SELAMAT DATANG KE AL-BILALI BLOGSPOT

MOGA IANYA BERMANAFAAT UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT

Pages

RSS

Thursday, August 27, 2009

Isu arak.. Kartika redha disebat

Mengikuti isu sebat kesalahan minum arak yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah Kuantan menyebabkan hati rasa terkilan sedikit dengan persepsi masyarakat terhadap institusi mahkamah syariah. Sehingga Pak Menteri turut memberi pandangan tetapi pandangan seolah-olah cuba menolak sabitan hukum tersebut. Sehingga masyarakat menganggap hukum sebat tersebut adalah zalim . Adakah patut alasan tidak mempunyai kepakaran dalam hukum sebat cara syariah menyebabkan hukuman tersebut ditangguhkan.

Dah 52 tahun kita dah merdeka , tapi mahkamah syariah masih terkebelakang dari segi kuasa dan perlaksanaan hukum. Kita dok agung-agungkan negara kita negara Islam tpi undang-undang Islam kat mana kedudukannya bahkan ada hukuman yang disabitkan boleh dibicarakan , diperlekehkan di dalam media massa. Kalaulah ini terjadi pada mahkamah biasa pastikan akan dakwaan menghina mahkamah. Itulah hakikat negara Islam Malaysia kita.

Bagi saya isu ini merupakan satu peluang untuk kita perlihatkan indahnya undang-undang Islam. Walaupun hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah Kuantan masih tidak mengikut piawaiaan hukum Islam tetapi sekurang-kurangnya kita boleh membentangkan kepada umum akan hakikat hukuman dalam Islam iaitu bukan untuk mendera akan tetapi untuk mendidik. Penjelasan dari Tuan Guru Haji Hadi amat menarik untuk kita lontarkan kepada masyarakat :
Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak. Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi. Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam.

Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan. Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam. Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.

Haramnya arak adalah tidak mengira tempat samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri. Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi !


Lontaran pendapat sebeginilah yang perlu kita utarakan agar keinginan masyarakat untuk memahami perundangan Islam lebih tinggi dan pandangan masyarakat bahawa undang-undang Islam zalim dapat dikikis. Undang-undang Islam dikatakan zalim disebabkan kejahilan masyarakat bukannya batang tubuh undang-undang itu sendiri. Apabila roh pensyariatan undang-undang Islam difahami , saya yakin bukan setakat orang Islam yang menyokong bahkan tak mustahil orang bukan Islam akan turut sama menyokongnya.
Wahai Pak Menteri , latihlah jurusebat mengikut syariat , buatlah penguatkuasaan yang tegas terhaap kesalahan syariah ,jangan dok memberi ulasan yang kadang-kadang menyebabkan orang ketawa kepada kita .

Friday, August 21, 2009

Jangan sia-siakan anugerah ini

Ramadhan satu anugerah dari Allah. Berpuasa didalamnya bukan hanya satu kewajipan semata-mata tetapi ianya adalah perlu dilaksanakan dengan penuh rasa kesyukuran kerana diberi kesempatan oleh Allah untuk kita hidup di bulan yang penuh dengan fadhilat ini.
Anugerah Ramadhan ini perlu kita letakkan pada tempat yang sepatutnya dalam hati masing-masing. Sekiranya di dunia ini kita dikurniakan anugerah sebagai pelajar terbaik , ahli sukan yang hebat atau mungkin hanya tempat ketiga kejohanan sukan sekolah , kita pasti meletakkan anugerah (medal) kita itu di tempat yang mulia seperti di atas meja, digantung di dinding dan sebagainya. Kita takkan biarkan ianya bersepah-sepah dan di tendang ke sana- kemari. Begitulah bernilainya anugerah yang diberi oleh manusia kepada.
Apakah anugerah yang diberikan oleh Khalik kita yakni Allah ini nak kita sia-siakan. Hargailah ia dengan penuh keimanan dan pengharapan dan jadikan Ramadhan inilah yang terbaik untuk kita. Untuk menjadikan anugerah ini bernilai kita perlu buat perancangan yang rapi agar ianya tidak berlalu begitu sahaja. Moga-moga kita semua mendapat anugerah graduan ramadhan yang terhebat dari Khalik kita.
Untuk jadual muhasabah diri sempena Ramadhan , boleh rujuk blog surau fatimah az-zahra' dialamat http://suraufatimahazzahra.blogspot.com/

Sunday, August 9, 2009

Kenali H1N1

viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dr manusia kpd manusia.

jangka hayat virus

Oleh kerana ia adalah virus yang air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.

Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik....akan 'bersih' dr virus tersebut.

Apa yg perlu tahu ?

Asal virus ini

Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di mexico.

virologi virus H1N1

incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 - 4 hari
ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit
pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4
H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

cara serangan

virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan
virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS)
peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse'
ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi

siapa yang berisiko
1.orang yg ada masaalah 'obesiti' @ gemok
2. perempuan yg mengandung
3 .orang yg ada astmatic
4 . orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas


simptom2

day 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya
day 2 - selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)
day 3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
day 4 - sakit dada yg teruk........jumpa doktor dengan segera.......

day 5 and above lung collapse @ koma



langkah2 kawalan
1 - golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)

2 - menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran

3 - elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'

4 - jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

5 - jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask)

6 - utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.

7 - jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

8 - jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.

9 - tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!!!!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.

10 - vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utk 'frontliner' shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.

11 utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia. mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12 - tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbreak ini. sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.
Amin.

Ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dr kem. kesihatan m'sia

Saturday, August 8, 2009

Doa hindari H1N1

Diambil dari blog ustaz abdullahbukhari


Di sini saya ingin cadangkan beberapa doa yang boleh kita amal bersama untuk menghindarkan makhluk Allah yang bergelar H1N1 ini,


1- Kita perlu memba 3 Qul. Penekanan yang boleh diberikan ialah pada surah al-Falaq ayat yang pertama dan kedua. Ayat itu bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, "Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; (al-Falaq[113:1-2]).

Makhluk jahat yang dimaksudkan oleh Allah di dalam ayat ini terlalu umum dan boleh merangkumi apa sahaja termasukkan penyakit yang sedang bermaharajalela sekarang ini.
Apa yang pasti, pembacaan serta penghayatan kepada maksud Syarri Ma Khalaq ini hanya akan benar-benar difahami sekiranya kita benar-benart memahami maksud yang cuba disampaikan oleh Allah. Mari kita renung tafsiran 2 ayat ini yang dibawa oleh HAMKA di dalam Tafsirnya , Tafsir al-Azhar:

AI-Falaq ada juga diartikan dengan peralihan. Peralihan dari malam ke siang, peralihan dari tanah yang telah sangat kering karena kemarau, lalu turun hujan, maka hiduplah kembali tumbuh-tumbuhan. Peralihan dari biji kering terlempar ke atas tanah, lalu timbul uratnya dan dia memulai hidup. Maka ber¬selindunglah kita kepada Tuhan, dalam sebutanNya sebagai RABB, yang ber¬arti mengatur, mendidik dan memelihara; supaya berkenanlah kiranya Tuhan memperlindungi kita, dari kemungkinan-kemungkinan bahaya yang terkandung pada pergantian siang dan malam atau peralihan musim.

"Dari kejahatan apa-apa yang telah Dia jadikan."(ayat 2). Semua makhluk ini Allahlah yang menciptakannya; baik langit dengan segala matahari, bulan dan bintang gemintangnya, sampai kepada awan-awannya yang berarak. Atau bumi dengan segala isi penghuninya, lautnya dan daratnya, bukitnya dan lurahnya. Semuanya adalah ciptaan Tuhan, sedang kita manusia ini hanyalah satu makhluk kecil saja yang terselat di dalamnya. Dan segala yang telah dijadi¬kan Allah itu bisa saja membahayakan bagi manusia, meskipun sepintas lalu kelihatan tidak apa-apa.

Hujan yang lebat bisa menjadi banjir dan kita ditimpa celaka kejahatan banjir; hanyut dan tenggelam.


Panas yang terik bisa menjelma menjadi kebakaran besar; dan kita bisa saja turut hangus terbakar.

Gunung yang tinggi yang sepintas lalu menjadi perhiasan alam keliling dan penangkis angin dan ribut, bisa runtuh dan longsor, kita pun mati terhimpit dalam timbunan tanah..

Lautan yang luas dapat kita layari. Tetapi kapal yang kita tumpang bisa saja dihantam badai, tiang patah, atau tersandung kepada gunung salju, kapal pun tenggelam, kita pun mati.

Naik kapal udara adalah alat perhubungan yang paling cepat di zaman moden ini. Bisa saja awan sangat tebal sehingga tidak dapat ditembus oleh penglihatan, sehingga tiba-tiba kapalterbang terbentur[1] kepada gunung; dia pun hancur dan kita pun turut hancur di dalamnya. Atau sangat keras badai di laut sehingga kapal udara itu tidak dapat mengatasinya, dia pun tenggelam dan kita pun turut tenggelam ke dalam perut lautan.

Bermain-main di bawah pohon kayu besar. Tiba-tiba angin puyuh datang berhembus, pohon itu tumbang, kita mati dihimpitnya.

Naik keretapi yang ter¬gelincir relnya, sehingga jatuh dan hancur. Naik mobil yang tiba-tiba tidak ter¬kendalikan, sehingga masuk ke dalam lurah.

Sedang kita enak-enak berjalan di jalan raya, tiba-tiba ada orang mengamuk, mana yang bertemu ditikamnya, kita pun kena.

Kompor[2] minyak sedang orang perempuan bertanak di dapur, tiba-¬tiba meletus. Perempuan yang tengah bertanak itu dikeluyut minyak tanah, ter¬bakar dan mati.

Orang sedang naik sepeda[3] kencang, tiba-tiba terbentur ke batu besar, terlempar badannya, kena tonggak kawat, pecah kepalanya dan mati.

Maka semua yang dijadikan Allah itu mungkin saja ada bahayanya, yang tidak kita sangka; Januari 1973 meletus gunung di Iceland dengan tiba-tiba padahal menurut penyelidikan ahli-ahli sudah 7000 tahun gunung itu tidak berapi lagi. Kita manusia ini hanya satu makhluk kecil saja hidup di antara makhluk Allah yang lebih besar dan lebih dahsyat.

Sepaku kecil yang terlepas daripada terompah orang di jalan raya. Apalah artinya sepaku kecil itu. Tiba-tiba terpijak di kaki seorang yang sedang berjalan kaki, karena kebetulan dia tidak memakai alas kaki. Sepaku itu berkarat dan karatnya itu berbisa. Dia terpijak oleh telapak kaki, lalu pada luka kecil itu timbul infeksi keracunan darah. Tidak lama kemudian matilah orang yang kena infeksi itu setelah paku kecil yang bercampak di tengah jalan yang tidak berarti itu.

Sebab itu maka dapatlah dikatakan bahwa di mana-mana ada bahaya. Kita tidak boleh lupa hal ini. Tuhan Allah sebagai Pencipta seluruh alam Maha Kuasa pula menyelipkan bahaya pada barang-barang atau sesuatu yang kita pandang remeh. Oleh sebab itu di dalam ayat ini kita disuruh memperlindung¬kan diri kepada Tuhan dalam namanya sebagai RABB, penjaga, pemelihara, pendidik dan pengasuh, agar diselamatkanlah kiranya kita daripada segala bahaya yang mungkin ada saja di seluruh Alam Yang Tuhan Ciptakan.

KESIMPULANNYA: Semua erkara yang menjadi ancaman kepada manusia dikategorikan di bawah ayat kedua surah al-Falaq, termasuklah wabak sekarang ini.

2-Doa baginda Rasulullah SAW yang masyhur:

بسم الله الذي لايضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم

[Dengan nama Allah yang tidaklah memudharatkan bersama NamaNya segala sesuatu yang ada di bumi dan langit , Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.(3 kali)]

Kata Rasulullah saw: Barangsiapa membacanya sebanyak tiga kali ketika pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun yang membahayakan dirinya.”

HR. Abu Dawud 4/323, At-Tirmidzi 5/465, Ibnu Majah dan Ahmad. Lihat Shahih Ibnu Majah 2/332,- rujuk Hisnul Muslim.

SEMOGA DENGAN MENGAMALKAN 2 PERKARA DI ATAS DAPAT MENGHINDARKAN KITA DARIPADA MUSIBAH H1N1 YANG SUNGGUH MENGRIKAN INI.

Thursday, August 6, 2009

Sekadar untuk difikirkan

Influenza H1N1 @ selsema babi ialah merupakan selsema biasa yang terkena pada babi dan ianya tidak membawa mudarat pada babi. Tetapi apabila ianya terkena pada manusia ianya memberi mudharat yang amat besar.
Persoalannya kenapa selsema yang biasa terkena pada babi boleh berpindah kepada manusia pula? Pelbagai teori dan pendapat sains didedahkan kepada kita semua berhubung penularan penyakit bahaya ini. Kita terima semua penemuaan-penemuan itu sebab setakat itu sahaja kemampuan akal manusia .
Namun sebagai orang Islam , kita perlu juga melihat perkara ini menurut kacamata agama. Segala yang terjadi sudah pasti datang dari Allah untuk kita sebagai orang beriman fikir dan hayati.
Firman Allah SWT : “ Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat2 Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat ( tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat2 Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang2 yang lalai”. (Surah al-a’raf, 179).
Di dalam ayat diatas Allah meletakkan golongan ahli neraka ialah golongan yang diberi berbagai kelebihan tetapi kelebihan tidak digunakan untuk membesarkan Allah bahkan banyak antara mereka yang ingkar perintah Allah. Diakhirnya Allah menyatakan bahawa mereka itu seperti binatang ternakan bahkan lebih teruk dari itu lagi.
Apakah binatang yang paling teruk dimuka bumi Allah ini. Tak dapat tidak sudah tentu babi. Mungkin Allah nak tunjukkan pada kita semua bahawa sikap, sifat dan perangai kita ada unsur-unsur seperti binatang yang paling teruk itu , maka Allah mentakdirkan panyakit itu terkena pada manusia.
Mungkin ada yang bertanya kenapa orang Islam dan beriman turut terkena penyakit ini. Kita mesti ingat bala dan ujian Allah di dunia ini akan terkena kepada seluruhnya tanpa terkecuali samada beriman atau kufur . Apabila kita berada diakhirat nanti barulah ada pembahagian yang beriman akan ke syurga manakala yang kufur ke neraka Allah .Fikir-fikirkanlah.

Wednesday, August 5, 2009

H1N1 , satu peringatan Allah

Hari ini jumlah kematiaan disebabkan kes H1N1 telah meningkat ke 14 korban. Mangsa terbaru kanak2 6 tahun dari Kuantan Pahang.
Apabila penyakit ini mula-mula ditemui di Mexico sehingga menyebabkan dunia keluh kesah , saya secara peribadi tidak yakin penyakit ini akan sampai ke Malaysia sebab kerajaan kita amat yakin dengan sistem kawalan penyakit yang telah dilaksanakan. Tetapi rupanya perancangan Allah mengatasi usaha kawalan dan rancangan manusia. Iktibarnya jangan sombong dengan kehebatan kita sebab ada kuasa yang lebih hebat. Jangan suka mendabik dada dengan kehebatan usaha kita sehingga seolah-olah segala usaha kita tidak ada hubungkait dengan Allah.
Amat malang , negara yang diperintah oleh seorang Islam tidak mengambil pengajaran bahawa penyakit ini merupakan ujian bala dari Allah. Melihat kepada statistik korban dan pesakit yang semakin meningkat , sepatutnya seruan umum dibuat kepada rakyat supaya mengadakan solat hajat dan qunut nazilah supaya kita terselamat dari penyakit yang merupakan bala dari Allah.Terlalu banyak dosa yang kita biarkan ianya berlaku yang mengundang kemurkaan Allah.
Sekolah saya ditutup operasi selama 7 hari disebabkan terdapat kes positif H1N1. Sebelum arahan penutupan premis dikeluarkan oleh Jabatan kesihatan negeri, pelajar dan guru masing-masing risau dan memakai mask. Kami seolah-olah berada di Zon perang. Semuanya bertopeng.Ini dilakukan bagi mengelakkan jangkitan H1N1 yang kita difahamkan tiada vaksin yang ditemui buat masa sekarang.
Dalam tazkirah saya di surau selepas solat hajat, saya jelaskan kita tak perlu takut sekiranya takdir Allah kita mati disebabkan penyakit H1N1, tetapi kita perlu risau apa yang akan berlaku selepas kita mati. Oleh itu buat persediaan secukupnya , samada kita selamat atau tidak dari penyakit merbahaya ini, yang pastinya kita pasti akan mati. Saya bimbang apabila penyakit ini telah reda, kita akan rasa mati semakin jauh dari kita dan kita akan terus alpa terhadap tanggungjawab terhadap Allah. Ingatlah Allah sayang pada kita semua sebab itu Allah datangkan ujian ini. Moga hubungan kita semakin rapat dengan Allah