SELAMAT DATANG KE AL-BILALI BLOGSPOT

MOGA IANYA BERMANAFAAT UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT

Pages

RSS

Monday, October 27, 2008

Doa.. beberapa perkara yang perlu direnungkan


Ketika pelajar sibuk dalam menghadapi peperiksaan sekarang , doa dan solat hajat adalah antara amalan yang boleh membantu. Tetapi berapa ramai manusia yang berdoa tetapi Allah tidak makbulkan doanya . Ini mungkin disebabkan sikap kita yang hanya berdoa atau rapat dengan Allah apabila kita memerlukan bantuanNya sahaja. Apabila Allah memperkenankan, kita lupakan Allah. Ibrahim Adham pernah menyatakan antara sebab kenapa doa kita tidak dimakbulkan Allah ialah :

1-Anda mengenal ALLAH tetapi tidak menunaikan haknya.
2- Anda mengatakan cinta kepada Rasulullah S.A.W tetapi meninggalkan sunnahnya
3- Anda membaca Al-Quran tetapi tidak beramal dengannya.
4- Anda menikmati nikmat ALLAH, tetapi tidak bersyukur kepadaNya.
5- Anda berkata syurga itu benar, tetapi anda tidak beramal untuk memasukinya.
6- Anda berkata syaitan itu musuh tetapi anda tidak menentangnya
7- Anda mengaku ingin selamat dari api neraka, tetapi menjuruskan diri kedalamnya.
8- Anda meyakini bahawa kematian itu satu kepastian tetapi tidak pernah mempersiapkan diri menghadapinya.
9- Anda sibuk dengan keburukan orang lain tetapi anda sendiri mengabaikan keburukan diri sendiri
10- Anda menghantar jenazah ke perkuburan, tetapi anda tidak sedikit punmengambil iktibar daripadanya.

Di dalam kitab Riyadhu As-solihin , pada hadis ke 13 , Rasulullah menceritakan tentang tiga orang pemuda yang terperangkap dalam satu gua. Kemudian berkata salah seorang daripadanya " Kita tidak akan terlepas daripada gua ini , jika kita tidak berdoa ke hadrat Allah dengan amal kebajikan kita ". Maka ketiga-tiga pemuda itu pun berdoa dengan menyebut amal kebajikan yang paling ikhlas mereka lakukan . Dengan izin Allah batu yang menutup gua itu akhirnya bergerak dan mereka lepas dari gua tersebut .

Apa yang ingin saya nyatakan bahawa amalan yang kita lakukan dengan ikhlas kepada Allah boleh menjadi asbab kepada termakbulnya doa kita. Cuma kita tidak tahu yang mana satu amalan kita yang paling ikhlas kepada Allah yang boleh menjadi sebab kepada doa mudah dimakbulkan Allah. Oleh itu perbanyakkan amalan kerana Allah walaupun hanya menderma sebanyak 10 sen, walaupun hanya mengutip sampah di jalanan, walaupun membantu orang buta melintas jalan dan sebagainya.

Perbanyakkan taqarrub dengan Allah , jadikan tahajjud sebagai amalan harian atau mingguan , zikrullah sebagai teman dalam perjuangan agar kita sentiasa merasakan kehadiran Allah dalam segala tindakan kita. Insyaallah Allah akan mendengar doa kita.





Friday, October 24, 2008

Peperiksaan...Peperiksaan


Sekarang golongan yang bergelar pelajar samada di sekolah atau universiti sibuk untuk menghadapi peperiksaan . Apabila tiba saat ini , saya teringatkan suasana di SMSSI yang mana waden2 akan melenting dan marah disebabkan oleh tindakan pelajar yang tidak dapat menguruskan diri mereka dengan baik. Dorm dalam keadaan tak kemas , sampah merata-rata serta buku-buku berselerakan. Seolah-olah macam bukan tempat manusia tinggal terutamanya dorm lelaki. Ditanya kenapa ? Jawapannya sibuklah dengan peperiksaan , tak ada masa dan peperiksaan lebih utama buat masa ini.


Bagi saya , semua ini disebabkan kita mengambil pandangan yang silap terhadap peperiksaan. Ini menyebabkan rutin hidup kita bercelaru apabila peperiksaan semakin mendekat. Bagi kita peperiksaan satu beban bukannya satu peluang untuk majukan diri kita. Kalau aku nak lebih hebat , aku kena hadapinya dengan penuh perancangan agar kejayaan yang kita dapat ada kesan yang berpanjangan.


Kita kena ingat dunia ini penuh dengan ujian. Allah menguji manusia dengan tujuan untuk menilai iman manusia samada benar atau tidak, baik atau tidak amalan kita . Firman Allah yang bermaksud "Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya." (QS. al-Mulk: 2) . Jadi ujian atau peperiksaan adalah sunnatullah . Kalau kita berjaya menghadapi dengan baik maka kita diiktiraf sebagai orang yang berjaya di sisi Allah.


Ujian Allah tidak ada jadualnya. Bala bencana, ribut taufan, banjir dan ajal maut akan datang mengikut kehendak Allah. Oleh sebab itu kita mesti sentiasa mempersiapkan diri untuk menghadapinya agar kita tergolong dalam golongan yang berjaya apabila diuji oleh Allah.


Peperiksaan peringkat sekolah atau universiti telah kita maklumi jadualnya. Sepatutnya tidak timbul masalah bagi kita untuk merancang bagi menghadapinya. Persiapan awal boleh menghilangkan tekanan dan boleh mengubah persepsi kita terhadap peperiksaan . Ianya bukan beban tetapi peluang untuk mempertingkatkan nilai diri........ bersambung

Saturday, October 18, 2008

Salam Takziah untuk Cikgu Junaidah











Semalam saya pulang ke Terengganu kerana menziarahi Mak Saudara yang telah meninggal dunia . Dalam perjalanan ke Terengganu , saya menerima call dari cikgu safiah tentang makluman kedua-dua ibubapa cikgu Junaidah juga meninggal dunia. Kampung cikgu Junaidah adalah berdekatan dengan kampung saya . So, saya pun turut menziarahi keluarga Cikgu Junaidah . Apa yang mengejutkan saya , kedua-dua ibubapanya meninggalkan dalam waktu yang hampir sama. Berdasarkan cerita adik beradik cikgu Jun , ayahnya meninggalkan dlam tidur sebelum subuh . Bila mereka sibuk mengurus kematiaan ayah mereka , ibu mereka pula menyahut panggilan ilahi. Masyaallah , saya tak boleh bayang perasaan cikgu Jun adik beradiknya apabila kehilangan dua orang yang dikasihi dalam satu masa. Hanya linangan air matanya sahaja menggambarkan kesedihan yang dialami. Dan saya serta isteri hanya mampu menukilkan kata-kata " Bersabarlah dan terimalah Qadha dan Qadar Allah"

Mungkin inilah yang dikatakan orang sehidup-semati. Tak pernah sepanjang saya hidup menemui keadaan suami isteri mati pada hari yang sama kecuali disebabkan kemalangan. Ajal maut ditangan Allah. Adakah kita yang hidup ini telah bersedia untuk menghadapinya .

Ada satu lagi perkara yang saya perhatikan adalah ukhuwwah SMSSI iaitu cikgu safiah , cikgu maon, cikgu fazidah dan cikgu Mizah sanggup travel dari Mersing untuk pergi menziarahi keluarga cikgu Junaidah walaupun memakan masa hampir 6-7 jam. Selepas tahlil semalam mereka bergerak balik ke Mersing pula.
Akhirnya , sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah kepada arwah ibubapa cikgu Jun dan doakan mereka berada dalam golongan orang yg soleh.

Tuesday, October 14, 2008

Sains mendekatkan kita kepada Allah


" Sesungguhnya orang-orang yang kufur kepada ayat-ayat kami, kelak akan kami masukkan mereka ke dalam neraka. setiap kali kulit mereka hangus, kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (An-Nisa' : 56)

Respon kepada persoalan yg dikemukakan oleh salah seorang anak murid berhubung dengan cara yang perlu pelajar Sains mencapai kecemerlangan dalam akademik dan pada masa yg sama masih teguh berpegang dan beramal dengan al-Quran . Sebenarnya al-Quran dan Islam itu sendiri tidak meminggirkan sains . Itu yang perlu kita faham. Kecemerlangan umat Islam dahulu adalah disebabkan kehebatan umat Islam dalam bidang sains yang merupakan satu medium utk memenuhi tuntutan kehidupan manusia di dunia dan pada masa yg sama mereka adalah hamba Allah yg cemerlang juga. Siapa tidak kenal Ibnu sina, al-Farabi, al-Khawarizmi dll. Hasilnya masyarakat dunia nampak kehebatan Islam . Saya petik kata-kata pengiktirafan masyarakat barat terhadap Islam :
CEO Hewlett-Packard Company- Carleton S.Carly Fiorina
- ….. Pakar matematiknya mencipta konsep algebra dan algoritma yang membantu penciptaan komputer dan encryption pada hari ini…… tamadun yang saya maksudkan adalah tamadun Islam yg berkembang dari tahun 800-1600 Masihi ( 7 Formula Individu Cemerlang)


Apa yang ingin saya tekankan adalah apabila kita mencari kecemerlangan berlandaskan agama maka kecemerlangan itu adalah genuine . Ianya bukan ilusi atau khayalan . Kita pernah dikejutkan dengan kehebatan anak Malaysia dalam bidang matematik tetapi dimana anak itu berada sekarang?Ini disebabkan kecemerlangan dinilai tanpa dikaitkan dengan agama, maka jadilah ia kecemerlangan yang tak ada nilai


Kepada anak-anak pelajar di Mesir , Jordan , UK , France, Ireland dan Malaysia, jadilah kehebatan yang Allah bagi iaitu dalam bidang Sains sebagai satu cara untuk memartabatkan Islam di mata masyarakat . Rujuk dan fahami petikan yang saya petik dari buku " The Amazing of Al-Quran" :

"Many centuries before the onset of Muhammad's prophethood, there was a well-known theory of atomism advanced by the Greek philosopher, Democritus. He and the people who came after him assumed that matter consists of tiny, indestructible,indivisible particles called atoms. The Arabs too, used to deal in the same concept; in fact, the Arabic word dharrah commonly referred to the smallest particle known to man.
Now, modern science has discovered that this smallest unit of matter (i.e., the atom, which has all of the same properties as its element) can be split into its component parts. This is a new idea, a development of the last century; yet; interestingly enough, this information had already been documented in the Qur'an (Surah Saba', 34:3) which states:
"He [i.e.,God] is aware of an atom's weight in the heavens and on the earth and even anything smaller than that..." Undoubtedly, fourteen centuries ago that statement would have looked unusual, even to an Arab. For him, the dharrah was the smallest thing there was. Indeed, this is proof, that the Qur'an is not outdated. "
Kesimpulan , bersyukurlah anak-anak pelajar kerana anda hebat , jadilah peluang ini untuk menunjukkan hebat dan benarnya al-Quran dan Islam . Dengan itu kita tidak akan mengasingkan bidang ilmu dengan agama bahkan kita akan menjadikannya wasilah untuk menjadi hamba Allah yang lebih bererti pada agama, bangsa , negara dan dunia .

Saturday, October 11, 2008

Datuk Shah Rukh Khan ????








Terkejut dan tertanya-tanya apabila membaca berita harian 11/10/2008 . Pelakon Hindi Shah Rukh Khan diberi gelaran Datuk oleh Kerajaan Negeri Melaka . Apakah justifikasi atau rasional pemberiaan anugerah tersebut ? Terlampau besar dan hebat sangat ke jasa Shah Rukh Khan kepada Malaysia ? Atau dah tidak ada ke manusia hebat kat Malaysia ni sehinggga selebriti yang yang entah apa-apa ni dibagi gelaran yang tinggi sebegini ?




Inilah masalah sekiranya ada pemimpin yang terlampau taksub kepada hiburan yg melampau maka tak terlintas dihatinya untuk menghargai golongan yang sepatutnya dihargai dan diangkat untuk jadi personaliti contoh kepada masyarakat.




Datuk Shah Rukh Khan ...... geli geleman nak menyebutnya...... dan terasa seolah-olah nilai gelaran Datuk tu dah tak ada nilai kehebatan ....... murahnya gelaran Datuk ....