SELAMAT DATANG KE AL-BILALI BLOGSPOT

MOGA IANYA BERMANAFAAT UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT

Pages

RSS

Friday, August 29, 2008

MERDEKAKAH KITA - Sama2 fikirkan

Alhamdulilah negara kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan kali ke-51 pada esok hari. Kalau mengikut umur manusia umur kemerdekaan negara kita telah sampai ke tahap setengah abad yang mana umur yang amat matang untuk kita menentukan halatuju negara kita.

Tapi amat malang dalam kita nak menyambut kemerdekaan, kita dikejutkan dengan persetujuan kerajaan untuk membenarkan konsert Avril Lavigne diadakan walaupun ia telah mahu dibatalkan oleh pihak Jawatankuasa Permohonan Artis Luar (PUSPAL), Kementerian Perpaduan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan (KPKKW) . Matangkah atau merdekakah kita dalam membuat keputusan sedangkan kita tahu konsert sebegini boleh menghancurkan modal insan yang ingin kita bina. Modal Insan remaja kita inilah yang akan menjadi penyambung kepada kelangsungan kemerdekaan. Kalau kita tidak mempunyai prinsip yang teguh , jangan salahkan remaja sekira kebanyakkan dari mereka menganggap inilah budaya kita 20 tahun akan datang. Budaya tak apa sekali sekala nak berhibur apalah salahnya amat bahaya kepada jatidiri remaja kita. Fikirkan.....

Fahamilah ,

Jika kemerdekaan bererti kebebasan daripada penguasaan bangsa asing, kenapa Rasulullah saw berjuang membebaskan diri dan manusia daripada kekuasaan musyrikin Makkah yang sebangsa dan seketurunan dengan nabi?..... renungkan dengan hati terbuka.

Kemerdekaan yang sebenar ialah:Memerdekakan manusia daripada perhambaan sesama manusia sama ada:Bebas bersuara, pemilikan, bertindak, bermuamalah dan seumpamanya.Kebebasan tadi mestilah dibatasi oleh hukum allah swt bagi memastikan tiada ruang untuk penjajahan melalui kemerdekaan yang sebenar ialah:Memerdekakan manusia daripada perhambaan sesama manusia sama ada:Bebas bersuara, pemilikan, bertindak, bermuamalah dan seumpamanya.Kebebasan tadi mestilah dibatasi oleh hukum allah swt bagi memastikan tiada ruang untuk penjajahan melalui sistem dan undang-undang ciptaan manusia.

Apalah erti kemerdekaan ini , tatkala ummah masih terbelenggu dalam system hidup penjajah yang akhirnya meletakkan masa depan yang sangat buruk bagi budaya , akhlak dan aqidah mereka ?.Penjajah telah 51 tahun membebaskan kita dari penjajahan berbentuk fizikal tetapi penjajahan minda ( amat bahaya) oleh penjajah masih berterusan sehingga ada pendapat apa2 yang datang dari barat semuanya baik . Sesungguhnya MINDA TERJAJAH TIDAK MUNGKIN MANAFAATKAN KEMERDEKAAN.

Hari ini , Inggeris tidak lagi bertapak dalam tanahair kita . Mereka telah lama keluar meninggalkan tanahair ini dengan persetujuan yang dicapai untuk memberi kemerdekaan kepada Negara kita .Tetapi apa yang sangat malang , selain system dan perlembagaan penjajah masih diamalkan , ternyata kita masih gagal manafaatkan ruang kemerdekaan ini untuk membentuk jati diri bangsa apatah lagi izzah ( rasa kemuliaan) beragama .

Benarlah apa yang pernah di sebut oleh seorang penyair arab Mesir Mahmoud al Wafa ketika memberi respons terhadap kehidupan rakyat Mesir pasca penjajah :
ذهب الإنجليز الحمر و بقي الإنجليز السمر “Telah pergi Inggeris yang berkulit merah kemerahan namun masih tinggal Inggeris yang berkulit sawo matang”Kini anak watan menjadi lebih Inggeris dari Inggeris , lebih barat dari barat . Kini Budaya melayu muslim kian pupus , moral dan akhlak ketimuran kian musnah , adab dan susila kesopanan kian hilang , maruah bangsa dan nilai bahasa kian jatuh , penguasaan kuasa muslim dan bumiputra kian merosot serta wahyu dan sunnah kian jauh , agama dan aqidah kian hancur.

Renungkan ......

Kata-kata Rub'ie bin A'mir ketika bertemu panglima tentera rom yang bernama Rustum:
الله ابتعثنا لنخرج من شاء من عبادة العباد إلى عبادة الله, ومن جور الأديان إلى عدل الإسلام ومن ضيق الدنيا إلى سعة الدنيا والآخرة:Maksudnya: Allah mengutuskan kami (orang-orang islam), untuk kami merdekakan manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.

0 comments: