SELAMAT DATANG KE AL-BILALI BLOGSPOT

MOGA IANYA BERMANAFAAT UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT

Pages

RSS

Thursday, January 1, 2009

Expedisi Dakwah Malam Tahun Baru

Semalam saya mengikuti satu expedisi dakwah sempena malam tahun baru yang dijalankan oleh pelajar-pelajar Universiti Malaysia Pahang di bawah seliaan ust Zuridan Daud , Pengarah Pusat Islam , UMP. Matlamat kami ialah menyampaikan sebanyak mungkin risalah tazkirah kepada muda-mudi di Kuantan yang berpeleseran di sekitar Kuantan pada malam tersebut.

Kami bergerak lebih kurang pukul 12.30 malam ke Bangunan MPK di tepi sungai kuantan untuk berkumpul . Selepas taklimat ringkas kumpulan kami menyusuri sungai Kuantan hingga explanade. Berbagai bentuk gaya anak-anak muda kita yang kebanyakan melayu menyambut tahun baru. Dengan pakaian mendedahkan aurat,coupling, lepak-lepak dan menonton konsert dan berbagai perkara yang menyakitkan mata dapat dilihat.

Kemudiaan lebih kurang pukul 2.30 malam , kami mengambil keputusan untuk bergerak ke Pantai Teluk Cempedak . Kami berada di sana sampai pukul 4 lebih . Di sini keadaan coupling semakin teruk dan kritikal. Berlaku satu kemalangan di sini yang melibatkan empat buah kereta disebabkan pemandu mabuk. Ada sekumpulan mat motor hampir 50 biji motosikal berkumpul di tengah-tengah dataran Teluk Cempedak sambil mendengar muzik dengan kuat. Melihat keadaan ini , dalam hati saya berkata ,apa nak jadi pemuda-pemuda kita... apa nak jadi pada masyarakat kita pada tahun-tahun mendatang.

Respon daripada remaja yang disampaikan risalah ada yang menerima dengan baik , ada yang memandang sinis usaha kami, ada yang nakal-nakal minta no telefon pelajar muslimat yang mengedarkan risalah tazkirah . Untuk pengetahuan,Seramai lebih kurang 15 pelajar muslimat turut terlibat dalam expedisi ini. Dalam masa yang sama sekumpulan pelajar UIA turut menjalankan aktiviti yang sama untuk mengedar risalah-risalah tazkirah.

Apa yang membanggakan saya ialah melihat komitmen pelajar-pelajar UMP yang dengan yakin, berani dan ikhlas memberi salam, ucap selamat tahun baru dan mengedarkan risalah. Itulah modus operasi kami. Sekurang-kurangnya remaja-remaja ini membaca tazkirah ringkas tersebut, mungkin dengan usaha ini tidak mustahil ianya akan melahirkan kesedaran tidak sekarang mungkin pada masa hadapan mereka akan sedar akan matlamat kewujudan kita di dunia ini.

Ya Allah selamatkanlah kaumku dari kesesatan.

1 comments:

Sharifah Syahirah TSM said...

sronoknye ade expedisi dakwah cmnie..len kali bile blk cuti, ustaz ajak la kami ye..