SELAMAT DATANG KE AL-BILALI BLOGSPOT

MOGA IANYA BERMANAFAAT UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT

Pages

RSS

Sunday, September 7, 2008

Apakah kita berada pada Track Yang Betul?

Alhamdullillah kita telah berada pada hari ke 8 puasa . Sudah hampir 1/3 bulan Ramadhan kita lalui . Kita perlu menghisab amalan kita , apakah kita dalam track yang betul untuk mencapai darjat ketakwaan yang merupakan antara sebab puasa diwajibkan ke atas orang yang beriman. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah : 183 yang bermaksud :
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"

Adakah kita berada dalam track yang betul untuk mendapat segala fadhilat yang dijanjikan Allah di bulan yang mulia . Jika amalan-amalan kita belum berada pada landasan yang betul , maka hendaklah kita membuat pembetulan yang sewajarya pada peringkat ini sebelum Ramadhan berlalu meninggalkan kita dan akhirnya kita tergolong dalam golongan yang rugi.

Kadang-kadang di bulan Ramadhan ini , kita terlampau sibuk untuk memberi makan fizikal kita sehingga kita lupa untuk memberi makan kepada rohani kita . Oleh sebab itu kita lihat ramai orang berduyun-duyun ke bazar ramadhan pada setiap petang untuk mencari juadah berbuka yang adakalanya sampai ke tahap membazir. Kalau di Kuantan ini , bazar Ramadhan dekat Tunas Manja Sungai Isap menyebabkan kenderaan menghala ke Kuantan terpaksa mengharungi ’Jem’ pada setiap petang kerana hebatnya dan bersungguhnya kita dalam mencari makanan fizikal kita . Alangkah baiknya kalau sikap bersungguh ini kita tukarkan pula untuk menghidupkan malam-malam Ramadhan . Renung ..... fikir2

0 comments: