SELAMAT DATANG KE AL-BILALI BLOGSPOT

MOGA IANYA BERMANAFAAT UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT

Pages

RSS

Thursday, November 20, 2008

PENGKID HARAM

PENGKID telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Ini merupakan satu tindakan yang perlu disokong dengan sepenuhnya memandangkan budaya ini semakin berkembang terutamanya dikalangan remaja kita.
Menurut Harian Metro, ciri-ciri Pengkid ialah berpakaian dan bergaya seperti lelaki, tubuh badan dan rambut sama seperti lelaki, menjalin hubungan dengan wanita sehingga ada yang bercinta dan melakukan seks, membengkung payudara, suka wanita cantik dan menganggap diri seperti lelaki yang boleh menjaga pasangan, terutama apabila diganggu.
Sekiranya kita analisis ciri yang dinyatakan, jelaslah bahawa golongan Pengkid ini adalah golongan yang tidak redha dengan ciptaan Allah. Mereka seolah-olah cuba melanggar fitrah kejadiaan wanita yang penuh dengan kelembutan dan keistimewaan. Apa yang malangnya , ada yang sanggup hidup sepertimana umat Nabi Luth.
Tindakan pengharaman Pengkid oleh Majlis Fatwa akan memudahkan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan dengan kuasa undang-undang terhadap golongan ini. Masalah sosial dalam masyarakat tidak dapat dibenteras dengan berkesan sekiranya hak penguatkuasaan dan pendakwaan tidak berjalan seiring. Fatwa telah ada dan diharap selepas ini akan ada usaha pihak berkuasa untuk mengekang gejala ini dari berleluasa.
Amat malang, baru-baru ini dua kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai "Katagender" dan "Food -not-bombs" telah mengadakan demontrasi bantahan terhadap keputusan Majlis Fatwa berdekatan KLCC. Mereka menggunakan sepanduk bersifat provokatif dan menjerit-jerit " stupid fatwa everywhere". Sebahagian besar dari mereka adalah bukan Islam dan diketuai oleh seorang perempuan yang bernama Lee Wei San.
Orang bukan Islam perlu faham , fatwa itu adalah untuk orang Islam. So, mereka tidak perlu ganggu urusan agama Islam kerana kita sendiri tidak pernah ganggu urusan agama mereka. Tindakan menceroboh urusan agama Islam ini , boleh menyebabkan berlakunya perkara yang tidak diingini. Kepada Pengkid yang beragama Islam, sedarlah kita ini adalah Hamba Allah, hiduplah sesuai dengan title kita sebagai Hamba.

0 comments: