SELAMAT DATANG KE AL-BILALI BLOGSPOT

MOGA IANYA BERMANAFAAT UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT

Pages

RSS

Tuesday, September 23, 2008

Ramadhan semakin meninggalkan kita


Pejam celik kita telah berpuasa selama 24 hari . Enam hari lagi kita akan menyambut hari raya. Apakah perasaan kita . Teruja untuk menyambut raya atau bersedih meninggalkan Ramadhan.


Apakah puasa kita sempurna atau setakat menahan lapar dan dahaga sahaja ? Bagaimanakah dengan amalan tadarus kita .... dah khatam atau belum? Bagaimana dengan qiamullaill , tahajud , taubat dan zikir ..... berjalan lancar ke tidak ? Ingat Ramadhan 6 hari lagi tinggal . Janganlah kita biarkan ia terus berlalu.... rebutlah peluang sementara ruang masa ada...


Marilah kita mencari lailatu Qadr , sesungguhnya amatlah rugi sekiranya kita terlepas sebab adakah kita yakin kita akan mendapat peluang sebegini pd Ramadhan akan datang


Firman Allah SWT: Maksudnya:
” Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan, Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan “. (al-Qadr: 1-3)

0 comments: