SELAMAT DATANG KE AL-BILALI BLOGSPOT

MOGA IANYA BERMANAFAAT UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT

Pages

RSS

Thursday, May 14, 2009

Senyuman Seorang Anak


Hampir dua minggu anak bongsu saya (Ahmad Zikrullah)tidak menghadirkan senyuman dan gelaktawanya disebabkan keperitan demam radang paru-paru. Tubuh yang sihat telah terlampau susut sehingga kami bersedih melihat anak kecil yang tak tahu apa-apa mengalami sakit yang amat perit baginya. Hanya tangisan yang menceritakan segalanya.

Tambah memberi kesan, aiman dan ibunya juga terkena demam yang sama. Ibunya lebih teruk sehingga terpaksa dimasukkan dua botol air. Saya sendiri turut juga demam, mungkin penat sebab menjaga isteri dan anak2 yang demam(baru tahu betapa besarnya pengorbanan seorang isteri). Cuma Along dan Ammar sahaja yang mempunyai ketahanan yang tinggi. Dua hari sahaja demam.

Memikir hebatnya juga dugaan Allah kali ini , seharusnya kami mensyukuri nikmat kesihatan yang diberi Allah sepanjang masa. Ingatlah Allah semasa sihat , Insyaallah kita diberi ketenangan ketika sakit.


Kini Zikrullah senyum kembali..... cuma ibunya masih tak mampu untuk melaksanakan kerja rutin memasak, mengemas dsb. Terpaksalah beli lauk setiap hari... Tapi apa yang penting Zikrullah yang lemah dulu dah berselera makan nampaknya , senyumannya juga makin menghiburkan kami sekeluarga terutama ibunya yang masih belum sihat... Ya Allah Engkau berilah SyifaMu kepada kami sekeluarga... Amin

7 comments:

kN said...

semoga dugaan yg berat ini ade hikmahnye...

kN said...
This comment has been removed by the author.
sEeKeRZ said...

semoga Allah sembuhkan~

Syamil A Samad said...

SEMOGA KELUARGA USTAZ TABAH MENGHADAPI SEGALA UJIAN DAN DUGAAN.SEMOGA SEMUANYA KEMBALI SEMBUH SEPERTI SEDIAKALA.

SELAMAT HARI GURU USTAZ.DIDIKAN DAN AJARAN USTAZ PADA SAYA TIDAK AKAN SAYA LUPAKAN SAMPAI BILA2.

INSYAALLAH

-syamil

Noor Hanisah Mohd Ishak said...

syafakillah.

moga tabah

drosophilla albino said...

semoga cepat sembuh...

sophia natasya said...

salam...la tahzan buat ustaz dan keluarga.diharap setiap ujian itu akan membawa kpd rahmat Allah.sesungguhnya Allah xkan membebankn hambaNya dgn sesuatu yg tdk mampu dtggung olehnya..sy doakn ustaz tabah..