SELAMAT DATANG KE AL-BILALI BLOGSPOT

MOGA IANYA BERMANAFAAT UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT

Pages

RSS

Sunday, September 21, 2008

Qiyamullail Perdana-SMSSI



Semalam saya dijemput oleh BADAR SMSSI untuk memimpin Qiyamullail Perdana di Surau Al-Kauthar . Walaupun jarak Kuantan Mersing boleh tahan jauhnya tapi memikirkan kepada hasrat bekas anak murid yang mahu saya memimpin Qiyamulalil Perdana untuk merangsang semangat mencari LailatuQadr , saya gagahkan juga utk travel dari Kuantan ke Mersing. Saya pun tak tahulah , kalau ada jemputan dari SMSSI untuk satu-satu program , saya akan cuba luangkan masa walaupun sibuk atau penat sekalipun. Ini mungkin sebab kasihnya saya pada SMSSI , Desa As-Sakinah , Desa Ar-Raudah dan Surau Al-Kauthar . Dan mungkin juga sebab ukhuwwah yg terjalin dgn cikgu Hajah Sapiah, Cg Maon , Cg Ahmadi, Cg Abu Bakar , Tn Haji Idris , Pak Long , Cg Shamsuddin dan lagi.....
Sebelah petang sebelum Program Qiyamullail, Cg Junaidah jemput pula untuk ceramah Kem Pelajar di Tratak Buana. So , program di SMSSI penuh . Bertolak dari Kuantan sampai mersing pukul 2.00. Kemudian pkul 3 terus ke tratak buana. Terkejut juga bila smpai , ada 4 ex student Sabiq, Syamil, Rahim dan Jannah . Jannah bagitau spatutnya Fatimah(mentee saya) pun ada tpi dia shoping untuk persediaan fly ke Mesir lepas raya nanti.
Sebelah malam solat tarawikh bersama pelajar . Kemudiaan bagi tazkirah ringkas . Sedih juga pelajar maklumkan bahawa tazkirah spt tahun lepas dah tak ada disebabkan ust joe dah tak ada kat Mersing. Tak ada tenaga yg boleh bagi tazkirah . Kadang-kadang terfikir dalam fikiran adakah perpindahan saya ke Kuantan satu kesilapan ........
Qiyam smalam bermula pukul 3.45 mlm. Saya rasa amat sebak melihat kehadiran pelajar , cg maon, cg Ahmadi, Tn Hj Idris , cg Sham , ust Roslan dalam menjayakan progam tersbut. Moga Allah menerima amalan kami . Kemudiaan saya menyampaikan kuliah subuh . Di sini hati saya tersentuh lagi melihat kepada muka pelajar yg seolah-olah dahagakan suasana seperti itu . Adakah perpindahan saya satu kesilapan ? Selepas solat sunat dhuha, pelajar datang bersalam-salaman dan ada pelajar menyatakan " Ustaz rajin-rajinlah melawat kami". Dalam senyum saya sebak......Mungkinkah perpindahan saya satu kesilapan. Tapi Akhirnya kita kena kembali kepada kehendak Allah , cuma doa saya moga SMSSI terus cemerlang dalam membina membentuk peribadi yang soleh.... Insyaallah

Akhirnya , good luck to Rahim and Fatimah yg akan fly lepas raya . Juga sabiq (Ireland) , Syamil (korea) Jannah ( USA). Janganlah lupa SMSSI dan moga Ukhuwwah terus terjalin

12 comments:

Anonymous said...

asalamualaikum ust.joha..saye syahid..batch first dgn hasbullah,irwan sume2 tu..
kalo ustad igt saye lagi,saye na mintak mahap la kalau ada tersalah silap,halalkan makan minum sume-sume sempena na raye ni..kalo ad rezki,ustad dtg la france..bagy ceramah skit kat saye..ehehe..

Salam perantauan.

iNtAnCtZ said...

salam ust..

rindu nak berqiam kat surau sekolah..teringat adk2 & x lupa jgk akak2 yg solat tasbih versi 'ayam patuk dedak'..=]

insyallah,xde yang silap dr pihak ust atau dr pihak sek skalipun.Mungkin silapnya,kami mnganggap usaha yg dilakukan slama ust ada sebagai 1 'peraturan' & bukan tarbiah.Maka bila,'tali' yang terikat dah terurai,ni lah infeksinya.

"Boleh jadi kalian membenci sesuatu padahal ia sangat baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kalian tidak mengetahui"~Al-Baqarah ayat 216"

everythings gonna be fine insyallah..=]

Sharifah Syahirah TSM said...

salam ustaz..
sy rase bukan adik2 smssi aje yg dahagakan kalam2 peringatan dr ustaz, kami senior2 pun merasakannnya..
kalau satu ketika dulu di sekolah sentiasa ada orang yg membimbing, kini tiada lagi..
kalau dulu sentiasa ada orang yg mengingatkan berkali-kali tanpa jemu, skrg tiada lagi...
semuanya atas usaha sendiri, hasil dr tarbiyah yg dterima satu ketika dulu..

intan,
btol ckp intan, mungkin dulu kita rasakan mcm 1 peraturan,
tp lame2 kita pasti dpt rasakan kemanisannya...
tanpa kite sedar, semua tu mendidik kita...

pape pon ustaz, terima kasih ats didikan ustaz...
semoga ustaz sudi terus membimbing kami yg kerdil ini...

Joha al-Bilali said...

Thanks , orang France atas lawatan , moga success in your future career...... saya masih ingat , the leader of med 2 yang .......Tahniah juga pada you masih ingat skolah dan guru (atas lawatan semsa cuti)

Joha al-Bilali said...

Thanks intan atas comment yang amat menenangkan hati ust.... kalau ada masa melawatlah adik2 kat sana ... moga ukhuwa ngan skolah terus terjalin

Joha al-Bilali said...

Thanks chep , saya doakan kejayaan dalam mengejar cita2 enti diperantauan.

Syamil A Samad said...

assalammualaikum ustaz

saya syamil a samad.jika ustaz masih ingat lagi.tahniah atas blog yang dilahirkan.semoga menjadi wadah pemacu minda kepada setiap insan yang membaca lebih2 lagi kami anak2 murid ustaz.saya pun baru juga ziarah sekolah untuk membantu peserta debat baru2 ini.saya dapat rasakan yang smssi sekarang tidak seperti sbpim yang dahulu .jujur saya katakan bahawa pergaulan antara lelaki dan ppuan sudah kurang batasannya.apabila masuk waktu solat ada lagi pelajar yang masih berlegar2 di kawasan akademik seperti tiada apa yang berlaku.sedih pula apabila mengenangkan apa yang telah dibina dahulu seperti tidak diteruskan lagi.

kepada ustaz semoga sukses dalam kerjaya dan sentiasa di bawah naungan rahmat Allah.

salam ukhwah fillah dari orang mersing@upm
-syamil

Joha al-Bilali said...

tq syamil, kalau balik mersing , melawatlah adik2 .... bagi tazkirah kat surau ... moga sedikit input yang kita bagi memberi kesan mendalam..

Anonymous said...

salam ust joha...saya hasanah...batch first...skali gn nisah,hafilah..dll

salam
indu rase suasana di sekolah..ust memimpin qiamullail kami...

memang benar..kita ini hina..tapi kita dimuliakan kerana Islam... bertitik tolak daripada tarbiyah islamiyah la maka lahirnya generasi islam yang cemerlang...

insyaAllah moge Allah beri kelapangan saye untuk ziarah sekolah nati..

fatima azmi said...

salam ustaz..

sebenarnye, aritu saya agak terkilan juga xdapat join diorang berempat..rindu juga pada SMSSI.. tp, nak wat cane..xpe la
btw, tq for da wish..ntuk ustaz, semoga selalu sukses dalam kerjaya..:)

Anonymous said...

salam ziarah..

rse ny belum lmbat utk ucapkan
slmt hri raya aidilfitri..
minal aidil wal faizeen..

btol kata chep...
kmi yg da abes skola ni pon rndukan suasana kt skola..
kalau terkenangkn zmn skola,hiba rasanya..
rndukn msjid..rndu jmaah stiap wktu..
rndu pd tzkirah after solat..
rndu utk tadarus bersama2..
sgguh berbeza dgn alam yg sy tempuhi kini..

ustaz doakn la ank2 murid ustz teguh hati utk kekal seperti dlu..

iAllah kalo ada kelapangn & kesiahatan,
sy akn bersama hasanah utk menjenguk skola tercinta..

faruqihamdan said...

Assalamu'alaikum..
Ustaz ingat saya lg x,faruqi?
sy trjmpa blog ustaz ni waktu tgh cari logo sekolah..sy dh lama teringin nk jmpa ustaz tp lom ada kesempatan,semoga ustaz salo dlm lindunganNya,insyaAllah..
doakan gk kejayaan sy n kgkwn dunia & akhirat..