SELAMAT DATANG KE AL-BILALI BLOGSPOT

MOGA IANYA BERMANAFAAT UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT

Pages

RSS

Thursday, August 27, 2009

Isu arak.. Kartika redha disebat

Mengikuti isu sebat kesalahan minum arak yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah Kuantan menyebabkan hati rasa terkilan sedikit dengan persepsi masyarakat terhadap institusi mahkamah syariah. Sehingga Pak Menteri turut memberi pandangan tetapi pandangan seolah-olah cuba menolak sabitan hukum tersebut. Sehingga masyarakat menganggap hukum sebat tersebut adalah zalim . Adakah patut alasan tidak mempunyai kepakaran dalam hukum sebat cara syariah menyebabkan hukuman tersebut ditangguhkan.

Dah 52 tahun kita dah merdeka , tapi mahkamah syariah masih terkebelakang dari segi kuasa dan perlaksanaan hukum. Kita dok agung-agungkan negara kita negara Islam tpi undang-undang Islam kat mana kedudukannya bahkan ada hukuman yang disabitkan boleh dibicarakan , diperlekehkan di dalam media massa. Kalaulah ini terjadi pada mahkamah biasa pastikan akan dakwaan menghina mahkamah. Itulah hakikat negara Islam Malaysia kita.

Bagi saya isu ini merupakan satu peluang untuk kita perlihatkan indahnya undang-undang Islam. Walaupun hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah Kuantan masih tidak mengikut piawaiaan hukum Islam tetapi sekurang-kurangnya kita boleh membentangkan kepada umum akan hakikat hukuman dalam Islam iaitu bukan untuk mendera akan tetapi untuk mendidik. Penjelasan dari Tuan Guru Haji Hadi amat menarik untuk kita lontarkan kepada masyarakat :
Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak. Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi. Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam.

Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan. Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam. Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.

Haramnya arak adalah tidak mengira tempat samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri. Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi !


Lontaran pendapat sebeginilah yang perlu kita utarakan agar keinginan masyarakat untuk memahami perundangan Islam lebih tinggi dan pandangan masyarakat bahawa undang-undang Islam zalim dapat dikikis. Undang-undang Islam dikatakan zalim disebabkan kejahilan masyarakat bukannya batang tubuh undang-undang itu sendiri. Apabila roh pensyariatan undang-undang Islam difahami , saya yakin bukan setakat orang Islam yang menyokong bahkan tak mustahil orang bukan Islam akan turut sama menyokongnya.
Wahai Pak Menteri , latihlah jurusebat mengikut syariat , buatlah penguatkuasaan yang tegas terhaap kesalahan syariah ,jangan dok memberi ulasan yang kadang-kadang menyebabkan orang ketawa kepada kita .

2 comments:

syark said...

sy setuju dengan ust jo..isu kartika ini sepatutnye menjadi pengajaran kepada umat islam d melaysia ni...kite selalu menjaja negara kite negara islam tapi bila perkara sebegini berlaku bile ade pihak yang nak menjalankan hukum islam ini datang pulak pihak lain yang kata hukuman yang dikenakan zalim terhadap wanita dan kartika tidak perlu terburu-buru menerima hukuman dan boleh membuat rayuan.. Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.sy yakin walaupun kartika belum menjalani hukuman ini..tapi isu ini sudah cukup menyedarkan segelintir masyarakat di luar sane yang terlibat dalam kancah maksiat ini bahawa arak itu haram wlaupun pun bunyinya seperti mereka lebih takut hukuman di dunia dari akhirat but at least dapat menimbulkan rase gerun itu sudah cukup baik...

-misz*meza- said...

yup.sy pn setuju dengan ust.tapi ape yg mnyedihkan sy adalah pandangan segelintir masyarakat yg seolah-olah mmpertikaikan malah seperti menolak hukuman trsebut.Sikap seperti itu umpama menolak hukum yg telah Allah tetapkn.Apatah lagi yg mmprtikaikn itu adalah dri golangn cerdik pndai namun cetek dri segi agama.Tetapi seperti yg syark katakan sekurng-kurangnya isu ini dapt menimbulkan rase gerun di kalangan masyarakat..