SELAMAT DATANG KE AL-BILALI BLOGSPOT

MOGA IANYA BERMANAFAAT UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT

Pages

RSS

Friday, April 10, 2009

Perluaskan Konsep Dakwah

Bassan al-Muslimani merupakan satu nama yang asing bagi kita semua tetapi apabila disebut nama asalnya sebelum Islam Yvonne Ridley pasti tergambar dalam pemikiran kita Ketua pengarang " Sunday Express" yang ditahan oleh Taliban di Afghanistan dan akhirnya masuk Islam selepas dibebaskan.

Semasa dalam tahanan , beliau dilayan dengan penuh sopan oleh Taliban. Segala cerita-cerita negetif berkaitan Taliban rupanya hanyalah mainan media barat. Dibilik tahanannya tidak dibenarkan masuk melainkan pengawal wanita. Kebaikan inilah menyebabkan dia tertarik dengan Islam. Amat jauh bezanya layanan Islam terhadap tahanan dengan layanan tentera Amerika terhadap tahanan yang mana katanya sekiranya dia berada dalam tahanan Amerika sudah pasti dirinya diratah oleh tentera Amerika yang tidak berhati perut seperti apa yg berlaku di Guaotanamo bay. Layanan yang baik ini telah memberi kesan yang mendalam terhadap dirinya disamping didedahkan dengan sebuah buku karangan as-Syahid Syed Qutb " Petunjuk sepanjang Jalan".

Yang menariknya mengenai insan ini adalah beliau sering bercakap mengenai kewajipan wanita Islam untuk menutup kepala dengan hijab dan beliau pernah mengecam Menteri Kebudayaan Mesir , Farouq Hosni yang memperlekehkan Muslimat bertudung dengan gelaran yang tak sepatutnya . Di dalam Muktamar Jamiet-Islami Pakistan dia telah diberi kesempatan berucap dan menekankan bahawa Muslimat seluruh dunia jangan memandang kecil hukum memakai hijab.

Sebenarnya terlampau banyak kebaikan yang ada dalam Islam tetapi terlindung disebabkan oleh sikap umat Islam. Islam itu cantik, indah dan menarik tetapi banyak antara kita(Islam baka) yang menjadi penyebab kepada buruknya Islam pada pandangan masyarakat bukan Islam.

Sebagai contoh dalam satu pemilihan Parti yang majoriti ahlinya melayu Islam , calon yang bertanding untuk merebut jawatan tak sampai 300 calon tetapi laporan Rasuah yang disiasat oleh Jawatakuasa Disiplin mencapai 900 laporan. Amatlah malu kita umat melayu beragama Islam dengan keadaan ini. Macam mana orang bukan Islam nak tertarik dengan Islam.

Amat malang juga apabila ada orang bukan Islam memetik ayat al-Quran untuk memperkuatkan hujjahnya , adalah pula insan Islam berjiwa melayu membuat laporan polis keatas non muslim tadi atas dasar menghina agama. Dahlah kita tak mampu nak tunjukkan nilai Islam dalam diri kita , kita pula menutup ruang dakwah yang terbuka luas bagi kita menunjukkan keindahan Islam. Ruginya Islam.

1 comments:

sophia natasya said...

betul..islam itu indah dan bukanlah hanya satu subjek dan diasingkan dalam hidup..manusia skrg slalu memperkotakkan islam hnya pd prkara ibadat sahaja..sedangkan islam itu adalah din (cara hidup).thanx pd info dlm blog ustaz..kami disini ada jua brtemu dgn Yvonne pd satu sesi ceramah tuk mgtahui kisah penangkapannya dahulu..