SELAMAT DATANG KE AL-BILALI BLOGSPOT

MOGA IANYA BERMANAFAAT UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT

Pages

RSS

Friday, May 14, 2010

Petikan Khutbah Sempena Hari Guru

Antara isi petikan khutbah yang di baca di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota sempena sambutan hari guru.

Sidang jumaat yang dirahmati Allah,

Dihari yang mulia ini serta bersempena dengan sambutan hari guru, saya menyeru diri saya dan rakan guru agar memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana memilih kita untuk berada dalam profesion yang mulia ini, satu bidang yang memberi manafaat bukan setakat di dunia bahkan juga apabila sudah dipanggil oleh Allah . Sabda Nabi Saw yang bermaksud :
Apabila matinya anak adam , terputuslah amalannya melainkan tiga perkara : 1 – Sedekah jariah 2- Ilmu yang bermanafaat 3- Anak yang soleh

Oleh itu , laksanakan tugas kita seikhlas yang mungkin, didiklah anak murid seperti mana kita ingin anak kita di didik, tegurlah anak murid kita seperti mana kita menegur anak kita, marahlah anak murid kerana kesilapan yang mereka lakukan tapi bukan atas dasar kebencian tapi atas dasar untuk mereka sedar akan hakikat dan tanggunjawab mereka sebagai pelajar.

Kepada golongan bapa kepada pelajar,

Marilah kita sama-sama bantu membantu,berganding bahu, sehati sejiwa dalam memartabatkan pendidikan anak-anak kita. Janganlah kita salah menyalah dan menuding jari antara satu sama lain kerana yang ruginya nanti adalah anak-anak kita jua yang merupakan generasi pewaris kepimpinan negara di masa depan

Kepada anak-anak pelajar,

Tuntutlah ilmu dengan bersungguh-sungguh kerana ianya merupakan jihad pada jalan Allah. Datanglah ke sekolah dengan matlamat yang jelas , bukannya untuk suka-suka, bukan untuk main-main. Cuba tanya kepada diri pelajar sendiri ” Apa aku akan jadi 10 atau 15 tahun akan datang sekiranya beginilah sikap aku terhadap ilmu”.
Sekiranya amalan murid datang ke sekolah untuk belajar dan guru datang untuk mengajar dan mendidik serta golongan ibubapa memberi kerjasama yang padu, Insyallah masyarakat yang cemerlang yang kita impi-impikan untuk memacukan negera ke arah negara maju akan tercapai

1 comments:

iNtAnCtZ said...

selamat hari guru ustaz.tq atas segalanya~