SELAMAT DATANG KE AL-BILALI BLOGSPOT

MOGA IANYA BERMANAFAAT UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT

Pages

RSS

Saturday, August 23, 2008

Inikah Idola Remaja Kita

Rujukan satu kenyataan dalam akhbar kosmo (12 Ogos 2008) " Kami Hanya Bercumbu Bukan Berzina". Kenyataan ini terkeluar dari seorang artis yang di candid gambarnya ketika sedang bercumbu di pantai Port Dickson.

Islam bukanlah agama yang anti kepada hiburan dan bukan juga anti kepada artis secara total. Tetapi kalau inilah isihati dan peribadi artis yang menjadi idola kebanyakan remaja melayu Islam maka Islam akan menentangnya secara total . Mungkin sesetengah artis menyangka apabila diri bergelar artis atau akstres mereka akan mengikut rentak hidup artis Hollywood yang bebas bercumbu dan berzina di mana sahaja. Masya Allah , mereka tak menganggap ini sebagai dosa bahkan mungkin berbangga pula sebab dapat mengikut trend Hollywood.

Percumbuan adalah perkara yang boleh menjurus ke pengzinaan. Kerana itu Islam melarang keras aksi dan adegan yang boleh menjurus kepada pengzinaan. sejauh mana manusia dapat mengekang nafsu ketika bercumbu. Bahkan bercumbu merupakan muqadimah yang paling hampir kepada zina. Penulis bukan menuduh bahawa artis tersebut berzina. Kerana tuduhan ini memerlukan kepada 4 orang saksi yang menyaksikan penzinaan itu. Tetapi penulis bimbang kalau-kalau kenyataan ini tersebar dan akan mempengaruhi remaja melayu yang lain supaya bebas bercumbu di masa sahaja. Ini yang kita takuti.

Memang dimaklumi bahawa kebiasaanya remaja melayu terbiasa mengikut corak kehidupan artis kesayangan mereka. Bahkan mereka menjadi fanatik dan taksub kepada artis idola mereka sehinggakan segalanya mahu ditiru seiras artis idola mereka. Sekiranya artis mewarnakan rambut , remaja akan mewarnakan rambut sekiranya artis memakai pakaian seksi remaja akan turut memakai pakaian seksi. Jadi sewajarnya artis-artis melayu Islam menunjukkan kesopanan dan adab sebagai seorang Islam.

Artis-artis juga sepatutnya mendapat sedikit asas pendidikan agama supaya mereka mengetahui perbezaan di antara halal dan haram dalam Islam. Jadikan medan hiburan sebagai salah satu bentuk dakwah sepertimana yang dibawa oleh saudara Yusuf Islam. Jangan kita menyebabkan remaja keliru dengan Islam disebabkan sikap dan peribadi kita . Dan wahai pihak berautoriti bertegaslah dalam hal agama , janganlah asyik mencari cara untuk menghalang pendakwah yang ikhlas untuk memperbaiki masyarakat sedangkan maksiat di depan mata dibiarkan . Kita akan disoal akan apa yang kita lakukan di Mahkamah Allah nanti.

2 comments:

Anonymous said...

kadang-kadang kita frust, kita berusaha untuk membina akhlak dan peribadi yang baik tpi dlam masa yg sama byk golongan meruntuhkan

iNtAnCtZ said...

btl..
tp jgn krn 1 hati yg kering,buatkn kita give-up dlm mlakukn nahi munkar..benci dlm hati adalh selemah-lemah iman~
=]