SELAMAT DATANG KE AL-BILALI BLOGSPOT

MOGA IANYA BERMANAFAAT UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT

Pages

RSS

Thursday, August 5, 2010

Kahwin awal... penyelesaian terbaik?

Majlis Agama Negeri Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki di bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan.
Keputusan ini diambil berdasarkan kepada masalah sosial yang semakin meruncing sekarang. Kajian perlu dibuat secara terperinci untuk melihat baik buruk tindakan membenarkan perkahwinan dikalangan pelajar . Janganlah kita mengambil keputusan tanpa melihat sebab sebenar kenapa perkara ini berlaku.
Dengan suasana tidak ada tanggungjawab keluarga pun , ramai pelajar melayu Islam kita yang hancur dalam pelajaran . Inikan pula kalau dan jadi suami atau isteri dan juga jika dah punya anak , bolehke mereka menumpukan kepada pelajaran. Natijahnya tahap keciciran pelajaran pelajar melayu Islam sudah pasti semakin membimbangkan.
Itu belum lagi kita melihat tahap kesediaan pelajar itu sendiri untuk membina keluarga. Dengan persiapan untuk berkeluarga yang tak sempurna , sudah pasti kita akan mendapat kesan yang tak baik pada generasi yang lahir dari perkahwinan ini.
Wahai golongan yang berkuasa , fikirkanlah mengenai sistem pendidikan dalam negara kita yang telah gagal untuk membina sahsiah muslim yang sebenar. Fikir-fikirkanlah program-program yang mengembangkan budaya maksiat dalam negara . Inilah antara sebab yang melahirkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan menyebabkan lahirnya anak-anak yang dibuang.
Berhentilah dari memberi cadangan yang bagi saya amat tak cerdik seperti membenarkan pelajar sekolah kahwin awal , membina sekolah untuk pelajar hamil dan lain-lain kerana saya bimbang ianya tidak akan menyelesaikan masalah bahkan akan menimbulkan masalah yang lebih kronik di masa akan datang.
Kembalilah kepada al-Quran dan As-Sunnah dalam menyelesaikan masalah dalam negara kita, janganlah beri cadangan yang sensasi tapi hakikatnya tak dapat menyelesaikan masalah.

2 comments:

Hiromi Ichiban said...

Saya sokong kalu student diberi pilihan kawen awal...

Alasan:
Tidak ada undang-undang melarang berzina, yakni boleh berdua-duaan bila suka sama suka di Malaysia.

Bila berlaku perzinaan, lahirlah anak. Kerana tidak mahu anak maka dibuanglah!

Kalau hendak selesaikan masalah ini, adakan peraturan larangan berzina seperti yang ditetapkan oleh agama rasmi negara ini...

huhuhu, bile la 'diorang' nak dapat hidayah?

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)