SELAMAT DATANG KE AL-BILALI BLOGSPOT

MOGA IANYA BERMANAFAAT UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT

Pages

RSS

Friday, October 24, 2008

Peperiksaan...Peperiksaan


Sekarang golongan yang bergelar pelajar samada di sekolah atau universiti sibuk untuk menghadapi peperiksaan . Apabila tiba saat ini , saya teringatkan suasana di SMSSI yang mana waden2 akan melenting dan marah disebabkan oleh tindakan pelajar yang tidak dapat menguruskan diri mereka dengan baik. Dorm dalam keadaan tak kemas , sampah merata-rata serta buku-buku berselerakan. Seolah-olah macam bukan tempat manusia tinggal terutamanya dorm lelaki. Ditanya kenapa ? Jawapannya sibuklah dengan peperiksaan , tak ada masa dan peperiksaan lebih utama buat masa ini.


Bagi saya , semua ini disebabkan kita mengambil pandangan yang silap terhadap peperiksaan. Ini menyebabkan rutin hidup kita bercelaru apabila peperiksaan semakin mendekat. Bagi kita peperiksaan satu beban bukannya satu peluang untuk majukan diri kita. Kalau aku nak lebih hebat , aku kena hadapinya dengan penuh perancangan agar kejayaan yang kita dapat ada kesan yang berpanjangan.


Kita kena ingat dunia ini penuh dengan ujian. Allah menguji manusia dengan tujuan untuk menilai iman manusia samada benar atau tidak, baik atau tidak amalan kita . Firman Allah yang bermaksud "Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya." (QS. al-Mulk: 2) . Jadi ujian atau peperiksaan adalah sunnatullah . Kalau kita berjaya menghadapi dengan baik maka kita diiktiraf sebagai orang yang berjaya di sisi Allah.


Ujian Allah tidak ada jadualnya. Bala bencana, ribut taufan, banjir dan ajal maut akan datang mengikut kehendak Allah. Oleh sebab itu kita mesti sentiasa mempersiapkan diri untuk menghadapinya agar kita tergolong dalam golongan yang berjaya apabila diuji oleh Allah.


Peperiksaan peringkat sekolah atau universiti telah kita maklumi jadualnya. Sepatutnya tidak timbul masalah bagi kita untuk merancang bagi menghadapinya. Persiapan awal boleh menghilangkan tekanan dan boleh mengubah persepsi kita terhadap peperiksaan . Ianya bukan beban tetapi peluang untuk mempertingkatkan nilai diri........ bersambung

1 comments:

Anonymous said...

salam..ustad..mase pekse mmg taleh watper rr..smpi skang pon..na pekse umah mmg sepah..da abes pekse lawa rr balek umah
:p