SELAMAT DATANG KE AL-BILALI BLOGSPOT

MOGA IANYA BERMANAFAAT UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT

Pages

RSS

Monday, December 29, 2008

HIJRAH JIWA

Hijrah disambut setiap tahun ada secara besar-besaran dan ada yang mengadakan ceramah sahaja untuk mengambil iktibar dari peristiwa besar ini. Sebenar sekiranya peristiwa hijrah tidak berlaku maka Islam tidak akan tersebar ke pelusok bumi. Ianya merupakan satu platform yang digunakan oleh Rasulullah selepas diarahkan oleh Allah SWT untuk mengembangkan dakwah Islam dan untuk membuktikan kepada dunia bahawa Islam adalah yang terbaik.

Hijrah melahirkan golongan yang yakin dengan pertolongan Allah seperti Saidina Ali , Saidina Abu Bakar , Saidina Umar al-Khattab dan Asma' binti Abu Bakar. Sebagai contoh Saidina Ali sebagai seorang remaja atas dasar keyakinan dan keimanan yang tinggi sanggup menggantikan tempat tidur Rasulullah walaupun tahu mungkin akan menjadi korban perancangan golongan kafir musyrikin untuk membunuh Rasulullah SAW. Inilah jiwa remaja yang dididik oleh Rasullullah iaitu jiwa yang berani pada jalan yang benar .

Dalam masyarakat kita dewasa ini , remaja-remaja kita juga ada jiwa yang berani tetapi berani bukan pada tempatnya. Berani menjadi superman di atas motorsikal, berani melakukan maksiat dan berani melanggar perintah ibubapa. Sifat berani yang diletakkan pada tempat yang salah boleh menyebabkan kerosakan bukan sahaja kepada peribadi remaja itu sendiri bahkan kepada masyarakat secara keseluruhannya.

BERHIJRAHLAH DARI TIDAK BAIK KEPADA BAIK , DARI BAIK KEPADA YANG LEBIH BAIK.

1 comments:

sophia natasya said...

alhamdulillah.selamat tahun baru buat ustaz dan keluarga..mg dengan pertambahan tahun dan yg tentunya akan memendekkan umur kita di bumi Allah ini,kita msh lg mnjaga dan bersama2 mendrikan agama Allah ditengah2 dunia yg penuh duri ini.saya br jer fly bulan 9 tahun ni.insyaAllah tuk jd lec mtrix.thanx 4 da info in this blog.