SELAMAT DATANG KE AL-BILALI BLOGSPOT

MOGA IANYA BERMANAFAAT UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT

Pages

RSS

Tuesday, January 6, 2009

Ya Allah Bantulah Saudara Kami

Umat Islam di Gaza digempur tentera yahudi laknatullah menyebabkan terdetik rasa geram dan marah yang meluap-luap. Berilah bantuan setakat yang kita mampu.Mungkin kita tidak mampu untuk turut sama berjihad menentang yahudi laknatullah tapi bantulah saudara kita dengan solat dan doakan.Panjatkan rintihan doa kita ke hadrat Allah agar menghantar bantuan dengan tentera malaikat. Mintalah kepada Allah agar doa dan solat hajat kita menjadi senjata yang ampuh bagi menghancurkan yahudi laknatullah . Bacakan Qunut nazilah dalam setiap solat fardhu kita . Insyallah Yahudi akan hancur seperti mana dalam peperangan khaibar.

Dalam memikirkan keadaan di Palestine , saya tertanya kenapa liga arab hanya berpeluk tubuh, OIC senyap membisu dan Mesir serta Jordan yang diharapkan membuka sempadan bagi memudah proses penyaluran bantuan tidak berbuat demikian. Sanggup mereka melihat saudara seIslam dibantai oleh yahudi laknatullah. Tidak gagahkah kita? Takutkah kita terhadap Yahudi mahupun Amerika? Kenapa tidak bergantung kepada janji Allah bahawa umat Islam tetap dalam peliharaanNya jika kita bersatu dan menentang musuh Allah? Kenapa kekuatan sumber minyak tidak digunakan supaya dapat menyekat ekonomi mereka yang sedang parah. Kenapa pemimpin-pemimpin negara besar Islam/arab tidak bersatu dalam menentang musuh Allah?

Kita lemah kerana kita lebih mementingkan dunia sehinggakan iman kita mudah diperkotak-katikkan oleh musuh Allah.Kita lemah , kita hina sebab kita tak yakin dengan janji-janji Allah. Kita amat takut ekonomi kita hancur sekiranya kita berpegang dengan agama.

Jangan sama sekali kita bergantung kepada bukan Islam untuk meminta pertolongan.Wahai saudara Islam, ayuh bangun dari mimpi panjangmu. Tegakkan agama Allah, wujudkan kesatuan yang kukuh dibawah payung Islam. Cuba bayangkan kalau seluruh negara Islam disekitar Israel bersatu , saya yakin kehebatan Islam akan terserlah dan Yahudi serta Amerika akan terbungkam lesu.

Kenapa, kenapa dan kenapa kita menjadi begitu hina sekali sehinggakan saudara Islam kita dibunuh ,kita tak mampu buat apa-apa.Benarlah kata-kata Umar al-Khattab " Kita dahulunya bangsa yang hina , tapi Allah muliakan dengan Islam , sekiranya kita mencari kemuliaan selain dari Islam , maka kita akan dihina kembali "

Ya Allah Yang Maha Berkuasa, bantulah hambaMu yang ditindas, Engkau robekkan pasukan yahudi laknatullah dan Engkau jadikan doa dan solat kami sebagai senjata yang akan menghancurkan yahudi sebagaimana Engkau hancurkantentera Abrahah .....amin

4 comments:

sEeKeRZ said...

salam ust,
apa pndpt ust kalau mahasiswa mngadakan perhimpunan bg mnunjukkan rasa protes trhdp isu palestin?
kalau ust ada medium yg lbh baik+efektif dklgn makasiswa,harap minta usul~
jzkk~

Joha al-Bilali said...

demonstrasi terhadap isu palestine merupakan satu usaha utk kita zahirkan kesatuan hati kita terhadap kezaliman tersebut. Perlu dibuat sbg tekanan kpd dunia utk mengambil langkah lebih tegas dlam hal palestine. Gunakan medium majlis pewakilan agar rintihan kita didengar.

Anonymous said...

Pernah terbaca diruangan akhbar, perdana menteri Israel terdahulu mengatakan Israel akan lemah sekiranya jemaah mengerjakan solat subuh sama atau lebih banyak dari jemaah mengerjakan solat jumaat. Moralnya semua fahaman serta puak dan kita sendiri kena bersatu. Puak disana bergabung menjadi satu, kita sebagai saudara islam pula membantu dari segi doa, sokongan serta yang paling penting boikot semua barangan Israel.
Situasi kita disini aman damai dan kita juga sentiasa menganggap kita berada di zon selesa dan selamat. Jadi jiwa kita lemah dan tidak sekental pejuang Islam disana malahan tidak setanding pejuang cilik yang sanggup menjadi perisai mempertahankan maruah, tanah dan segalanya. Jadi apa yang mampu kita laksanakan? Fikirkan dan renungkan. Sebak dan pilu meratapi pemergian saudara kita disana apatah lagi sicilik yang masih belum mengenal dunia. Ya Allah..sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui Segala Yang Tersirat dan Tersura..

muiz said...

Usah diharap pemimpin - pemimpin arab yang ada sekarang ini. Masing - masing risau dengan periuk nasi masing - masing (yang diisi oleh Amerika Syarikat).

Jordan misalnya, setelah ditekan teruk oleh rakyat sendiri, baru hendak mempertimbang kembali hubungan diplomatik dengan Israel (Masakan Jordan berani bertindak demikian sedangkan Jordan merupakan anak emas Amerika Syarikat).

Melainkan sesuatu yang lain berlaku, jangan berharap sekali - kali pada dunia arab sekarang ini. Bertindak sahaja sekadar kemampuan diri.

Ya Allah bantulah agama Islam dan orang - orang muslimin.