SELAMAT DATANG KE AL-BILALI BLOGSPOT

MOGA IANYA BERMANAFAAT UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT

Pages

RSS

Tuesday, September 2, 2008

Ramadhan bulan Rahmat

Ramadhan bulan yang penuh dengan Barokah dan Rahmat telah kita lalui selama 3 hari . Awalnya rahmat, pertengahannya keampunan Allah dan pengakhirannya dihindari dari azab neraka.

Alhamdulillah selama tiga malam kita lalui puasa , rahmat Allah terzahir depan mata kita , di mana Allah telah memilih kita untuk hidup di bulan Ramadhan . Sedangkan mungkin ada ayah , ibu , adik beradik dan sahabat kita tidak sempat merasai Ramadhan tahun ini kerana telah dijemput oleh Allah . Inilah Rahmat Allah , yang telah memilih kita untuk hidup dan seterusnya mengejar akan segala fadhilat Ramadhan yang dijanjikan Allah dan RasulNya . Amatlah rugi sekiranya kita membiarkan Ramadhan berlalu begitu sahaja tanpa kita mengisinya dengan amalan-amalan. Takut-takut nanti Allah tidak memilih kita untuk bertemu Ramadhan pada tahun depan.

Semalam saya terlewat sedikit untuk pergi solat Isya’ dan apabila sampai ke surau di Taman saya ( Inderasempurna) , saya terpaksa solat di tepi tangga kerana surau telah penuh . Di dalam hati saya berkata , alhamdullilah inilah rahmah Allah . Allah membuka hati dan memudahkan kita untuk melaksanakan ibadah di bulan Ramadhan ini. Walaupun sebenarnya kita letih sebab berpuasa pada siang hari .

Ingatlah sekiranya kita lakukan semua amalan itu kerana Allah semata-mata bukan ikut trend ” Orang tarawikh akupun tarawikh ” nescaya kita akan di ampunkan Allah akan segala dosa kita yang lalu . Rasulullah bersabda yang bermaksud :
Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan dosanya yang lalu ” ( Bukhari dan Muslim)

Dan kita kena muhasabah diri , di bulan-bulan yang lain kita terlalu menyibuk diri dengan perkara-perkara yang tak perlu sehingga kita tidak ada masa untuk Allah . Alangkah sedihnya kita sebagai hamba tidak ada masa untuk Khalik kita. Alasan kita sibuklah, banyak kerjalah dan segala macam lagi alasan . Kalaulah nanti di hadapan pengadilan Allah , Allah buat tak tahu je pada kita disebabkan Allah sibuk melayan mereka-mereka yang memperuntukkan masa untukNya di dunia . Bagaimanakah perasaan kita ?

0 comments: