SELAMAT DATANG KE AL-BILALI BLOGSPOT

MOGA IANYA BERMANAFAAT UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT

Pages

RSS

Monday, October 27, 2008

Doa.. beberapa perkara yang perlu direnungkan


Ketika pelajar sibuk dalam menghadapi peperiksaan sekarang , doa dan solat hajat adalah antara amalan yang boleh membantu. Tetapi berapa ramai manusia yang berdoa tetapi Allah tidak makbulkan doanya . Ini mungkin disebabkan sikap kita yang hanya berdoa atau rapat dengan Allah apabila kita memerlukan bantuanNya sahaja. Apabila Allah memperkenankan, kita lupakan Allah. Ibrahim Adham pernah menyatakan antara sebab kenapa doa kita tidak dimakbulkan Allah ialah :

1-Anda mengenal ALLAH tetapi tidak menunaikan haknya.
2- Anda mengatakan cinta kepada Rasulullah S.A.W tetapi meninggalkan sunnahnya
3- Anda membaca Al-Quran tetapi tidak beramal dengannya.
4- Anda menikmati nikmat ALLAH, tetapi tidak bersyukur kepadaNya.
5- Anda berkata syurga itu benar, tetapi anda tidak beramal untuk memasukinya.
6- Anda berkata syaitan itu musuh tetapi anda tidak menentangnya
7- Anda mengaku ingin selamat dari api neraka, tetapi menjuruskan diri kedalamnya.
8- Anda meyakini bahawa kematian itu satu kepastian tetapi tidak pernah mempersiapkan diri menghadapinya.
9- Anda sibuk dengan keburukan orang lain tetapi anda sendiri mengabaikan keburukan diri sendiri
10- Anda menghantar jenazah ke perkuburan, tetapi anda tidak sedikit punmengambil iktibar daripadanya.

Di dalam kitab Riyadhu As-solihin , pada hadis ke 13 , Rasulullah menceritakan tentang tiga orang pemuda yang terperangkap dalam satu gua. Kemudian berkata salah seorang daripadanya " Kita tidak akan terlepas daripada gua ini , jika kita tidak berdoa ke hadrat Allah dengan amal kebajikan kita ". Maka ketiga-tiga pemuda itu pun berdoa dengan menyebut amal kebajikan yang paling ikhlas mereka lakukan . Dengan izin Allah batu yang menutup gua itu akhirnya bergerak dan mereka lepas dari gua tersebut .

Apa yang ingin saya nyatakan bahawa amalan yang kita lakukan dengan ikhlas kepada Allah boleh menjadi asbab kepada termakbulnya doa kita. Cuma kita tidak tahu yang mana satu amalan kita yang paling ikhlas kepada Allah yang boleh menjadi sebab kepada doa mudah dimakbulkan Allah. Oleh itu perbanyakkan amalan kerana Allah walaupun hanya menderma sebanyak 10 sen, walaupun hanya mengutip sampah di jalanan, walaupun membantu orang buta melintas jalan dan sebagainya.

Perbanyakkan taqarrub dengan Allah , jadikan tahajjud sebagai amalan harian atau mingguan , zikrullah sebagai teman dalam perjuangan agar kita sentiasa merasakan kehadiran Allah dalam segala tindakan kita. Insyaallah Allah akan mendengar doa kita.





0 comments: