya dibuat pada hujung-hujung minggu.

Anak murid pulak dah ramai yang samseng-samseng, bila marah, mak bapalak yang over, siap nak saman cikgu balik. Saya secara peribadi mengalaminya, surat layang dihantar kepada Pengetua dan Pihak Sektor kerana apa? Saya merotan pelajar yang lewat dan tak solat Subuh.Saya buat kerana Allah supaya anak-anak pelajar sedar akan tanggungjawab terhadap Allah. Tapi apa yang saya dapat... pujian... jangan haraplah dan saya tak mengharap pun pujian tapi janganlah buat kami para guru macam tu seolah-olah kami ni amat bersalah dalam hal mendidik anak-anak menjadi Insan.

Insan yang bernama guru dikurniakan Allah sifat keibubapaan yang semulajadi. Kebanyakan guru tak berkira dengan pelajar dan sanggup berhabis duit untuk pelajar. Ramai rakan-rakan guru yang bawa pelajar ke pertandingan di luar daerah atau negeri sanggup habis duit untuk belanja pelajar sebab kalau harapkan peruntukkan kadang-kadang tak mencukupi.... tapi kami para guru tak berkira dalam hal ini....asalkan anak didik kami berjaya dalam pertandingan tersebut... dan ada yang pemurah sanggup menyediakan hadiah galakan untuk pelajar. Itulah guru...

So saya rasa apalah salahnya kementerian jangan dok berkira sangatlah dengan guru-guru. Sebab kalau guru berkira nanti susah jadinya nanti.

Berjimat-jimatlah juga..... cuba tengok pemimpin-pemimpin kita tu ... tengok isteri-isteri mereka... tengok kereta-kereta mereka.... tengok anak-anak mereka... tengok rumah-rumah mereka tu. Rakyat didahulukan ?

Umar Abdul Aziz pernah menyatakan " Sekiranya rakyat aku lapar , biarlah aku yang pertama merasa lapar itu dan sekiranya rakyat aku kenyang biarlah aku yang terakhir merasa kenyangnya".

1 comments:

ustyus said...

Salam, lama tak jenguk, bernas juga idea wp posting sekali sekala. Begitulah hakikatnya alam realiti guru ni. Tapi yang peliknya dalam dok berjimat untuk guru ni, naik pulak gaji polis tu ye?