SELAMAT DATANG KE AL-BILALI BLOGSPOT

MOGA IANYA BERMANAFAAT UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT

Pages

RSS

Sunday, October 25, 2009

Ziarah Mersing

Semalam saya dan keluarga ke Mersing , Johor kerana menziarahi sahabat lama Cikgu Maon dan Cikgu Fazidah yang akan menyahut panggilan Allah untuk melaksanakan Ibadah Haji pada tahun ini . Insyaallah mereka berdua akan berangkat pada 11/11/2009. Moga kedua-duanya mendapat haji Mabrur.

Di dalam perjalanan pulang , kami sekeluarga singgah sebentar di rumah cikgu Sapiah untuk bertanya khabar sebab dengar ceritanya cikgu sapiah masuk wad beberapa hari lepas kerana ada sedikit masalah kesihatan. Walaupun masih belum sihat tapi beliau masih sudi bercerita pasal hal-hal sekolah untuk sama-sama difikirkan. Moga Allah berikan kesihatan kepada beliau dan semangat yang lebih untuk berbakti kepada anak bangsa.

Sekadar renungan " Wahai pelajar walaupun cikgu2 kita sentiasa sibuk dengan urusan dan kadang2 tak sihat tapi pemikiran untuk kebaikan pelajar masih tetap dihati". Itulah yang saya dapat rumuskan hasil pertemuan dengan dua orang sahabat yang amat saya hormati dalam bidang pendidikan ini.

3 comments:

iNtAnCtZ said...

innalillah..tak tau cikgu safiah sakit..baru teringat nak singgah sekolah cuti nanti,nak bincangkn next prgrm.
smoge ust dan semua cikgu2 sihat wal afiat~

zahin razak said...

semoga cikgu2 semua dalam peliharaan Allah..agar terus berbakti kpd anak bangsa...InsyaAllah...

Hiromi Ichiban said...

Kami sebagai anak-anak murid, mendoakan kesihatan dan teruskan perjuangan ustaz menuju MARDHATILLAH.
Didoakan juga kesihatan guru-guru yang tak jemu2 mendidik anak bangsa.